ISPE-18 BAKAL HIMPUN 300 PENYELIDIK, SAINTIS SELURUH DUNIA KE LANGKAWI!
SERAMAI 300 penyelidik dan saintis seluruh dunia bakal berkumpul pada Simposium Antarabangsa ke-18 Tentang Polimer Elektrolit’ atau ISPE-18 di pulau lagenda, Langkawi , Kedah, selama lima hari bermula 23 hingga 28 Jun 2024, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
ISPE-18 (International Symposium on Polmer Electrolyte) merupakan kali pertama Malaysia berjaya mendapatkan pengiktirafan untuk menjadi tuan rumah simposium berkenaan yang telah dianjurkan hampir 37 tahun sejak 1987.
Untuk rekod, persidangan ISPE bermula sejak 1987, diadakan hanya dua tahun sekali dan pernah diadakan di negara ternama diantaranya seperti Italy, Perancis, Amerika Syarikat, Sweden, Jepun, Australia, Poland, Brazil, Portugal, dan Iceland.
Penganjuran terakhir telah dihoskan oleh Kanada pada tahun 2022.
“Pengiktirafan ini telah menjadikan Malaysia negara pertama di rantau Asia Tenggara sebagai penganjur. Jadi dengan keistimewaan yang diberikan itu kami harus mengambil peluang bagi meningkatkan taraf kajian dari para penyelidik dan saintis tempatan untuk mengambil kelebihan dari limpahan penganjuran ini,” ujar Prof. Dr. Azizan Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ISPE-18 ketika ditemui pada majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman dan Pelantikan Rakan Strategik diantara beliau dan Dr. Mazlan Goh mewakili NQ Culture Commercial Sdn Bhd di Bangunan Pusat Infinite, Petaling Jaya baru-baru ini.
Turut hadir Pengerusi bersama ISPE-18, Prof Madya Dr. Siti Aminah Mohd Noor serta ahli jawatankuasanya, En. M. Zaid Zulkafli (kiri) dan Dr Lee Tian Khoon (Edison) serta Datuk Dr. Hassan Saad (gambar atas, berdiri kanan) sebagai perunding program.
DARI Kiri: Zaid Zulkafli, Dr. Azizan, Dr. Siti Aminah dan Dr. Edison.
Berkongsi lanjut, Dr. Azizan memaklumkan, ISPE-18 dijangka akan memberikan idea landasan dalam pembangunan teknologi storan tenaga hijau dan kenderaan (EV), sekali gus merealisasikan matlamat Malaysia untuk mencapai perlepasan karbon bersih-sifar menjelang tahun 2050.
Bertemakan ‘Perlepasan Karbon Sifar Dengan Merevolusikan Tenaga Dengan Eletrolit Polimer Untuk Applikasi Penyimpanan Tenaga’, ISPE-18 diharap dapat menjadi jambatan yang tidak ternilai dalam menyatukan penyelidik, saintis, pendokong dan pemain industri dari seluruh dunia.
“Kami akan mengambil peluang bagi mendidik generasi muda khasnya para pelajar untuk memilih bidang Sains bagi menjadikan mereka seorang Saintis bertaraf dunia,” tambah Dr. Azizan sambil memberitahu bakal menganjurkan beberapa aktiiti sampingan bagi menyokong menjelangnya hari penganjuran simposium yang berprestij tersebut.
Sebagai satu platform untuk pertukaran pengetahuan, pandangan, penyelidikan, pengalaman dan inovasi terobosan dalam bidang elektrolit polimer, penganjuran simposium turut mempunyai ciri khas, menghimpunkan tokoh-tokoh terkenal, pemimpin-pemimpin industri yang berpengaruh untuk memacu sempadan teknologi elektrolit polimer dalam jangkauan masa hadapan.
“Kami berharap Malaysia mampu mencapai perlepasan karbon bersih-sifar menjelang tahun 2050 sekali gus membangunkan teknologi storan tenaga hijau dan kenderaan EV,” tekan Dr. Azizan.
Sambung beliau, dengan tema yang dipilih secara teliti melalui kajian, ia adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“SDG ini direka bentuk untuk memudahkan Pembangunan global secara inklusif dan komprehensif untuk menangani cabaran global yang kritikal masa ini,” jelas Dr. Azizan.
Dalam rangka kerja SDG, Matlamat 7,11 dan 13 mempunyai kepentingan tertentu, kerana ia berkaitan dengan tenaga Mampu Milik dan Bersih, Bandar dan Komuniti Lestari serta Tindakan Iklim.
“Matlamat ini selaras dengan Plan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia dan berfungsi sebagai prinsip dan objektif asas yang membimbing organisasi ISPE-18,” tambahnya.
Untuk makluman, penganjuran ISPE-18 mendapat sokongan dan kerjasama dari beberapa Kementerian dan agensi yang berkaitan antaranya, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE), Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), Nano Malaysia, Langkawi Development Authority (LADA), Kerajaan Negeri Kedah serta pemain industri yang berkaitan.
Selain 300 penyertaan dari seluruh negara, ISPE-18 turut disertai 100 penyelidik dan saintis tempatan, 1,000 penyertaan pelajar didalam aliran dan bidang sains, beberapa pemain industri tenaga, beberapa pemain industri pelancongan dan tentu sekali tidak mampu menarik lebih 1,000 tetamu pelancongan negara luar ke Malaysia bagi meraikan persidangan yang bersejarah ini.
Sementara itu, sebagai Pengurus Lapangan dan Teknikel ISPE-18, Zaid Zulkafli memberitahu, menjelang simposium pada bulan Jun, akan ada beberapa program sampingan khususnya bagi menarik minat pelajar sekolah dalam jurusan Sains.
“Kami akan mengadakan pertandingan Sains oleh pelajar sekolah dan penuntut pengajian tinggi untuk melihat potensi mereka malah kumpulan pemenang akan dibawa bersama sebagai peserta dan berpeluang berinteraksi dengan saintis-saintis terkenal pada simposium di Langkawi kelak,” ujar Zaid dalam usaha menarik dan semarakkan minat golongan muda mencintai Sains.
Katanya, aktiviti sampingan lain seperti ekspo Sains juga akan diadakan dalam tempoh bermula Januari hingga Mei sebelum menjelangnya Simposium yang dijangka akan dihadiri lima orang pskar saintis sebagai penceramah plena terkemuka seperti Steven Greenbaum (Amerika Syarikat). Maria Forsyth (Australia), Michel Armand (Sepanyol), Yoichi Tominaga (Jepun) dan Daniel Brandell dari Sweden.
Untuk maklumat dan tiket penyertaan boleh layari LINK INI.
#Sains #ISPE18 #PolimerElektrolit #LangkawiKedah #LICC #KenderaanEV #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan