Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERAMAL MELALUI WAKAF PERALATAN PERUBATAN, RINGANKAN BEBAN JEMAAH HAJI & UMRAH!


BILA sebut KPMC, sudah tentu mereka yang mendiami pekan Kajang di daerah mukim Hulu Langat ini maklum mengenai pusat perubatan bernama penuh Kajang Plaza Medical Centre ini waima ia sudah beroperasi sejak tahun 2000.


Dan sejak penubuhannya oleh pengasas, Allahyarham Prof. Dr. Jamil Shariff, KPMC telah ‘melahirkan’ 20,000 bayi sepanjang tempoh dua dekad beroperasi.


Sejujurnya ini pertama kali secara peribadi Kak Fas berpeluang mendekati dan mengenali KPMC di Kajang yang mempunyai sejumlah 30 katil dengan Jabatan Kecemasannya  beroperasi 24 jam malah hiasan dalaman bagi sebuah hospital dilihat berwajah seperti kediaman. Selesa mata memandang!


BERSAMA Nadhirah (kiri) dan rakan media.


Kepergian Kak Fas ke pusat rawatan itu baru-baru terlaksana atas undangan Pegawai Perhubungannya, Nadhirah untuk menghadiri Majlis Pelancaran KPMC Haramain Sdn Bhd.


Tentu anda tertanya-tanya kan, apa hubungkait KPMC dan KPMC Haramain Sdn Bhd?


KPMC Haramain Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usahasama diantara KPMC, DAR iHsan Bhd dan Shaikh Fawaz Basharaheel dari Arab Saudi yang memiliki Pusat Perubatan terkemuka di Makkah iaitu Hospital Basharaheel. 


KPMC Haramain diwujudkan untuk membantu warga Istimewa (OKU), warga Emas mahupun pesakit kronik, dialysis buah pinggang, pesakit asthma, jantung dan lain-lain penyakit kritikal untuk mendapat perkhidmatan pakej khas perubatan dan keperluan peralatan kesihatan sewaktu menjalankan ibadah Umrah dan Haji. 


Kami juga bekerjasama dengan NGO dan Doktor – Doktor dari Malaysia dan negara-negara Asia untuk menyumbang kepada kesihatan tetamu haji dan umrah ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Haramain Sdn Bhd, Datuk Hj Abdul Rahim Bin Hj Abdullah (gambar bawah, kiri) ketika ditemui pada majlis pelancaran syarikat usahasama itu yang dirasmikian oleh Presiden Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan (kanan).



Turut hadir Pengerusi KPMC  merangkap Pengerusi Dunia Melalu Dunia Islam (DMDI), Datuk Hj Saroni Hj Judi  (tengah) yang kemudiannya menandatangani Mou bersama Sohaimi sebagai tanda kerjasama KPMC Haramain dengan DPIA.


Di samping itu, KPMC Haramain dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mensasarkan beberapa fasiliti kesihatan serta ambulan dan dialisis dapat dilaksanakan dalam bentuk wakaf sebagai usaha membuka peluang kepada mereka yang ingin menyumbang kepada tetamu Allah di tanah suci.


“Untuk itu, selaras dengan musim haji 1445 tahun ini, kami mensasarkan  sejumlah 1 juta ringgit dapat diperoleh sebagai dana wakaf peralatan perubatan seperti mesin dialisis, ambulans, kerusi roda dan sebagainya,” ujar Abdul Rahim membuka peluang  kepada mereka yang ingin menyumbang kepada tetamu Allah di tanah suci bagi meringankan kos bebanan rawatan serta menjamin kesihatan mereka untuk menunaikan haji mahupun umrah. 



Sehubungan itu, syarikat swasta, korporat mahu pun orang perseorangan yang berhajat untuk menyumbang kepada wakaf peralatan kesihatan tersebut boleh menyalurkannya kepada KPMC Haramain yang membentuk tabung di bawah penyelarasan DMDI.


Menurut Abdul Rahim, inisiatif tersebut yang diusahakan bersama  Basharaheel Group  dan beberapa NGO berlesen di di Arab Saudi turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada DPIA.


“DPIA memainkan peranan yang sangat strategik di mana dengan MoU yang ditandatangani boleh memperluaskan perkhidmatan kepada rakyat di rantau Asia apatah lagi DMDI pula berada dilebih daripada 26 buah negara dan juga merupakan sebuah inisiatif untuk merealisasikan kehadiran melayu jati di seluruh dunia khususnya dunia islam,” ujar  Abdul Rahim.



Menjelaskan lanjut katanya, usaha yang dilakukan selaras dengan apa yang dicetuskan 10 tahun yang lalu pada tahun 2013 dengan hasrat Road2 Haramain iaitu satu inisiatif untuk membantu meringankan kos bebanan kepada tetamu Allah untuk ke tanah suci menunaikan umrah mahupun haji. 


Ia juga akan membantu untuk menjadikan rakyat Malaysia antara negara yang amat disegani dengan cara pengurusan mengendalikan tetamu allah dan beliau juga menyebut berkaitan dengan perubahan baru yang akan dilaksanakan di Arab Saudi tidak lama lagi dengan kehadiran beberapa Syarikat baru yang akan diberikan lesen untuk menguruskan haji di peringkat Arab Saudi. 


“Perubahan tersebut akan menukar landskap industri Haji di peringkat global,” tambahnya sambil berharap agar ‘digitalisation of hospitality and infotainment’ yang diketuai dapat menjadikan Malaysia antara negara yang utama merebut peluang untuk berkhidmat dan transform kebolehan dan pengalaman mengendalikan umrah dan haji di tanah suci kepada negara-negara jiran dan negara Asian dan seluruh dunia, insya Allah!



Dalam konteks yang sama, Pengerusinya, Hj  Saroni memaklumkan rakan strategiknya, Sheikh Fawwaz yang menubuhkan Hospital Basharaheel  di Makkah lebih dari 30 tahun lkalku menjemput semua penggiat industri haji dan umrah hadir ke Pameran Umrah dan Haji ke-3 yang bakal diadakan di Jeddah bermula 8 hingga 11 Januari 2024.


“InsyaAllah kami akan berada di sana sekali gus mengeratkan lagi kerjasama antara KPMC Haramain dengan Sheikh Fawwaz  di mana hospitalnya akan menjadi pusat kesihatan kami beroperasi membantu sebarang masalah kesihatan yang dihadapi jemaah khususnya pada musim haji akan datang,” akhiri Hj Saroni.


Pendekata, jika anda mahu menjadi sebahagian daripada penyumbang wakaf peralatan di Makkah boleh berhubung terus dengan KPMC Haramain yang beribupejabat di KPMC.  


Artikel berkaitan bole layari juga LINK INI.




#KPMC #WakafPeralatanPerubatan #DDMI #DPIA #Makkah #Haji&Umrah #derma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan