GUNA SENTIFY GOSOK 10,700 HELAI PAKAIN DALAM MASA 24 JAM, DIIKTIRAF 'MBOR'
DENGAN terlaksananya empat baju t Scentify rona merah jambu yang digosok selebriti terkenal, penyanyi Wany Hasrita dan Izzue Islam, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh 24 jam sekali gus melayakkan SCENTIFY oleh Enchanteur Eau De Fabric diiktiraf dalam ‘The Malaysia Book of Records.
Majlis yang berlangsung dengan Wany dan Izzue melakukan 'duo saingan' menggosok pakaian menggunakan rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric di pentas Mydin Hypermarket USJ baru-baru ini itu menyaksikan sejumlah 10,700 pakaian terbanyak berjaya digosokkan dalam sehari.
Sijil rasmi yang dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of Records (MBOR) disampaikan kepada Pengurus Hal Ehwal Korporat & Kawal Selia, Wipro Unza Malaysia, Puan Rozaina Mahmod dan Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY.
Turut bersama adalah Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd dan Dato' Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad.
Pencapaian rekod bersejarah itu merupakan acara kemuncak sempena pelancaran rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia, SCENTIFY by Enchanteur.
Terdahulu, acara maraton menggosok pakaian berkenaan memperlihatkan seramai 80 orang telah menggosok lebih 10,000 helai pakaian dalam masa 24 jam pada 29 November 2023.
“Dan dengan terlaksananya 4 helai lagi pakaian SCENTIFY digosok oleh Wany dan Izzue menjadikan sejumlah 10,700 pakaian berjaya digosok dalam tempoh 24 jam,” ujar Rozaina.
Menurutnya, maraton menggosok itu bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan orang ramai, di mana fungsinya tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian.
“Kini, aktiviti menggosok pakaian lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih lama,” tambah Rozaina.
Sambungnya, kejayaan maraton dan pensijilan ini jelas membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah “rakan” penting bagi setiap isi rumah kerana, selain menyegar fabrik, ia juga membuat tugas membersih dan mengemas lebih seronok dengan wangian mewah.
“Dalam kata lain, SCENTIFY Eau de Fabric bukanlah penyegar biasa-biasa!,” jelas Rozaina.
Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric mahu pun Eau de Car yang dilancarkan dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik dan pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak.
Malahan, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi 3 variasi wangian premium yang membangkitkan mood.
Rangkaian ini juga adalah bukti dedikasi jenama Enchanteur yang komited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna.
Sesungguhnya, tugas membersih dan mengemas rumah kini tentu lebih menyeronokkan dan lebih memberangsangkan waima pakaian akan kekal wangi untuk tempoh lebih lama!
Jadi, apa kata anda segera dapatkan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak manakala rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) pada harga RM9.90 di Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya mahu pun pasar-pasar hyper di seluruh negara.
Segarkan kehidupan dengan SCENTIFY!
#ScentifyByEnchanteur #Pewangi #MOB #MydinHoldings #CiptaRekod
Tiada ulasan:
Catat Ulasan