Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RASAI PENGALAMAN MEMBAKAR 15 JENIS 'SATAY TENONG'!


APABILA
membayangkan atau pun menyebut sahaja ‘Satay’, selaluya Kak Fas akan teringat nama ‘Satay Kajang’ waima pekan Kajang itu memang terkenal dengan keenakan sataynya sejak turun temurun.


Pun begitu, selaras dengan peredaran masa, sudah banyak nama-nama satay yang diperkenalkan mengikut pilihan peniaganya, Ada yang menggunakan nama pengusahanya dan pelbagai lagi.


Di antaranya yang menarik perhatian Kak Fas baru-baru ini berbunyi ‘Satay Tenong’ diusahakan sepasang suami iseri, Md Sahril dan Nurharfiza.



Seperti kata Ratu Rock Ella yang terkenal dengan frasa popularnya  ‘Ella rasa…’, Kak Fas pun rasa nama yang dipilih memang kena tepat dengan satay yang ketika membakarnya kita perlu tenong-tenong lama kan, agar ia masak dan tidak terbakar.


Memang tepat sekali nama yang dipilih tetapi lebih unik lagi apabila ‘Satay Tenong’ hadir dengan 15 jenis pilihan kuah 'pelbagai perisa malah pelanggan boleh merasai pengalaman membakarnya sendiri jika berminat nak rasa macam berniaga satay gitu.


Sebaik sahaja melangkah masuk ke premis 'Satay Tenong' yang terletak di No. 53 Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur anda dipelawa ke dalam untuk membuat pilihan satay daripada 15 jenis tersedia.



Antaranya Daging Classic, Ayam Classic, Kambing Classic, Tender Classic, Ayam Dabu-Dabu, Daging Dabu-Dabu, Kambing Dabu-Dabu, Tender Dabu-Dabu, Ayam Blackpepper,  Daging Blackpepper, Tender Blackpepper dan tiga jenis satay seafood turut disediakan iaitu udang, kaki sotong dan kerang.


Wow! Satu satay fusion yang pertama kali Kak Fas lihat malah ‘Satay Tenong’ berkonsepkan DIY yang pertama di Malaysia.


“Di sini pelanggan boleh memilih satay mengikut kegemaran masing-masing dan mereka boleh membakarnya sendiri sekiranya mahu merasai pengalaman penjual satay,” ujar Md Shahril yang lebih mesra disapa Shah.



Istimewanya lagi, pelanggan boleh memilih kesemua atau mana-mana di antara enam jenis kuah satay pelbagai perisa yang tersedia seperti ‘Peanut Sauce’, ‘Legendary Sauce’, ‘Peppercorn Sauce’, ‘Creamy Smoked Sesame’. ‘Chabura Sauce’ dan ‘Bang Bang Sauce.


Jadi tepuk dada tanya selera, pilih salah satu atau rasa semua seperti Kak Fas buat sekali gus terus jatuh cinta dengan perasa sos ‘Creamy Smoked Sesame’ yang rasa masam-masam manis begitu.


Memang satu kelainan yang dicipta oleh Shah dan isterinya ini apatah lagi ada juga kondimens sampingan seperti timun, bawang, tomato dan limau nipis atau lemon untuk menambah lagi keenakan rasa satay.



Nak rasa lagi kenyang jangan lupa tempah sekali nasi himpit yang ada tau.


Agak lama jugalah Kak Fas tenong satu persatu ‘Satay Tenong’ yang dijual pada 3 cucuk sekali gus pada harga serendah RM3.90 sehingga RM9.00 untuk satay kaki sotong.


Selepas perut kekenyangan anda boleh memilih minuman samada sejuk atau panas iaitu Sirap Pandan, Sarsaparilla, Lemonade atau Black Tea selain Teh Tarik dan White Coffee.


Bagi yang membawa anak-anak boleh memilih makanan sukaan mereka seperti fries  atau nuget berharga RM6.



Dalam pada itu, jika tidak sempat nak menjamu selera dikedai boleh juga bungkus untuk dibawa pulang pada harga serendah RM13 bagi satay Ayam 10 cucuk sehingga RM150 bagi 50 cucuk satay sotong.


“Kami juga menyediakan pakej tempahan untuk kenduri dan pelbagai acara lain mengikut menu kehendak pelanggan,” akhiri Shah sambil memaklumkan butiran lanjut mengenai harga dan sebagainya boleh layari LINK INI atau berhubung dengan talian 011-1313 2098 pada waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 




#SatayTenong #WangsaMaju #DIY #BakarSendiri #KitchenSavers #Makan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan