Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JIWA 8 BELAS' CABARAN PERTAMA SOPHIA, TERINGIN WATAK AKSI, EPIK SEPERTI 'MAT KILAU''



BAYANGKAN baharu pertama kali berlakon dah kena melalui babak ‘dirogol’ dan diseksa. 


“Memang mencabar, rasa takut pun ada, terasa juga lakonan macam kayu tetapi syukur apabila pengarah dan kru terlibat sabar dan memberi tunjuk ajar dan yang penting pengarah puas,” ujar pelakon Sophia Albarakbah, 30, ketiika ditemui selepas majlis tayangan perdana filem pertama lakonannya kira-kira lima tahun dahulu.


Ketika itu, Sophia sendiri pun tidak menjangka terpillh melakonkan watak utama pada usia 25 tahun setelah menjalani sesi ‘uji bakat’.


“Memang terkejut juga tetapi teruja apabila berjaya terpilih apatah lagi saya belum pernah berlakon. Itu memang filem pertama saya,” tambah Sophia selepas namanya lebih dikenali apabila ‘viral’ dengan isu ‘cinta lokasi’ setelah didakwa merosakkan rumahtangga pasangan selebriti.


Selepas itu Sophia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang digelarnya ‘Mr. Doctor’ namun cinta itu terputus tanpa sempat diijabkabulkan. 

Sekali lagi Sophia berdepan kontroversi.


Mungkin kah Sophia sudah bertemu pengganti?


“Untuk tahun 2024 ini saya mahu fokus terhadap kerjaya, ada beberapa filem lagi yang masih belum ditayangkan antaranya Harimau Malaya: The Untold Story mahu pun ‘Saka Perawan’, “ jawab Sophia sambil memberitahu beliau kepingin membawa watak dalam filem aksi atau epik.


Menurut Sophia, belau mempunyai ‘black belt’ dalam seni taekwando dan berharap dapat memperaktikkan bakatnya itu dalam sebuah flem seperti filem epik ‘Mat Kilau’ dan seumpamanya.



Siapa sangka nampak sahaja perwatakannya lembut dan ayu tetapi Sophia mempelajari seni mempertahankan diri sejak remaja.


Berkongsi lanjut mengenai wataknya sebagai Fatien, gadis polos yang terperangkap dengan cinta palsu, Sophia akui tercedera apabila berlakon babak lasak dikejar ‘penjahat’.


“Adalah juga lebam sana sini tetapi itulah pengalaman yang sukar saya lupakan sebagai pelakon yang pertama kali berlakon,” tambah Aktres Filem Popular, ABPBH 35 ini.


Seperti Sophia, kecuali Dato Jalalludin Hassan, Dato Fauxiah Nawi, Aman Graseka, Zila Bakarin atau A. Galak antaranya, hampir sebahagian besar daripada barisan pelakon ‘Jiwa 8 Belas’ terdiri daripada bakat-bakat baharu seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Kanda Khairul  dan ramai lagi.



Filem terbitan Sri Saheb Productios Sdn Bhd arahan S. Baldev Singh yang akan ditayangkan bermula 18 Januari ini,  iaitu signifikan dengan judulnya ‘Jiwa 8 Belas’ dijangka menarik minat anak anak muda berjiwa remaja ke pawagam.


Filem 'Jiwa 8 Belas' mengisahkan pasangan rakan karib, yang kemudiannya bertukar menjadi tragedi gara-gara terperangkap dalam sekumpulan penjahat yang memperdagangkan wanita ke Thailand.



Pelbagai isu diketengahkan yang melibatkan kegiatan haram anak-anak berjiwa muda untuk cepat kaya termasuk kisah perhubungan sosial tanpa batas sehingga melahirkan anak luar nikah.


Dalam pada itu turut dipaparkan rasa dendam yang membara dalam jiwa orang tua yang kehilangan anak tersayang sehingga sanggup pula mengambil tindakan di luar perundangan sehingga membunuh pelaku tersebut.



Pada pandangan Kak Fas barangkali adegan membakar hidup-hidup kerana dendam ini sepatutnya ditiadakan waima membawa konotasi bahawa setiap perbuatan jahat harus dibalas dengan kejahatan walhal Islam tidak menggalakkan perbuatan mengambil nyawa di tangan sendiri kerana Allah SWT pun maha pengampun inikan pula manusia.


Barangkali adegan itu boleh disempurnakan dengan Atok Li  (lakonan Jalaluddin Hassan) tidak mengambil keputusan drastik tersebut apatah lagi dia pun sudah berusia dan tahu akibatnya.


Tetapi itulah, mungkin kerana teramat kecewa ia menunjukkan sesetengah manusia itu sanggup melakukan apa sahaja demi membalas dendam. Wallahualam!



#Jiwa8Belas #SophiaAlbarakbah #FilemAksiRemaja #SriSahebProductions  #fyp


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan