TODAK KIDS: TADIKA PERTAMA PERKENAL PERMAINAN DIGITAL
APABILA sebut Todak, secara automatis fikiran Kak Fas melayang ke filem ‘Singapura dilanggar Todak’… namun bukanlah itu yang mahu Kak Fas kongsikan di sini. Bukan kisah ikan todak ya…
Apa yang Kak Fas nak ceritakan berkait dengan syarikat bernama Todak. Mungkin ada yang tahu dan barangkali juga ada yang tidak perasan.
Ditubuhkan pada 2017, Todak kini sudah berkembang dengan pemiliikan lima entiti utama, berpusat di Cyberjaya iaitu Todak Culture, Todak Studios, Todak Fusion, Todak Academy dan Todak Pay, yang menyediakan servis yang berbeza.
Terbaharu di bawah Todak Academy lahirnya , Todak Kids sebuah tadika atau taska yang merupakan bisnes venture baru diperkenalkan kumpulan Todak.
Namun apa bezanya tadika Todak Kids dengan lain-lain yang sedia ada?
“Todak Kids merupakan prasekolah pertama di Malaysia yang menggunakan pembelajaran permainan digital/ computer (Game Based Learning) sebagai elemen pembelajaran utama,” ujar Ketua Pengarah Todak Holding Sdn Bhd, Khairul Azlan pada majlis pelancaran dan Hari Terbuka Todak Kids yang berlangsung di Tamarind Square, Cyberjaya pada semalam, 13 Januari 2024.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin manakala anak-anak yang menonton bersama keluarga masing-masing dihiburkan dengan kemunculan karakter kartun, Didi & Friends.
Berkongsi lanjut, Khairul memberitahu, penubuhan Todak Kids bertujuan memberi pendidikan awal seiring dengan agenda globalisasi dengan fokus diberikan kepada tiga teras pembelajaran iaitu Islamik, pembelajaran berasaskan permainan digital dan alam semulajadi.
“Matlamat kami adalah untuk beri pendedahan kepada kanak-kanak bagaimana mengaplikasikan teknologi Haptic Edge,” tambah Khairul sambil yakin bahawa pendekatan belajar sambil bermain di tadika/taska sangat berkesan dan semakin diiterima oleh masyarakat di Malaysia.
Menyedari keperluan tersebutlah Todak Holdings Sdn Bhd melancarkan pra sekolah Todak Kids selari dengan kata peribahasa, ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’ dan yang seumpama.
Khairul Azlan menambah kata, dengan pembukaan Todak Kids menunjukkan bahawa mereka komited dalam menjadikan tadika itu sebagai hub pendidikan untuk semua lapisan usia.
Meninjau hiasan dalamannya, Todak Kids yang terletak di bangunan block F, Tamarind Square mempunyai tiga tingkat dilengkapi bilik pembelajaran mengikut sesi pelajaran diajar khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.
Walau pun bertangga namun keselamatan kanak-kanak amat dititik beratkan apabila ruang platform tangga yang menghala ke atas dilindungi dengan jejaring manakala dinding dihiasi indah mata memandang dengan lukisan gambar Didi & Friends.
Menurut Khairul, pembelajaran di Todak Kids menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar antara kanak-kanak dan guru.
“Selain itu kita tidak ketinggalan mengajar ilmu agama serta mengaji agar kanak-kanak dapat menghafal ayat-ayat seperti Iqrak dan sebagainya,” jelas beliau.
Pendek kata, Akademi Todak menyasarkan untuk menjadi hab pendidikan yang serba lengkap dengan teknologi industri terkini untuk memberikan pengalaman pendidikan terbaik untuk pelajar.
‘Kami adalah perintis & trendsetter untuk industri pembelajaran gaya terkini, Kami juga berhasrat untuk menjadi penyedia pendidikan No. 1 untuk Esports, Pembangunan Permainan & Animasi,” akhiri Khairul.
Dalam pada itu, hari terbuka yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang memberi peluang kepada ‘early birds’ yang mendaftar mendapat diskaun sebanyak RM100 serta bag sekolah percuma.
Bahkan kanak-kanak boleh menyertai kelas percubaan selama dua hari secara percuma
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai Todak Kids boleh menghubungi Shikin di talian +60 12 227 1041 atau lawati IG dan FB rasmi Todak Kids.
Yang pasti harapan mereka kepada kanak-kanak yang mendaftar antara lainnya memberikan pembelajaran berasaskan permainan yang menjadikan pembelajaran satu pengembaraan yang menarik.
Selain itu, Todak Kids berhasrat memupuk nilai Islam yang kukuh agar menjadi panduan berguna untuk kanak-kanak membesar di samping membentuk pembangunan watak yang memperkasakan mereka untuk menjadi versi terbaik dalam diri masing-masing.
#TodakKids #TodakAcademy #Tadika #Taska #PembelajaranDigital #Cyberjaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan