Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERSATUAN MASYARAKAT SATU KHEMAH SALUR BANTUAN SEMPENA KRISMAS!


MEMETIK
satu dua perkataan  daripada dailog Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P, Ramlee melalui filemnya, ‘Nujum Pak Belakang’ iaitu ‘jarang-jarang dan kadang-kadang…’ begitulah juga yang mahu Kak Fas katakan apabila bertemu dengan ahli-ahli politik khususnya seperti pertemuan kali pertama bersama Naib Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, Jonathan Vela merangkap Pengerusi Persatuan Masyarakat Satu Khemah yang juga Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.


Kak Fas memang jarang-jarang dan hanya kadang-kadang membuat liputan acara politik, kecuali ketika bertugas sebagai wartawan dii Kumpulan Utusan beberapa tahun dahulu. 


Kini sebagai wartawan yang sudah pun menjadi penulis bebas dan mengasaskan blog sendiri ini, memang kurang sekali membuat liputan acara berkaitan ahli-ahli politik.


Begitu pun atas pelawaan rakan media  persendirian yang menguruskan social media dalam taliannya sendiri, di bawah jenama utvmediamalaysia, Kak Fas turut terpanggil untuk ke majlis amal sempena sambutan Krismas oleh Persatuan Masyarakat Satu Khemah yang diterajui Jonathan Vela baru-baru ini.



Dinamakan ‘The Best Christmas Celebration’, majlis menyaksikan Jonathan menyampaikan  sumbangan hadiah Krismas kepada 100 kanak-kanak dari golongan B40.


Menurutnya, acara yang dilakukan merupakan aktiviti yang lazim dianjurkan setiap kali menjelmanya sebarang perayaan sepanjang tahun dan ini merupakan program amal yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Krismas.



“Selepas ini kami akan memberi tumpuan kepada sumbamgan sempena ‘Back To School' pula,” ujar Jonathan selanjutnya.


Kak Fas agak tertarik dengan nama Persatuan yang ditubuhkan sejak 2014 iaitu Persatuan Masyarakat Satu Khemah waima pada majlis sambutan Krismas yang diadakan sememangnya berkisar dalam hanya satu khemah yang dipasang tetapi di bawahnya terdapat berbilang kaum yang duduk bersama menjamu selera.



Tidak syak lagi satu khemah membawa maksud perpaduan yang diwujudkan di kalangan kira-kira 1,000 penduduk perumahan awam Sri Johor, Bandar Tun Razak yang berada di bawah kawasan pemerhatian Persatuan.


Sebagai salah sebuah persatuan yang dilihat prolifik terhadap kerja-kerja amal, Jonathan memberitahu, pihaknya sentiasa terbuka menyelesaikan sebarang masalah yang dibangkitkan oleh penduduk.



“Kami tidak berdiam diri apabila timbul isu isu yang tidak memuaskan hati penduduk kerana kehadiran kami adalah untuk membantu semua yang memerlukan,” ujar Jonathan sambil berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato Seri Dr. Wan Azizah dan Ketua Cabang Keadilan Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abdin yang sentiasa prihatin dan memberi bantuan kepada penduduk kawasan itu khususnya golongan B40.


Daripada perbualan ringkas bersama Jonathan, Kak Fas dapat selami jiwanya yang suka membantu waima tidak syak lagi Jonathan sememangnya layak memegang jawatan Pengerusi Persatuan Masyarakat Satu Khemah sekali gus sebagai ‘Father’ kepada gereja yang diwakilinya. 



Selamat Hari Natal!


#BandarTunRazak #PersatuanMasyarakatSatuKhemah #BandarTunRazak #Krismas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan