WAHDINII PERKENAL JINGLE CIPTAAN ADI SIXTH SENSE, SASAR JUALAN 20,000 KURTA EKSKLUSIF!
DARI kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain, dari kain menjadi baju dan dari baju maka lahirnya koleksi Wahdinii Eksklusif.. begitu cantiknya aturan yang disusun pengasasnya. Faridah Hj Hashim dan suami, Allahyarham Samsudin Hj Rahmad ketika memulakan perniagaan pada tahun 2016 di Johor Bahru.
“Kebanyakan kurta hasil Wahdini adalah diperbuat dari kain kapas,” ujar Faridah selaku Pengurus Wahdinii, jenama pengeluar baju ‘muslim wear’ ketika ditemui pada majlis memperkenalkan lagu ‘jingle’ Wahdinii hasil ciptaan penerbit dan komposer yang tidak asing lagi, Adi Priyo atau Adi Sixth Sense) yang dinyanyikan bersama vokalis Calipih Buskers, Azmi Saat yang menjadi pilihan utama hasil perbincangan semua pihak diterajui Zell Sazalie selaku komunikasi strategik syarikat.
Majlis pelancaran berlangsung di Dia Studio atau Port Seni milik penyanyi Fauziah Latiff di Ara Damansara, yang turut memeriahkan acara.
“Selepas suami meninggal saya bagaikan terkapai-kapai hilang arah tetapi kini dengan sokongan anak-anak, saya seolah ‘diberikan petunjuk’ untuk kembali bangun bersama rakan strategik saya, Emma untuk terus memperluaskan perniagaan Wahdini,” cerita Faridah yang turut dihadiri rakan strategiknya, Emma Rockers atau nama sebenarnya, Rahimah Sukor yang bertanggungjawab terhadap pemasaran.
Sebagai meneruskan perniagaan yang diasaskan bersama Allahyarham suami, Faridah yakin dengan strategi baharu dan lagu yang diperkenalkan Wahdinii mampu mensasarkan lebih kurang 20,000 pasang untuk jualan bagi tahun 2024 ini.
“Kami mempunyai beberapa jenis kurta untuk pilihan antaranya Kurta Teluk Belanga, Nusantara dan Cekak Musang dengan pilihan warna pelbagai termasuk saiz untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun sehinggalah dari XS hingga 7XL bagi dewasa,” tambah Faridah sambil memaklumkan harga setiap kurtanya bernilai serendah RM148.
Berkongsi lanjut mengenai lagu ‘Wahdinii’, Faridah melahirkan rasa puas hatinya dapat menunaikan hasrat arwah suaminya yang mahukan sebuah lagu jingle untuk ‘Wahdinii' hasil kerjasama dan idea daripada Emma.
“Adi 6ixthsense dipilih disebabkan kepakaran beliau dari segi penciptaan konsep lagu. Lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop tapi kali ini melodinya sangat mudah diikuti waima di susunkan seperti irama padang pasir,” jelas Faridah.
Sementara itu, Adi yang turut hadir memberitahu, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan jingle tersebut setelah memahami kemahuan Wahdinii.
“Memandangkan ia satu jenama eksklusif dan khusus untuk masyarakat jadi saya gabungkan kedua-dua elemen itu dalam penciptaan lagu ini agar ia segar didengan memenuhi selera semua,” ujar Adi.
Untuk rekod, Adi Priyo sebelum ini pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu 'Muara Hati' nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip dan 'Ku Relakan Jiwa' oleh Hazama.
Selain itu,lagu-lagu hits dari 6ixthsense seperti Khatimah Cinta, Tanpa dan Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga merupakan hasil ciptaan beliau.
Maklumat lanjut mengenai tempahan Wahdinii boleh layari platform sosial media WahdiniiExclusive di TikTok, IG dan FB.
#WahdiniiEksklusif #AdiPriyo #SixSense #Kurta #MuslimWear #JohorBahru #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan