Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BANGLO SEKSYEN 12' PERTARUHAN SULONG INTAN LADYANA, PILIH GENRE SERAM SESUAI JIWANYA!


FILEM
‘Banglo Seksyen 12’ ini sudah hampir tiga tahun lalu diterbitkan berdasarkan kepada nobel popular karya Hasrudi Jawawi namun hanya pada 25 Januari 2024 akan ditayangkan kepada umum.


Menariknya ia ‘bayi pertama’ di bawah arahan pelakonnya merangkap Penerbit produksi Prisma Pictures Sdn Bhd walau pun Intan Ladyna kini sedang hamil enam bulan bayi keduanya bersama Harris Alif.


“Filem ini 'bayi' pertama saya jadi sudah tentu saya bimbang tentang penerimaan penonton apatah lagi selain berlakon saya juga bertindak sebagai pengarah bersama Dharma Nasution,” ujar Intan Ladyna selesai tayangan perdana filem sulongnya itu yang berlangsung di GSC Lalaport baru-baru ini.


Turut hadir Pengarahnya, Dharma Nasution serta barisan pelakon terlibat yang hampir kesemuanya bakat baharu ketika filem itu menjalani penggambaran iaitu Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi. 




Mendapat sokongan dan Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak lebih kurang RM500,000 yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital  (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, (FINAS), kata Intan, beliau berbelanja sepenuhnya dana yang diberikan untuk ‘Bango Seksyen 12’ itu.


“Sebagai filem pertama dan arahan bersama pertama juga tentulah saya harap filem ini akan mendapat sambutan penonton dengan kutipan memberangsangkan,” ujar Intan atau nama sebenarnya, Nurladyana Mohamat Yahaya yang kelihatan turut didampingi suami tercinta, Harris.



Timbul persoalan kenapa terbit filem seram?


“Jiwa saya memang jiwa seram. Saya mula berlakon pun dalam filem aksi dan seram, jadi itu antara sebab kenapa saya memilih genre seram.” jawab Intan yang terkenal melalui filem-filem seram seperti ‘Jangan Pandang Belakang’ dan ‘Banglo Berkunci’.


Filem 'Banglo Seksyen 12' mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka. Ada yang kena bunuh dan ada yang terselamat.



Menurut pengarahnya, Dharma memandangkan penggambaran dilakukan ketika pandemik COVID-19 sedang melanda negara, beberapa rintangan perlu dihadapi di bawah kawalan pihak polis.


“Cerita  ini diinspirasikan daripada nobel tetapi diolah mengikut kesesuaian nilai sebuah filem di mana hanya kira-kira 30% peratus sahaja dipetik mengikut karya asalnya, apa pun kami mendapat persetujuan daripada penulis nobel untuk pengubahsuaian tersebut,” sambung Dharma.



Sementara itu, rata-rata pelakonnya khususnya yang pertama kali berlakon filem mengharapkan penonton dapat menerima lakonan mereka malah kala bercerita mengenai pengalaman masing-masing ada yang berdepan insiden ‘gangguan’ seperti yang dialami ‘Fahmi’. watak lakonan Faez Malik yang nampak bersungguh-sungguh menjiwai wataknya.



“Semasa satu babak, saya seolah mendengar satu suara di belakang pada hal waktu itu tiada sesiapa,” kenang  Faiz atau nama penuhnya, Muhammad Faiz Abdul Malek (gambar bawah, tengah).



Dalam pada itu, Mustaqim Bahadon (kiri) juga tidak mahu ketinggalan menyuarakan pengalamannya selepas penggambaran ‘Banglo Seksye 12’.


“Sewaktu memandu pulang tengah malam. saya perasan macam ada lembaga hitam berada di atas bumbung kereta, memang terketar juga lah tetapi rupa-rupaya ada barang yang krew tertinggal di atas kereta, “ ujarnya disusuli ketawa penonton yang hadir.


ANTARA rakan artis yang memberikan sokongan kepada Intan dan suaminya, Haris adalah Lyana Jasmay, Nora Danish dan Nor Azemi atau 'Tam".


Apa pun jika anda semua sukakan kisah seram, barangkali ‘Banglo Seksyen 12’ ini yang sebenarnya bukan dishoot di Seksyen 12 tetapi di kawasan lain di Selangor, boleh ditonton tetapi jangan terperanjat dari tempat duduk kerana bunyi sound effectnya yang memang berdentum boleh memnberikan kejutan.


Nantikan filem edaran Metrowealth ini di pawagam pada 25 Januari 2024 ini ya untuk menyaksikan sendiri bagaimana dari seorang pelakon, Intan Ladyana menjadi seorang pengarah walau pun sebagai pengarah bersama Dharma.


Pada akhir filem, sudah tentu sang suami, Harris tidak ketinggalan ditampilkan. 


Apakah ia petanda ada ‘Banglo Seksyen 12’ ke-2? 


Mungkin dalam 2026 kut... sebagaimana putaran ceritanya?



#BangloSeksyen12 #Seram #IntanLadyana #Metrowealth #PrismaPictures #fyp


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan