Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALABAR GOLD PERKENAL KOLEKSI NOUR BERUNSUR TIMUR TENGAH!


SELARAS dengan maksudnya ‘cahaya’ atau dalam bahasa Arabnya ‘Nour’, koleksi terbaharu daripada Kumpulan Malabar yang dilancarkan baru-baru ini tidak dinafikan memancarkan cahaya kemegahan kepada sipemakainya.


Betapa tidak, sebaik sahaja peragawati berpakaian jubah hitam ala gaya  gadis Timur Tengah menggayakan sebahagian daripada koleksi terbaharu Nour, terpancar seri pada wajah masing-masing.


“Kami mempunyai 500 koleksi pelbagai rekaan bagi mengisi kehendak dan citarasa golongan wanita yang suka bergaya dengan emas dari Malabar,” ujar Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malabar, Yasheedah Yasai ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Nour di kedai Malabar Gold & Jewellery, Masjid India baru-baru ini.




Turut hadir Ketua Cawangan, Malabar Gold & Diamonds-Malaysia, Encik Nijeesh P. serta tetamu jemputan lain khususnya pelanggan yang pertama membeli koleksi Nour apabila ia mula dibuka untuk jualan.


Diperkaya dengan kebesaran dan kemegahan yang tiada tandingannya, koleksi Nour menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan tradisi abadi dalam buatan emas tulen 22 karet campuran putih, kuning dan merah jambu.


“Berakar umbi dari warisan seni Arab zaman dahulu, ia diperbuat cukup teliti agar cahaya emasnya mampu memancarkan kecantikan luaran mahu pun dalaman pemakainya,” tambah Yasheedah (gambar bawah, kiri) sambil memaklumkan unikmya barangan kemas dari Malabar adalah kerana pembuatannya yang meskipun nampak berat tetapi sebenarnya ringan.



Melihat pada rekaannya yang berunsurkan Timur Tengah, ia memang padan digayakan sebagai barangan kemas untuk majlis pertunangan, pernikahan mahu pun persandingan dan khususnya untuk wanita berhijab.


Pastinya aura pengantin akan jelas terpancar diwajah bagaikan puteri lindungan bulan gayanya apabila daripada kepala hingga ke hujung kaki diserikan dengan rekaan klasik dari koleksi Nour.


Majlis pelancaran turut menyaksikan kemeriahannya diraikan bersama oleh beberapa pelanggan pertama yang membeli barang kemas di mana empat gelang Nour berjaya menambat hati mereka.


Menurut Yasheedah, harga koleksi Nour bermula serendah RM5,000 ke atas bergantung pada berat emas dan rekaannya.



“Rantai panjang paling digemari pelanggan malah didatangkan dalam set termasuk cincin, gelang, loket mahu pun subang atau pun rantai pendek. Pun begitu, pelanggan boleh memilih untuk membeli secara berasingan,” jelas Yasheedah sambil memberitahu secara umumnyya barangan kemas Malabar dibawa khas dari lima negara seperti Dubai, Bahrain, Itali, Turkiye dan Bombay.


Tidak dinafikan barangan kemas Malabar memang terkenal dengan rekaannya yang unik, kerja tangan halus, diinspirasikan daripada aneka bunga-bungaan.


Untuk rekod, Malabar Group mula beroperasi sejak 1993 di Kerala Kozikhode oleh pengasasnya M P Ahmed mempunyai 305 cawangan di serata negara termasuk di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.



Di Malaysia, Malabar tercatat sebagai jenama barang kemas keenam terbesar di dunia, mula bertapak di Kuala Lumpur, sejak 2013, terletak di Jalan Bunus dan kini mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara.


Istimewanya daripada kedai emas lain, pelanggan yang ingin membuat tukar barangan lama kepada yang baru ia diambil tanpa susut nilainya malah diukur mengikut harga pasaran emas pada waktu tersebut.



Pendekata, jika harga emas meningkat, barangan kemas lama dibeli dan dikira pada harga sewaktu penjualan. 


Jadi sebaiknya anda  jual atau tolak untuk mendapatkan yang baharu pada harga pasaran, itu namanya sambil bergaya dengan produk terbaharu anda memperoleh untung sekali gus.


Itulah yang dikatakan ‘Janji Malabar’.


Maklumat lanjut boleh layari LINK INI.



#MalabarGold&Diamonds #KoleksiNour #UnsurArab #Cahaya #Kontemporari #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan