Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAJLIS MAKAN MALAM KASADARAN SASAR RM1.3 JUTA BANTU OPERASI MADRASAH ANAK YATIM


RAMADAN dah nak dekat, mungkin kah anda masih tercari-cari kepada siapa nak disalurkan sumbangan buat bekalan di akhirat?


Jika itu yang menjadi hasrat barangkali anda boleh menyalurkannya dengan membuat pembelian meja pada konsert di Majlis Makan Malam Kasadaran Amal yang bakal berlangsung pada  Sabtu, 17 Februari 2024 dari jam 6 petang sehingga 11 malam di MBSA Convention Centre, Shah Alam.


Berharga dari tiga kategori dari serendah RM3,000 (Bronze), RM5,000 (Silver) hingga RM8,000 (Gold), penyumbang juga berpeluang dihiburkan dengan lagu-lagu popular lima artis rockers 'otai' yang kini telah berhijrah ke arah kebaikan.


Antara artis terlibat terdiri dari Dato Awie Wings, Ijam Medicine, Adi Wow, Anjang Terrarosa serta Ali XPDC yang juga merupakan Duta kepada Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor, selaku pihak penganjur.


"Selain jualan meja, kami juga membuka ruang kerusi di bahagian luar dewan dengan harga RM200 setiap seorang di mana penonton boleh menyaksikan konsert melalui skrin gergasi yang dipasang," ujar Mudir Al-Muqwa, Amran Johari pada majlis pelancaran malam amal tersebut bertempat di Restoren Sri Kunyit, Kuala Lumpur semalam, 30 Januari 2024.


PENGERUSI Madrasah, Roslan Ariffin (tengah) menyerahkan surat MoU kepada Pak Ayob sambil diiringi Amran Johari (kiri).

SEBAGAI Penaung Majlis Tengku Adena (tengah)  turut membantu mencari dana bagi pengurusan Madrasan,

Turut hadir Penaung Majlis, Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan Dan Ekosistem Malaysia (MEEDC),Tengku Adena Tengku Abdullah; Penghulu Kpg Rantau Panjang Klang,  Md Adim Abdul Rahman; Pengerusi Al-Muqwa, Roslin Ariffin; Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid; Pengurus Kandungan Radio Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor serta barisan artis yang terbabit iaitu Ijam Medicine, Ali XPDC, Adi WOW, Andang Terrarosa dan Faisal Ismail selaku pengacara majlis yang akan bersama Mawi.



Mengembalikan kenangannya ketika menubuhkan Madrasah kira-kira 14 tahun lalu, kata Amran, sejak Pandemik Covid-19 melanda negara, pihaknya banyak melalui 

pelbagai fasa-fasa perjalanan dan ujian yang sukar sepanjang tempoh tersebut dan masih berlarutan sehingga kini.


Amran Johari menambahkata, mereka mengalami masalah kewangan yang sangat ketara merangkumi beban hutang yang sangat tinggi jumlahnya. 


"Kami berdepan bebanan hutang berjumlah hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini. 


"Kemudian kita mempunyai tunggakan atau tuntutan hutang daripada pembekal tenaga dan juga syarikat air yang mana jumlah tunggakan bil-bil utiliti tersebut mencecah sehingga RM80,000 untuk tempoh dua tahun. 


"Kami tidak bayar kerana tidak mampu menjelaskannya. Selain itu kami juga 

menghadapi masalah tuntutan hutang dari syarikat pembekal hardware selain masalah kos lain untuk tujuan pentadbiran.


"Begitu juga kami keputusan bekalan makanan yang kerap berlaku sejak setahun setengah ini. Jadi untuk majlis kali ini kami sasarkan kutipan sebanyak RM1.3 juta memandangkan pengurusan Madrasah memerlukan lebih kurang RM13,000 setiap bulan untuk terus hidup," katanya. 


Bertitik tolak daripada masalah yang berlaku, tercetus idea buat mereka untuk melantik Ali XPDC sebagai Duta Al-Muqwa pada 2020 yang bertujuan membantu mencarikan dana. 



Pada 26 Februari 2022, Al-Muqwa tampil menganjurkan konsert yang membariskan Ali dan barisan selebriti hijrah lain iaitu Ijam Medicine, Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang, ketika itu,  bagi tujuan mengisi dana. 


"Alhamdulillah kami berjaya mengumpul lebih kurang RM160,000 ketika itu waima kehadiran penonton melebihi jangkaan. Jadi, ia  mencetuskan idea untuk penganjuran program kali kedua pada tahun ini. 


"Atas cetusan idea dan juga galakan daripada Ali XPDC selaku duta Al Muqwa, maka kita mengadakan program makan malam amal ini untuk kali kedua. Istimewanya program ini juga akan dihadiri oleh tetamu atau artis selebriti tanah air yang tidak asing lagi iaitu Dato' Awie


"Disamping itu, artis-artis lain yang terbabit buat persembahan ialah Ijam Medicine dan Adi Wow serta beberapa artis hijrah lain termasuk Anjang Terrarosa malah turut bersama Faisal Ismail dan Mawi sebagai pengacara majlis," tambah Amran sambil memaklumkan majlis persemahan bertemakan 'Fikir, Dzikir, Dikir' manakala tema program  adalah Hitam Putih Kehidupan.


DARI kiri: Pak Ayob, Anjang, Ijam, Md Adim, Amran, Ali, Adi, Faisal dan Roslin.


Untuk rekod, Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) menempatkan sebahagian besar anak-anak yatim, fakir dan miskin serta anak-anak mualaf dan terbiar. 


"Madrasah ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar-pelajar atau anak yatim yang menghuni kawasan ini. 


"Jadi kita mengasuh mereka ini, golongan yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan ini untuk menjadikan mereka sebagai penghafaz Al-Quran dan juga alim ulama," cerita Amran


Menariknya pada konsert yang bakal diadakan  penonton bukan sahaja dihiburkan dengan lagu-lagu popular artis kegemaran masing-masing tetapi turut disajikan dengan ‘hidangan’ lain seperti persembahan salawat, bacaan ayat-ayat Al Quran dan perkongsian pengalaman artis-artis hijrah. 


"Kita juga akan kumpulkan sejumlah barangan atau koleksi artis-artis untuk jualan lelong amal dimana semua hasil kutipan disalurkan sepenuhnya kepada Al Muqwa.


"Kita juga menyeru kepada mana-mana rakan artis yang berminat ingin membantu untuk turut serta menyumbang dalam bentuk sekiranya ada barang-barang pakaian atau koleksi peribadi yang ingin dilelong atau ingin dihadiahkan kepada madrasah untuk dilelong pada majlis makan malam ini," akhiri Amran.



Maklumat lanjut mengenai pembelian meja dan sumbangan boleh berhubung dengan individu-individu di bawah ini:


Amran  : 0126212582 atau wasap.my/60126212582


Roslan : 0162446567 atau wasap.my/60162446567


Omar : 0163753117 atau wasap.my/60163753117


Hasroy : 0176396368 atau wasap.my/60176396368


Khusairi : 0165526500 atau wasap.my/60165526500


Manaf : 01135699515 atau wasap.my/60113569915


WAN Syahrul Amry turut menerima surat penghargaan kerjasama mewakili Radio Zayan.


Untuk sumbangan boleh juga salurkan terus ke akaun bank: 


Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith

Maybank

5624 693 08464


Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith

CIMB Bank

8603 259 460



#MalamKasadaranAmal #AlMuqwa #IRAMA #MBSA #KonsertOtaiRockers #fyp








Tiada ulasan:

Catat Ulasan