Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WATSONS-MOST YOUNG GLOBAL, PASAR PRODUK KESIHATAN DARI KOREA!



KAK FAS
bukanlah seorang yang berani mencuba sesuatu makanan yang tak pernah dirasai selama ini al maklum tekak ini dah biasa dengan masakan Melayu atau yang sewaktu dengannya.


Jadi apabila berhadapan dengan produk kesihatan seperti dari Korea lagilah rasa was-was nak mencubanya.


Pun begitu, ketika hadir ke majlis Watson Malaysia dengan kerjasama Most Young Global, yang memperkenalkan pelbagai jenama baharu untuk memenuhi permintaan produk kesihatan Korea ang semakin popular kepada pengguna di seluruh negara baru-baru ini, Kak Fas tergerak hati pula untuk mencubanya.


Dan ternyata boleh tahan juga rasanya dan tekak boleh menerima sebahagian daripada produk-produk yang diperkenalkan dalam segmen K-Healthy seperti LactoFit, jenama probiotik terkemuka Korea; Foodology, jenama enzim terunggul; Green Monster, jenama kombucha segera; Godan Gosik dan Tir Tir, penyedia makanan pengganti dan protein shake dan Eat’s Better, pakar biskut vegetarian.



Jenama ini dipilih untuk membantu rakyat Malaysia mencapai gaya hidup sihat dengan mudah. 


“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia, Watsons sentiasa menerajui gaya hidup sihat dan menggalakkan pelanggannya untuk 'Look Good, Do Good, Feel Great,’ ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International (gambar bawah, tengah)  pada majlis pelancaran produk K-Health yang berlangsung di ibu pejabat Watsons di bangunan TRX Exchange baru-baru ini.



Turut hadir Aaron Lee,  Pengarah Most Young Global Sdn. Bhd., Charles Kim, Pengasas Move S&C; Danny Hoh, Pengurus Besar, Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan, Watsons Malaysia dan Foo Hwei Jiek selaku Ketua Perdagangan, Watsons Malaysia serta ahli farmasi, Azza yang bercerita mengenai kebaikan produk.


Menurut Caryn, dengan pelancaran segmen K-health, pihaknya berbangga untuk menawarkan lebih banyak pilihan, produk popular, ramuan berkualiti dan manfaat terbukti yang diimport secara eksklusif dari Korea.




Sebagai tindak balas kepada peningkatan permintaan untuk produk berkualiti dan terbukti dari Korea, Watsons telah memilih jenama-jenama khusus dari Korea dengan khasiat semula jadi untuk membantu pengguna mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup sihat. 


“Daripada probiotik untuk seisi keluarga kepada kombucha segera, serta biskut vegetarian, pasti ada produk yang sesuai untuk setiap segmen pengguna,” tambah Caryn.


Semua produk kesihatan segmen K-Health kini boleh didapati di kedai Watsons di seluruh negara, aplikasi Watsons MY, atau dalam talian di Watsons Lazada dan Watsons Shopee. 



#WatsonsMalaysia #MostYoungGlobal#LookGoodDoGoodFeelGreat #KHealth #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan