Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMBIL TONTON 'MISTERI ROH PULAU PENUNGGU' SAMBIL MENDERMA & MENANG HADIAH DI ASTRO FIRST!


SAMBIL
menonton, sambil menderma, sambil menang hadiah!


Begitulah janji yang disuarakan penerbit bersama telemovie ‘Misteri Roh Pulau Penunggu’, Dato Rosli Hj Bujang kepada penonton bertuah yang melanggan cerita itu di Astro First Esklusif.


Misteri Roh Pulau Penunggu' kini sedang ditayangkan melalui Astro First sejak 2 November 2023 lalu  di mana penonton yang melanggannya  bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah menarik seperti kepingan emas hampir 1 gram bahkan dari setiap langganan penonton juga akan menyumbang kepada Tabung Amanah Anak Palestin Yayasan Nurjiwa.


ROSLI (kiri) dan rakan kongsinya, Zamrud  (kanan) memperlihatkan mokeup poster cabutan bertuah daripada penaja utama, Fingold bersama Putra Amaris.


“Kami sasarkan lebih daripada RM300.000 dapat diperoleh di mana sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikendalikan penyanyi tersohor negara, Dato Seri  Siti Nurhaliza, “ ujar Rosli (gambar bawah, tiga dari kiri) pada sidang bicara media telemovie, ‘Misteri Roh Pulau Penunggu’ yang berlangsung di Hotel JWW Marriot pada pagi semalam, 3 November 2023.


Turut hadir rakan kongsinya, Dato Zamrud Misdi (gambar bawah, empat dari kanan) dan  barisan pelakon terlibat seperti antaranya Putra Amaris (duduk, kiri) Keena Mentor, Tom GV9, Erul AF9 (duduk, tengah) , Azlee Senario (dua dari kanan) Faizzal  Gegar Lawak (duduk, kanan) dan pengarahnya, Shahridan Popeye (tiga dari kanan).



Menurut Rosli dalam usaha mengumpul dana, pihak penerbit, Advance Idea Concept memberitahu, akan mengadakan cabutan bertuah setiap 3 hari sekali bermula 7 November 2023 kepada penonton yang melanggan telemovie berkenaan di Astro First.


Antara hadiah menarik adalah sumbangan dari Fingold, Bateriku.com, JWW Marriot dan banyak lagi.



Bergenre seram, “Misteri Roh Pulau Penunggu’ menceritakan kisah sekumpulan tujuh pelajar kolej yang melakukan ekspedisi mencari roh di sebuah pulau yang mempunyai sebuah banglo lama terbiar.


Ketika berada di rumah itu bermula lah bermacam peristiwa pelik yang berlaku kerana mereka sebenarnya dilarang memijak kaki di Pulau Penunggu.


Mereka dikuasai oleh hantu dan roh-roh kejam pulau tersebut sehingga di rasuk. Apakah mereka selamat atau mati dibunuh?


Nak tahu jawapannya kenalah tonton 'Misteri Roh Pulau Penunggu' yang sedang disiarkan sekarang di Astro First ya..


Apa pun yang pasti, dalam menjalani penggambaran filem seram, tidak terlepas dengan cerita-cerita seram sebenar yang menimpa beberapa pelakon terbabit antaranya pelakon wanita seperti Tom dan Keena.


Dengar apa kata Tom dan Keena melalui video di bawah ini:




Begitu secebis pengalaman yang dialami pelakon ‘Misteri Roh Pulau Penunggu’.


Sementara itu, selaku penulis skrip Keena memberitahu, ketika menulis ceritanya beliau memang membayangkan mahu mengumpul dan menggabungkan barisan artis yang terdiri daripada program realiti sepert Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Mentor mahu pun program lawak.


“Kerana itu barisan pelakon yang membintangi telemovie ini adalah gabungan peserta-peserta program realiti tv,”  ujar Keena menjawab pertanyaan kenapa artis artis terbabit terdiri daripada penyanyi dan pelawak.


Selain Putra Amaris, Keena, Tom, Erul, Faizzal dan  Azlee, artis realiti mahupun pelakon dan penyanyi muda lain yang terbabit dalam telemovie ini adalah Hezry Gegar Lawak, Farhan Maarob dan Siti Aida Aieril.



Majlis bermula dengan persembahan nyanyian dari Erul Samah dan ditutup dengan persembahan  lagu tema telemovie oleh Keena Mentor atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan