Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG DAFTAR NIAGA BISKUT RAYA DENGAN MODAL SERENDAH RM500!



GOLONGAN
usahawan kecil serta Koperasi yang berminat menceburi perniagaan bermusim seperti jualan biskut raya dijemput menyertai program ‘Biskut Raya - Rezeki Lebaran diKongsi Bersama’ anjuran DMG Food Industries Sdn Bhd.


“Kami mensasarkan 100 ribu balang Biskut Raya untuk pasaran pada musim Raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi,” ujar Timbalan Pengerusi DMG Food Industries Sdn Bhd, Dato Dr. Hassan Saad pada pelancaran program ‘Biskut Raya - Rezeki Lebaran Dikongsi Bersama’ yang berlangsung di DMG Food Industries, Kawasan Perindustrian Ringan MARA, Batu Caves, pada semalam, 6 Januari 2024.


Turut hadir memeriahkan majlis Pengerusi Pertubuhan ANGKASA Negeri Selangor, Dato Hj Mohd Alias bin Hamzah serta beberapa usahawan dan wakil NGO sebagai rakan kerjasama.



Menurut Dr. Hassan, memandangkan potensi perniagaan biskut Raya cukup besar dan luas, program yang dianjurkan bertujuan membantu usahawan-usahawan kecil mahu pun Koperasi atau individu yang minat berniaga, tampil menyertai program pada kos rendah.


“Menariknya, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan biskut raya atas jenama sendiri waima setelah memperoleh desain masing-masing kami akan menyempurnakan pembukusannya,” tambah Dr. Hassan sambil memaklumkan hanya RM500 sahaja diperlukan sebagai modal.


Dengan pembayaran RM500, setiap pembekal akan menerima 100 balang biskut raya pelbagai jenis pada nilian RM2,500.


‘Selepas ditolak nilai kos dan sebagainya, mereka mampu memperoleh RM700 keuntungan,” ujar Dr. Hassan.


Tambahnya, DMG Food Industries menyediakan lebih kurang 20 jenis biskut raya seperti antaranya Samprit, Almond London, Suji, Nyonya Tart, Swiss Nutella Almond, Green Peas Snowy,  Mazola Peanut Butter, Choco Nestum Almond, Almond Bar Choco Rise, Orea Choco Tart dan banyak lagi.



Berkongsi lanjut, Dr. Hassan memberitahu, peluang keemasan yang diberikan ini harus direbut para usahawan yang tidak mempunyai modal besar untuk berniaga di musim Raya.


“Mereka hanya perlu membayar RM500 tanpa perlu keluarkan modal lagi untuk mencetak label/jenama masing-masing, cuma berikan kami desainnya sahaja, selebihnya kami akan sempurnakannya,” jelas Dr. Hassan.


Beliau berharap yang berminat boleh segera menghubunginya melalui wats app di talian 019-6299913 memandangkan tarikh tutup adalah pada 31 Januari 2024 ini.


“Setekat ini permohonan untuk menyertai program ini amat menggalakkan. Rebutlah peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan tambahan menjelang Hari Raya sekalii gus dapat meringankan tanggungan agar Hari Raya boleh disambut meriah,” tambah Dr. Hassan.



Sambungnya, inilah salah satu usaha pihaknya membantu usahawan kecil dalam mencari peluang perniagaan bermusim apatah lagi jualan biskut raya sesuatu yang sering menjadi tumpuan ramai di musim Raya kelak.

“Eloklah mulakan persiapan dari sekarang agar promosi dapat dilakukan lebih awal agar jualan mampu habis dalam masa singkat,” akhiri Dr. Hassan yakin program berkongsi rezeki yang dijalankan boleh memanfaatkan golongan B40 termasuk yang baharu mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. 


#Usahawan #ProgramBiskutRayaKongsiRezeki #Perniagaan #ANGKASA #koop #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan