SAMBUTAN PENUH MAGIS TEMA 'GINGERBREAD VILLAGE' RAI KECERIAAN KRISMAS DI SURIA KLCC!
SEPERTI lazimnya. apabila tiba musim Krismas, rata-rata. pusat membeli-belah menghiaskan ruang mereka dengan pokok Krismas dan pelbagai rekaan cantik di mana salah satu yang menjadi tumpuan ramai yang selalu ditunggu-tunggu tentunya dekorasi yang menghiasi Suria KLCC, berhampiran bangunan berkembar ikonik negara, Petronas.
Megah berdiri sebagai destinasi membeli-belah terkemuka, Suria KLCC membawakan kemeriahan sambutan yang penuh dengan kemilau cahaya Hari Krismas, bertemakan ‘Gingerbread Christmas Village’.
Diinspirasikan daripada tradisi membuat biskut ‘Gingerbread’ dan rumah ‘Gingerbread’ sepanjang perayaan Krismas, tema sambutan ini mewarnai Suria KLCC mulai dari 24 November 2023 lalu sehingga 1 Januari 2024.
Para pengunjung dijemput untuk melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan mempesonakan inspirasi dari ‘icing’ dan gula-gula yang berwarna-warni.
Sebuah air terjun cokelat ‘Gingerbread’ ditampilkan untuk menyerikan lagi suasana sambutan perayaan Krismas.
Dekorasi utama dilihat membawakan sebuah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam.
Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ selain daripada pelbagai hadiah yang menarik buat para pengunjung untuk mencipta kenangan yang indah.
Pengalaman tidak terhenti disitu apabila para pengunjung berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad.
Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC.
Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.
Selaras dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab sosial dan korporat.
Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia, dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’.
“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat. Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd. pada majlis pelancaran Gingerbread Christmas Village sekali gus membuka. lampu hiasan pokok Krismas bersama tetamu kehormat, Ketua. Pengarah Tourism Malaysia, Dato Dr. Ammar Abd Ghapar.
Sepanjang sambutan perayaan kali ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad ‘Gingerbread Man’.
Sambutan di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’.
Sementara itu, ‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput para pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.
Malah, untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.
Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya
Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di Alamanda Putrajaya.
Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024.
Tidak kurang dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.
Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas.
Persembahan tarian, persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut.
Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.
Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’.
Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar bernilai RM80.
Mesra Mall, Terengganu
Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023.
Dalam tempoh ini, para pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.
Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk sambutan cuti akhir tahun mereka.
Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.
Untuk info lanjut, layari:
- Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
- Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Tiada ulasan:
Catat Ulasan