Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

"SAZALI, MEOR & COCO' JELMAAN 'BUJANG LAPUK' MASA KINI, TERSELIT SINDIRAN REALITI!!


SEBUAH
filem hiburan yang ringan tetapi terselit beberapa sindiran yang tidak dinafikan ada berlaku dalam industri seni hiburan.

Begitulah yang dapat Kak Fas simpulkan usai menonton filem sulong terbitan Aquila Emas Sdn Bhd diterajui Pengarah Urusannya, Syarizan Md Isa pada majlis tayangan perdana ''SAZALI MEOR COCO - #Tetiba U-Tuber" yang berlangsung di pawagam GSC Lalaport Kuala Lumpur, malam semalam.


Jika itu filem sulong Aquila Emas, bagi Kak Fas pula ini kali pertama menjejakkan kaki ke GSC Lalaport yang satu ketika dahulu menjadi tapak Penjara Pudu yang menyimpan pelbagai kisah  di sebalik pintu besi bangunan itu.


Ada juga yang melalui beberapa perkara 'seram' apabila berada di Lalaport seperti nampak pintu terbuka sendiri atau sesat mencari parkir kereta dan sebagainya. 


Tetapi barangkali itu hanya perasaan waima sejarah bangunan itu menjadi 'rumah penjara' bagi beberapa penjenayah yang berdepan hukuman gantung. Apa pun. belum ada bukti sah apa yang dialami oleh beberapa cerita yang 'viral' seperti itu.


Namun yang pasti ada 'viral' terkandung dalam penceritaan filem 'SAZALI MEOR COCO - #Tetiba U-Tuber yang membariskan tiga orang pempengaruh media sosial sebagai teraju utamanya, arahan Zizan Nin yang juga merupakan rakan kongsi Aquila Emas.


“Filem ini mudah untuk difahami memandangkan  konflik yang dipaparkan amat relevan dengan situasi masa kini iaitu ditindas disebabkan kurang ilmu dan pengalaman, kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak, orang gelandangan dan pempengaruh (influencer) menjadi popular disebabkan ledakan pengaruh media sosial” kata Zizan Nin. 


Menonton filem ini memang ada kebenarannya seperti dikatakan Zizan apa tah lagi, beliau berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang lakonan dan pengarahan, jadi tentu sekali tahu sepak terajang dalam industri terutamanya pada hari ini, di mana media sosial memainkan peranan menentukan populariti seseorang walau pun bakat tidak seberapa kerana yang penting followers ramai dan 'femes', bak kata Sazali (lakonan Syazani Zikry) dalam filem tersebut.


Selain Syazani, dua lagi bintang baru yang terpilih selepas lulus menjalani uji bakat adalah Shahradhy (watak Meor) dan Iman Zulkarnain sebagai Coco.



Menurut Zizan, filem ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi sebagai barisan pelakon pelapis di masa hadapan. 


"Mereka yang terpilih bukan kerana followers yang tinggi kerana kesemua perlu melalui sesi uji bakat. Itu amat penting bagi saya," tambah Zizan.


Dalam pada itu, Zizan memberitahu tajuk asal filemnya itu berjudul 'Tetiba U-Tuber' tetapi telah ditukar kepada 'SAZALI MEOR COCO'.


Menjawab pertukaran itu, Syarizan memaklumkan, beliau mendapat inspirasi daripada watak filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, 'Bujang Lapuk'.



"Saya mahu tampilkan tiga watak seumpama Bujang Lapuk tetapi dalam zaman moden sekarang ini dan kerana itu saya gunakan nama Sazali, Meor dan Coco sebagai judul filem," jelas Syarizan sambil memberitahu  terdahulu filemnya itu sudah pun ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 Oktober 2023  lalu bersempena dengan Busan International Film Festival. 


ACFM memberi saya pendedahan kepada trend, permintaan pasaran antarabangsa dan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan dan pengedaran filem di luar negara. Lanjutan daripada itu beberapa siri perbincangan usahasama sedang dilaksanakan hingga hari ini", tambahnya.


Dengan kos melebihi sejuta di mana sebahagian daripadanya diperoleh daripada Dana Kandungan Digital (DKD) yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Syarizan berharap 'Sazali, Meor & Coco' mendapat sambutan ramai apabila ia ditayangkan mulai 16 November ini.



Sementara itu, ketiga-tiga karektor utama yang memegang watak Sazali, Meor dan Coco akui terasa gementar apatah lagi perlu melalui pelbagai cabaran yang mereka tidak pernah melakukan sebelum ini.


"Saya bukannya pandai bermain skateboard pun jadi perlu sentiasa berlatih dan kerana itu saya cedera di kepala serta alami luka-luka di anggota badan. Apa pun, saya teruja kerana filem ini merupakan penampilan sulung saya di layar lebar.," cerita Shahradhy jujur.


Bagi Iman Zulkarnain, cabaran yang paling sukar katanya adalah sewaktu perlu menjiwai emosi kala bersedih khususnya apabila perlu menampakkan genangan air mata di samping ekspresi wajah perlu mainan antara sedih dan gembira.


"Itu memang satu cabaran bagi saya. Selain daripada berlakon sebagai watak Coco, saya juga menyanyi empat buah lagu dalam filem ini.," cerita Iman



Apa pun melihat babak yang dimaksudkan Kak Fas harus puji Iman kerana berjaya menjiwai perasaan sedihnya waima Kak Fas dapat merasakan perasaan yang dialami ketika itu.


Berlainan pula dengan Syazani Zikry, lakonannya lebih santai dan berharap penonton berpusu menonton filem ini di pawatgam kelak kerana ia menghiburkan dan bersahaja.


Dalam majlis ini, tetamu turut diperdengarkan dengan enam (6) buah lagu daripada “Digital Soundtrack Album Tetiber” termasuk OST “Tiga Raga” yang mendapat sentuhan an award winning komposer terkenal tanahair dan antarabangsa iaitu Zee Avi dan Sharon Paul


Selain Syazani, Shahradhy. dan Iman Zulkarnain, 'Sazali, Meor & Coco - Tetiba U-Tuber dibintangi bersama oleh Kween atau nama sebenarnya, Siti Aqilah Kamaruddin, Aqeesh Aleeya dan ramai lagi.





SINOPSISNYA:


Filem Sazali Meor Coco mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib menjadi bintang terkenal tetapi impian yang ingin dicapai bukanlah mudah kerana mereka bertiga perlu menghadapi pelbagai dugaan dalam industri.



Selepas itu nasib mereka berubah menjadi U-Tuber popular tetapi dugaan lain pula yang datang disebabkan oleh kurangnya ilmu dan masalah sikap. 


Apakah sebenarnya yang berlaku? 


Saksikan kesudahannya nasib tiga jejaka - Sazali Meor  dan Coco ini di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 November ini edaran Metrowealth Pictures nanti ya!



#SazaliMeorCoco #TetiberUTuber #FINAS #AquilaEmas #Filem #TigaRaga #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan