SOOKA TAWAR PEK TERBAHARU PADA HARGA RENDAH, BAWA STEVE BRUCE TEMUI PEMINAT
PUAS tak tonton kesemua kandungan suka secara langsung di aplikasi khidmat pensriman terkemuka Malaysia iaitu Sooka?
Jika memamg suka menonton di sooka apakata mendaftar dengan sooka di mana pek serba baharunya yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan harga serendah RM14.90 sebulan serta Lebih Banyak Kandungan untuk Memberikan Nilai Kepada Pelanggan.
“Memandangkan permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel terus meningkat, sooka bertekad untuk menyediakan kandungan yang disesuaikan khusus untuk para penonton, menggabungkan siaran secara langsung dan On Demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith pada majlis pelancaran “Sooka Got All’ yang memperkenalkan pakej-pakej baharunya, berlangsung di Piazza, Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Turut hadir memeriahkan peminat bola sepak adalah bekas pemain bola sepak Manchester United, Steven Bruce yang pernah hadir ke Malaysia 20 tahun lalu.
Kini sekali lagi beliau kembali atas undangan pihak Astro bagi menyemarakkan lagi kehangatan sukan bola sepak di mana sooka merupakan satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan barisan kandungan sukan SECARA LANGSUNG yang luas termasuk Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan Badminton BWF, Jelajah Tenis ATP, MotoGP, UFC dan banyak lagi.
Menurut Euan Smith, pengguna bulanan aktif (MAU) sooka telah meningkat 80% setakat tahun ini, dan pelanggan VIP telah meningkat 55% suku tahun ke suku tahun dipacu oleh pertambahan pilihan kandungan dan pemasaran yang lebih bersasar.
“Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di sooka, dengan 60% daripada mereka menonton kandungan sooka menerusi telefon mudah alih. Kami yakin pek dan harga baharu sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024,” tambah beliau.
Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan sooka secara PERCUMA, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih.
Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90.
“Untuk meraikan pelancaran cara-cara baharu untuk menikmati kandungan sooka, rakyat Malaysia dijemput untuk menonton kesemua kandungan sukan SECARA LANGSUNG di sooka secara PERCUMA sepanjang 2 dan 3 Disember ini,” jelas Euan Smith.
Berpandukan slogan ‘Sooka Got All’, pakej-pakej terbaharu yang disediajkan memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih hiburan yang paling sesuai dengan gaya hidup dan citarasa tontonan masing-masing.
Kini kandungan Sukan, Hiburan dan Kanak-kanak semuanya boleh ditonton di sooka dengan keupayaan menikmati rancangan-rancangan ini secara serentak di sehingga tiga skrin dan dengan resolusi lebih tinggi – semuanya dengan pengalaman tontonan yang lebih premium.
Para pelanggan boleh menyaksikan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang dinanti-nantikan pada 10 Disember dan program pencarian bakat Malaysia menerusi Hero Dewi Remaja 2023.
Satu siri baharu juga akan dilancarkan di sooka, iaitu Syurga Itu Bukan Mudah mahu pun menikmati rancangan menarik kanak-kanak seperti Didi & Friends, Hello Pinkfong, dan Super Nabil akan menghimpunkan seisi keluarga manakala filem-filem Cina dan Korea serta rancangan beraneka seperti The Queen's Ploy dan A Journey to Love dan Night Has Come pasti menarik perhatian penggemar rancangan hiburan Asia.
Untuk menikmati pengalaman hiburan terbaik, para pelanggan boleh menonton semua rancangan kegemaran mereka dan rancangan sukan secara SIARAN LANGSUNG di skrin besar dengan pakej Premium, yang menawarkan akses kepada lebih banyak skrin, tanpa iklan pada harga promosi RM49.90 sebulan (asal RM84.90).
Sementara itu, peminat sukan boleh memilih pakej All Sports + Entertainment untuk menyaksikan semua acara sukan secara SIARAN LANGSUNG atau Liga Malaysia + Entertainment pada harga hanya RM34.90 sebulan atau pada harga RM28.90 sebulan.
Dengan pek Entertainment, para pelanggan berpeluang menyaksikan drama-drama tempatan dan Asia, rancangan beraneka dan realiti dengan langganan hanya RM14.90 sebulan (asal RM15.90).
Bagi mereka yang ingin menghiburkan hati secara terus-menerus, Pas 24 Jam disediakan untuk membolehkan para pelanggan menyaksikan semua kandungan sukan, hiburan dan kanak-kanak pada hari pilihan mereka dengan hanya RM12.90 sehari.
Pendek kata, segalanya ada di sooka!
Muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) atau saksikannya menerusi TV Pintar Samsung, LG, Xiao Mi, & Google/Android TV (versi 8 dan ke atas).
Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan pakej baharunya, sila layari sooka.my atau terus KLIK SINI.
#Sooka #Percuma #AplikasiStreaming #Hiburan #Sukan #Astro #Secaralangsung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan