Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAYSIA ANJUR PERLUMBAAN 'DRONE ASIA' PERTAMA DI DUNIA!


BUAT
julung kalinya di dunia, Malaysia berjaya menganjurkan  perlumbaan dron trek vertikal tertutup dengan penyertaan  30 juruterbang kompeten dari Korea, Amerika Syarikat, Sepanyol, Thailand, Singapura dan juga Malaysia.


Berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, 1 Disember lalu. dengan menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM23, 400 (US$5,000), perlumbaan yang berlangsung di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur itu menyaksikan pelumba dari Liechtenstein, (Eropah), Marvin Schaepper (Marv_FPV) bergelar juara. pertama Drone Race Asia (DRA) 2023.


Kehebatan Marvin mengendalikan dron FPV (First Person View) dengan aksi memukau melayakkan dia membawa pulang wang tunai RM8,425.



Para pelumba lain ialah Minjae Kim (Minjae), Korea dan  Worawit Subsri (Pepper FPV), Thailand yang muncul sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga serta memenangi wang terkumpul masing-masing, RM3,925 dan RM2,925


Pemenang keempat dan kelima pula adalah Christian Van Sloun (Amari), Amerika Syarikat dan Wan Ediyuzlan Wan Hussin (Vyn FPV), Malaysia.


Dianjurkan bersama Magic Beans Alchemy Sdn Bhd dan DRA Drone Racing Club serta diterajui oleh Drone Race Asia, persatuan perlumbaan dron FPV yang berpusat di Kuala Lumpur, majlis perasmiannya mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan Malaysia,  Hannah Yeoh.



"Perlumbaan DRA 2023 adalah lebih daripada satu perlumbaan. Matlamat adalah menjadikan sukan perlumbaan dron sebagai sukan profesional di Malaysia. Kita mahu mencari potensi muda sekaligus berfungsi sebagai pemangkin kepada pelumba dron pakar untuk menjadi mentor dan model yang berperanan, memberi inspirasi kepada pelumba dron baharu untuk melonjak ke tahap yang hebat,” ujar Presiden DRA Drone Racing Club, Johnson Yap pada majlis tersebut.


Turut hadir  Pengurus Besar Kawasan Plaza Low Yat, Ng Wei Ling dan Pengarah Magic Beans Alchemy Sdn Bhd, YY Choy yang melahirkan rasa besar hatinya penganjuran acara bersejarah itu mendapat penyertaan pelumba dron dari seluruh dunia. 


“Ini memberi petanda positif bahawa perlumbaan dron seumpama ini akan mengukuhkan status Malaysia sebagai lokasi yang ideal pada masa akan datang,” ujar YY Choy sambil turut juga berbesar hati dengan sokongan Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memperuntukkan geran padanan berjumlah RM72,000 untuk penganjuran perlumbaan dron trek vertikal tertutup. 


Mengulas lanjut, Hannah memaklumkan peruntukan geran padanan tersebut adalah untuk membantu pasukan negara menaikkan ranking dunia mereka. 



Sukan seumpama itu akan menjadi platform generasi muda untuk meluangkan masa dengan aktiviti bermanfaat berbanding melakukan perkara yang sia-sia.


"Mengikut Indeks Kesediaan Dron (DRI) 2023, industri dron Malaysia telah menduduki tempat pertama di Asia Tenggara. Malaysia telah menggunakan dron untuk meningkatkan produktiviti dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian, kartografi, dan lain-lain. Di samping pelaksanaan praktikal ini, perlumbaan dron berkelajuan tinggi telah mendapat pujian antarabangsa, dan mengalami lonjakan populariti yang konsisten pada skala global,” kata Hannah.


Sebagai rekod,  selain menjadi perlumbaan pertama di dunia acara yang melibatkan komuniti Malaysia, Rakan Muda, MSAF dan semua penaja yang mengambil. bahagian telah membawa impak dan kejayaan besar untuk acara ini.

Selain daripada perlumbaan kategori DRA Captain, terdapat juga perlumbaan daripada kategori Rookie. Para pelumba Malaysia telah ‘sapu bersih’ tempat pertama sehingga kelima kategori tersebut.



Lim Sheng Xiong (LX) muncul juara kategori Rookie dan membawa pulang wang tunai RM680, manakala, Jaysuman Pusppanathan (Dr Jay) dan Ahmed Feizal Sulaiman Khan (Obot) muncul sebagai naib juara dan tempat ketiga. 
Masing-masing membawa pulang RM480 dan RM380.


Sebagai rekod, perlumbaan dron akan melalui persaingan melalui dron FPV di trek lumba yang dilengkapi khas. Juruterbang lumba akan memakai gogal (google) FPV. Dron lumba dilengkapi dengan alat kawalan jauh dan kamera FPV. 



Perlumbaan realiti maya ini memberikan pengalaman yang menakjubkan. Dron lumba mampu memecut sehingga 120km/j. 


Acara ini merupakan pertama di dunia yang akan menampilkan perlumbaan di trek vertikal pada kadar ketinggian 20 meter. 



Juruterbang lumba akan diuji kecekalan mereka dengan trek unik, yang akan menekankan kelajuan dan ketepatan apabila mereka menavigasi halangan atau pintu yang ditetapkan dalam ruang tertutup dan terkurung.

“Plaza Low Yat telah menjadi tempat tumpuan untuk para peminat teknologi moden sejak tahun 1999 lagi. Bersesuaian dengan konsep kami, acara yang berteknologi tinggi seperti perlumbaan dron FPV ini memang sangat mengujakan. Kami sangat berbangga menjadi lokasi rintis untuk DRA 2023, perlumbaan dron trek vertikal pertama di dunia!" akhiri Ng Wei Ling.


Senarai penuh pemenang:



Untuk mengetahui berita dan acara terkini, ikuti kami di:

Facebook:


https://www.facebook.com/thedroneraceasia/

Instagram

https://www.instagram.com/droneraceasia/

YouTube

https://www.youtube.com/@DroneRaceAsia

TikTok

https://www.tiktok.com/@droneraceasia

Twitter

https://twitter.com/droneraceasia



#DroneRaceAsa #PlazaLowYat #HannahYeoh #PerlumbaanDrone #DRACaptain


Tiada ulasan:

Catat Ulasan