Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'HAPPYLONGLONGTIME' KEMPEN CNY MEDIA PRIMA SEBAR KERIANGAN


Siaran Media:


BERSEDIA untuk Tahun Naga kali ini, Media Prima bakal menyemarakkan kempen #HappyLongLongTime sempena Tahun Baharu Cina 2024! 


Kempen ini diterajui oleh 8TV, saluran bahasa Cina No. 1 di Malaysia dan disokong oleh rakan rasmi pelbagai platform seperti saluran radio Eight FM, portal video Tonton, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) dan rangkaian TV beli-belah WOWSHOP


Tahun ini 8TV akan menampilkan 25 CNY Buddies yang merangkumi selebriti, barisan penyampai TV3 dan radio melancarkan album CNY 2024 bersama dengan barangan eksklusif ‘Happy Long’. 


CNY Truck juga akan menjelajah ke beberapa lokasi di Malaysia serta himpunan program-program menarik bagi menambahkan keriangan dan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina 2024!


“Tema tahun ini menggambarkan tuah dan kebahagiaan sentiasa menghampiri kita, semoga ia sentiasa membawa berkat dan rezeki yang berterusan setiap hari supaya kita dapat menempuhi cabaran hidup dengan lebih positif dan optimis. Selain itu, kami juga berharap supaya generasi muda kini dapat menghayati erti sebenar sambutan Tahun Baharu Cina serta menghayati warisan kebudayaan masyarakat Cina menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti tarian naga, seterusnya mewarisi kekayaan dan keindahan budaya ini demi membina masa depan yang lebih indah,” ujar Ketua Pegawai Operasi 8TV, Kevin Foo.



Lagu tema CNY 2024 ‘Happy Long Long Time’  dinyanyikan oleh CNY Buddies seperti Owen Yap, Ong Ching Yee, Tan Chia Yong, Tan Ley Teng, KK Wong, Cherly Lee, Rickman Chia, Orange Tan, Desmond Tey, Natalie Ng, Jan Chin, Jane Ng, Kyann Lim, Ke Qing, Hana Teo, Ngoi Shao Long, Charlotte Seow, Victoria Ng, Loh Chen Yuk, Minsley Chin, Gino Wong, Emily Chua, Choo Yee Jie, Houson Ng dan Bryan Matthew. 


Lebih menarik, muzik video ‘Happy Long Long Time’ berlatarbelakangkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di pelbagai zaman. 


CNY Buddies juga diberikan cabaran nyanyian dan membuat gerak tari yang lebih kompleks pada tahun ini. 


Selain itu, turut dilancarkan single CNY iaitu ‘You Ni Zhen Hao’ yang dinyanyikan oleh barisan penyampai 8TV popular iaitu Owen Yap, Ong Ching Yee, Rickman Chia dan Orange Tan bersama-sama dengan pelapis baharu yang kian meningkat naik seperti Ngoi Shao Long, Charlotte Seow, Victoria Wong, Loh Chen Yuk, Emily Chua, Houson Ng, serta pempengaruh popular May Ho dan juga Xair Pang, seorang penyanyi yang sering menjuarai pertandingan nyanyian. 


Kombinasi menarik ini juga telah menyuntik elemen yang segar dalam lagu ‘You Ni Zhen Hao’.



CNY 2024 dimeriahkan lagi dengan barangan eksklusif seperti plush toy, key chain, pemacu kilat (USB), beg bekalan makanan, kemeja T, set mangkuk seramik dan tikar alas kaki yang boleh didapati di Kedai Buku Popular ataupun menerusi laman web dan e-dagang mereka.  


Untuk tahun ini, 8TV Fun Together diteruskan lagi ekoran sambutan hangat daripada orang ramai dan telah menjelajah ke beberapa lokasi di Malaysia seperti di Taiping & Bercham, Perak, Seremban & Bahau di Negeri Sembilan, Raub & Bentong di Pahang, serta Kajang & Semenyih di Selangor. 


Roadshow Happy Long Long Time telah memeriahkan dua lokasi terpilih iaitu Gurney Plaza, Pulau Pinang (27 Januari, 2.00 petang - 4.00 petang) dan akan datang di Sunway Pyramid, Selangor (3 Februari, 2.00 petang - 4.00 petang). 


Saksikan program-program menarik Tahun Baharu Cina 2024 yang terdiri daripada dua drama bersiri dan telefilem istimewa di 8TV iaitu My Sweet Tangerine Lover (bermula 6 Januari, Sabtu & Ahad, 9.00 malam, 10 episod), My Star Family (bermula 23 Januari, Isnin - Khamis, 9.00malam, 10 episod), dan Mommas & Dragon Dance (11 Februari 2024, Ahad, 9.00 malam).



My Star Family yang dibintangi oleh Emily Chan merupakan sebuah drama komedi tentang seorang selebriti popular dengan ahli keluarganya yang masing-masing mempunyai karakter yang pelik. 


My Sweet Tangerine Lover pula mengisahkan lima pasangan dalam pencarian jodoh menerusi tradisi membaling limau dari pelbagai peringkat umur antaranya Jordan Sen, Sherlyn Seo, Rickman Chia, Orange Tan, Angeline Tan dan MayJune Tan. 


Mommas & Dragon Dance merupakan inspirasi daripada kisah benar tentang sekumpulan wanita pertengahan tahun yang mendedikasikan diri kepada tarian naga dan bagaimana mereka bangkit semula selepas wabak Covid-19. 


Ikuti tips dan nasihat daripada Master Feng Shui menerusi dua program Feng Shui iaitu As You Wish 2024 (bermula 7 Januari, Setiap Ahad, 9.30 malam, 5 episod) dan CNY Feng Shui Special 2024 (bermula 12 Januari, Setiap Jumaat, 9.30 malam, 5 episod) serta eksplorasi menu CNY menarik di program Ho Chak! CNY Special 2024 (Bermula 7 Januari, Setiap Ahad, 6.30 petang, 5 episod). 



Penonton akan terus dihiburkan dengan CNY Showdown 2024 pada hari pertama Tahun Baharu Cina (10 Februari 2024, 9.00 malam) menampilkan barisan selebriti bersaing dalam pelbagai aktiviti untuk mendapatkan tawaran hadiah yang menarik! 


Dalam keriangan menyambut Tahun Baharu Cina 2024, 8TV juga tidak lupa dengan golongan yang kurang bernasib baik. Khusus buat ulang tahun 8TV ke-20 tahun, program khidmat masyarakat iaitu Project Love edisi Tahun Baharu Cina akan menziarah dan menghulurkan bantuan ke pusat penjagaan kanak-kanak terencat akal di Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal  Malaysia. 


Kempen #HappyLongLongTime mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakan - rakan penaja  Nivea, Kinohimitsu, SHARP, Bio-Essence, Jasmine Food, Kawan Food, Ensure Gold, IKEA, Samsung, Ginvera, Carnation, Colgate, Meta Academy, CPI Land, Darlie dan Herbal Farmer.


Layari akaun rasmi sosial media 8TV di Facebook @8TVbadukongjian, Instagram @8tvmalaysia dan juga Facebook & Instagram @bestoflocal8TV untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kempen CNY 2024 8TV. 


Hangatkan perbualan anda di platform sosial media dengan #HappyLongLongTime.



#TahunBaharuCina2024 #8TV #HappyLongLongTime  #TahunNaga #CNY #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan