ZEMVELO BERASASKAN SACHA INCHI SASAR JUALAN RM200 JUTA SEPANJANG 2024!
BAGI seseorang yang suka mengambil suplemen sudah tentu arif mengenai apa yang disebut sebagai ‘sacha inchi’ dalam kandungan produk-produk kesihatan di pasaran.
Namun bagi Kak Fas yang bukan kaki suplemen, sejujurnya agak tertanya-tanya apa kah itu ‘sacha inchi’ ketika hadir ke majlis Penjenamaan Semula jenama ‘Zemvelo’ yang berlangsung di Damansara Perdana baru-baru ini.
Mencari infonya, Kak Fas baharulah tahu ‘Sacha Inchi’ atau nama saintifiknya, Plukenetia volubilis adalah tumbuhan saka dari bahagian tertentu di Amerika Selatan dan Caribbean.
Ia menghasilkan buah dengan biji yang besar dan boleh dimakan waima secara tradisiya ia dimakan oleh kumpulan orang asli di Peru di mana biji buah itu dipanggang, dikisar menjadi serbuk halus dan ditambah kepada produk makanan.
Selain itu, bijinya boleh ditekan untuk diekstrak minyaknya bagi kegunaan dalam masakan atau produk penjagaan kulit malah daun tumbuhannya pun boleh dikeringkan dan dibancuh untuk membuat teh herba.
Begitu serba ringkas apa itu ‘sacha inchi’.
Dan apabila berada di majlis penjenamaan semula jenama ‘Zamvelo’ berasaskan kandungan utamanya sacha inchi, baharulah jelas dan terang apa manfaat dan kebaikan produk kesihatan ini untuk pengguna.
Pun begitu, selain memperkenalkan jenama ‘Zemvelo’, satu nama berasal dari perkataan Afrika yang membawa maksud ‘nature’ atau alam semula jadi, turut dimaklumkan pengambilan alih jenama Zemvelo daripada kilang pengeluarannyya, Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd. oleh Naurish Sdn Bhd.
Pengambilalihan ini termasuk 22 Syarikat Jenama OEM Sacha Inchi di bawah naungan Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd, menandakan perkembangan yang ketara dalam portfolio Naurish Sdn Bhd.
Sehubungan itu, langkah strategik berkenaan menempatkan Naurish Sdn Bhd sebagai pemain utama dalam pasaran Sacha Inchi, mengukuhkan lagi komitmen untuk menghasilkan produk kesihatan berasaskan tumbuhan yang berkualliti tinggi.
“Syarikat ini tidak menggunakan bovin atau elemen berasaskan haiwan lain. Ini menjadikan Minyak Sacha Inchi dapat digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna, termasuk vegetarian dan vegan,” ujar Karl selaku Ketua Pegawai Komersial Zemelo pada majlis yang turut diacarakan oleh Zainal Alam Kadir.
Turut hadir Mohd Farhan Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Naurish Sdn Bhd.
Menurut Karl, Naurish Sdn Bhd yang berbangga dengan komitmen untuk menghasilkan gelatin softgel berasaskan sayuran 100% menekankan kepentingan pemilihan produk oleh pengguna, kerana softgel di dalam pasaran mungkin berasal dari sumber yang bukan berasaskan tumbuhan dan status halal yang meragukan.
Berbeza dengan beberapa produk di pasaran yang mungkin mengisytiharkan softgel mereka berasaskan tumbuhan & halal tanpa pengesahan yang betul, ZEMVELO sah memegang sijil HALAL sekali gus memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Selain itu, syarikat ini berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), mengukuhkan lagi komitmennya terhadap standard global dan keselamatan produk,” tambah Karl.
Dalam pada itu, komitmen Naurish Sdn Bhd terhadap kecemerlangan tidak terbatas pada sijil sahaja bahkan setiap produk dipastikan menjalani ujian makmal yang ketat untuk memastikan semua tahap vitamin dan omega 3, 6, 9 memenuhi standard kualiti tertinggi.
“Komitmen ini menekankan usaha berterusan syarikat dalam setiap aspek penawaran produknya,” Karl menyakinkan.
Apa pula manfaat dan kebaikan barangan Zemvelo khususnya produk paling larisnya, “Sacha Inchi Oil +Tocotrienols + Sea Buckthorn' berharga RM129 sebotol dengan kandungan 60 biji sofgel?
“Produk ini mampu menjaga kesihatan jantung, meningkatkan kesihatan otak, melancarkan peredaran darah dan anti penuaan. Bahkan kandungan Tocotrienols nampaknya mempunyai banyak kesan yang berbeza dalam badan antaranya boleh menurunkan tahap kolesterol sambil memberikan manfaat kesihatan jantung,” sambung Karl.
Jadi jika mahu mencubanya boleh lah alami kecekapan dalam kecergasan dengan softgel ZEMVELO yang mempunyai kadar kelarutan pantas, memastikan penyerapan optimum dalam masa hanya satu minit.
“Ini menetapkan standard baru, mengatasi kapsul konvensional (vegetable carrageenan) (4 minit) dan softgel (bovine) (3 minit),” jelas Karl sambil berharap produk keluaran Naurish Sdn Bhd ini dapat membawa manfaat Sacha Inchi kepada pengguna yang lebih luas seraya mengekalkan komitmen terhadap kualiti, kelestarian, dan kepuasan pelanggan.
Dalam perancangan perkembangan Zamvelo, syarikat mensasarkan mampu mencecah jualan sehingga RM200 juta sepanjang tahun 2024 apabila penjenamaan semula serta beberapa produk baharu yang dalam pembuatan akan diluaskan pasarannya ke peringkat global.
“Sebelum bermula 2024 kami sudah mencecah jualan RM6 juta,” akhiri Karl sambil mengharapkan sokongan pengguna terhadap Zemvelo dalam mencapai gaya hidup yang siihat.
Untuk maklumat lanjut boleh layari LINK INI.
Menariknya, siapa yang membeli Zemvelo pada harga RM150 dalam satu resit layak terpilih untuk cabutan bertuah di mana syarikat akan menghadiahkan wang tunai RM500 setiap bulan selama setahun.
Wah! Dah makan Zemvelo untuk sihat boleh pula dapat RM500 sebulan... hebat tak?
#Zemvelo #ProdukKesihatan #SachaInchi #Sofgel #NaurishSdnBhd #Produk #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan