GUARDIAN MALAYSIA PERKENAL 4 SET BARANGAN KOLEKSI 'SPYXFAMILY'!
ANDA peminat siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, malah sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk menyimpan koleksi yang berkait dengan watak-watak yang diperkenalkan oleh penulisnya, Tatsuya Endo ini.?
Kak Fas faham sebagai seorang peminat tegar pada sesuatu siri atau watak dalam apa sahaja program tv, seseorang itu sanggup berhabisan berbelanja walau pun mahal demi mengumpul barang berkaitan yang menjadi kegemarannya.
Teringat semasa remaja dulu, Kak Fas antara peminat rancangan siri tv genre ‘spy’ iaitu ,’The Man From U.N.C.L.E’ lakonan Robert Vaughn dan Davif McCallum yang cukup popolar pada tahun 60an.
Sewaktu itu, apa sahaja produk yang dicipta untuk siri tersebut seperti ‘badge’ dan sebagainya menjadi koleksi simpanan Kak Fas haha…
Jadi bila hadir ke majlis memperkenalkan set koleksi edisi terhad siri manga Jepun, ‘SpyXFamily’ anjuran Guardian Malaysia baru-baru ini tentu mengembalikan memori gelagat Kak Fas sebagaimana anak-anak muda sekarang ini yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan barangan yang berkait dengan siri kegemaran mereka.
Untuk maklumat, SPY×FAMILY mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal.
Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama. Itu secara ringkas kisahnya.
Untuk rekod, sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022.
Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.
“Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY yang dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga tersebut dan keempat-empatnya boleh didapati dengan harga RM99 setiap satu setiap kali pelanggan membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk, atau RM50 untuk jenama lain dalam satu resit,” ujar Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia, Anna Ng sempena pelancaran empat set koleksi edisi terhad berkenaan yang berlangsung di MyTown Shopping Mall baru-baru ini.
Empat barangan yang dilancarkan sebagai pilihan peminat ‘SpyXFamily’ meliputi produk-produk berikut:
Set Barangan Koleksi 1 dikenali sebagai LOID FORGER, sempena watak bapa dalam siri anime itu. Koleksi Loid yang bernilai RM199 telah pun ditawarkan mulai 27 Disember 2023 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid.
Set Barangan Koleksi 2 dikenali sebagai YOR FORGER, sempena watak ibu dalam siri anime tersebut. Koleksi Yor juga bernilai RM199 dan akan ditawarkan di stor Guardian mulai 11 Januari 2024 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Yor khas yang mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor beserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor.
Set Barangan Koleksi 3 dikenali sebagai ANYA FORGER, sempena watak anak perempuan dalam siri anime itu. Koleksi Anya yang bernilai RM230 akan ditawarkan di stor Guardian mulai 25 Januari 2024 dan didatangkan dengan Kotak Rekaan Anya khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya.
Terakhir, Set Barangan Koleksi 4 dikenali sebagai pek Kotak Forger Series akan dikeluarkan pada 28 February 2024.
Jadi kena tunggulah ya jika nak pek Kotak Forger Series tu...
“Ini adalah peluang keemasan untuk mengumpul beberapa koleksi edisi terhad yang hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun, yang mungkin boleh menjadi barangan kegilaan pengumpul di masa hadapan.
“Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami. Jadi segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi istimewa ini sebelum terlambat,” akhiri Anna.
Majlis yang berlangsung santai turut menyaksikan beberapa peminat siri terbabit menyertai peraduan menggayakan karakter 'SPYXFAMILY' di mana tiga pemenang berjaya membawa pulang baucer tunai bernilai RM1,000 berserta produk koleksi Loid.
Maklumat lanjut layari sosial media Guardian di Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy YouTube: @Guardian MY Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp #GuardianMy #Guardianspyxfamily #SiriTvJepun #TatsuyaEndo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan