Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SENTUHAN VINTAJ WARNAI PERAYAAN TAHUN NAGA DI SURIA KLCC



SETIAP kali menjelangnya musim perayaan, destinasi beli-belah ikonik di Malaysia, Suria KLCC tidak pernah tidak tampil dengan dekorasi kreatif dalam menyemarakkan suasana persekitarannya.


Kali ini dekorasi ‘Old Shanghai’ bakal membawa pengunjung terokai masa lampau dengan penuh gaya melalui sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif buat para pengunjung. 


Sambutan yang dilengkapi dengan pameran zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ tersebut kini dihamparkan bermula 12 Januari lalu hingga 18 Februari 2024 kelak.


Sambutan megah kali ini membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”. 



Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional. 


Antara pengalaman yang menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah, mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan. 


Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai prop mengambil gambar selain daripada projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik sekali gus menggamit jiwa juga turut dipamerkan. 



Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 60 kaki. 


Simbolik dengan kehadiran Tahun Naga, replika yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’ ini menjanjikan pemandangan yang memukau dan mengagumkan. 


Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen. 


Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna. 




Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif Suria KLCC. 


Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100. 


Bagaimana pun, tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja. 


Rakam detik indah sambutan yang bertemakan ‘Old China’ ini di ‘Festive Photobooth’ dimana para pengunjung boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. 


Peluang mengabadikan detik indah sambutan juga disediakan di ruang masuk ‘Centre Court’, Esplanade KLCC, dan Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi ‘Instagram-worthy’ yang membawa kegemilangan sambutan perayaan ini. 



Para pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’, berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. 


Pada hujung minggu, para pelanggan  akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’. 


“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’. Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan,” ujar Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. 


“Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini,”  tambah beliau.




Pusat Beli-Belah Alamanda:

 

Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina mewarnai Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024


Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan seni Cheongsam, dan sebuah restoran yang menyajikan replika  hidangan makan malam tradisional, dimana ia dilihat juga sebagai ruangan ‘Instagram-worthy’.


Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga, dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin. Ganjaran beli-belah di Alamanda Putrajaya akan membawa pengalaman yang lebih menarik buat para pelanggan yang berbelanja RM600 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. 


Mereka akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30.



Dan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang tinggi juga, mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai lebih besar, iaitu RM80. 


Keriangan berterusan buat para pengunjung apabila ahli VIKids berpeluang untuk menyertai aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina. 


Inisiatif ini dilihat menjadikan Alamanda Putrajaya sebagai sebuah destinasi beli-belah yang memeriahkan sambutan mesra untuk seisi keluarga. 



Pusat Beli-Belah Mesra:


Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu menjemput komuniti setempat untuk turut menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024. 


Pusat Beli-Belah Mesra menampilkan dekorasi gah dan mempesonakan yang turut bertemakan ‘Old Shanghai’. 



Antara tarikan utama kempen ini termasuklah persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dimana para penari akan mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung simbolik dengan kepercayaan membawa tuah. 


Ahli keluarga yang berkunjung ke Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari. 


‘The Shoppers Rewards Programme’ menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit di mana- mana kedai terpilih. 




Untuk info lanjut, layari: 

  1. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
  2. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
  3. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


#SuriaKLCC #TahunBaruCina #VintajShanghai #TarianSinga #TahunNaga #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan