WATSONS KINI BERADA DI BANGUNAN IKONIK EXCHANGE TRX!
BERADA di dalam bangunan ikonik negara, The Exchange 106 atau TRX (Tun Razak Exchange) setinggi 453.46m dengan 106 tingkat, salah satuu bangunan paling tinggi dari segi teknikal di dunia, tentulah sesuatu yang ‘WOW’.
Dan ‘Wow’ jugalah yang boleh Kak Fas suarakan kala hadir ke pelancaran kedai Watsons Malaysia, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini apabila memilih membuka cawangan terbaharunya di dalam bangunan The Exchange TRX.
Dengan lebih daripada 700 kedai di seluruh Malaysia, susun atur yang diperluas ini memperkenalkan konsep reka bentuk inovatif yang mengintegrasikan perkhidmatan luar talian dan dalam talian (O+O) dengan lancar dan pelbagai zon pengalaman bagi pembelinya.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan pengalaman membeli-belah kesihatan dan kecantikan dengan konsep gaya hidup yang sejajar dengan pusat membeli-belah Exchange TRX.
“Kedai baru ini direka khusus untuk menawarkan pelanggan muda dan bergaya kami pengalaman membeli-belah gaya hidup yang unik sambil memenuhi keperluan dinamik asas pelanggan kami,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Wilayah Eksklusif untuk Watsons Antarabangsa pada majlis pelancaran kedai Watsons di The Exchang TRX baru-baru ini.
Majlis yang disempurnakan dengan acara memotong riben selepas tarian singa turut dihadiri bersama oleh Trevor Hill, Pengurus Besar Exchange TRX Mall Lendlease; Duta Watsons Malaysia, Phei Yong dan rakan-rakan selebriti Watsons serta pasukan pengurusan Watsons & rakan perniagaan.
Berpeluang berada di situ, Kak Fas lihat reka bentuk kedai baharu ini lebih luas dari kedai Watsons lain yang pernah dikunjungi.
Skema warna yang dipilih mampu meningkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan.
Menariknyya, kedai ini juga memaparkan pelbagai produk baharu, meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk penggemar kesihatan dan kecantikan dan menyenangkan serta bersifat interaktif buat para pelanggan.
Apabila berlakunya sesuatu majlis pelancaran seperti kedai baharu ini, tentunya tumpuan jemputan mahu pun pelanggan yang hadir adalah di ruang produk jualan pada harga RM1.
Siapa tak nak kan beli barang baharu pada harga seringgit. Memang berbaloi laa..
Apa lagi Kak Fas pun tidak ketinggalan merebut produk yang memang pantang letak je dah habis.
Selain itu, dilihat pelanggan mempunyai peluang yang unik untuk 'shopping' barangan kegemaran mereka dalam keseronokan melalui pelbagai sampel dan penguji di kawasan yang ditunjuk di sekitar kedai.
Mereka boleh menikmati pengalaman yang unik dengan meja sohor kini W untuk ujian produk, kawasan kosmetik yang ditinggikan, kawasan penjagaan kesihatan tersohor kini, produk salon di rumah, rangkaian mandi premium, eksklusif K-Beauty, dan barangan K-pop pertama malah banyak tawaran lain boleh didapati di kedai baharu ini.
Selain itu, kedai Watsons juga dilengkapi dengan pakar kecantikan dan penasihat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan yang teliti kepada setiap pelanggan.
“Jaminan kami kepada pelanggan kami adalah untuk membuat mereka “Look Good, Do Good, Feel Great”. Dengan permintaan pengguna yang sentiasa berubah, Watsons berusaha untuk kekal di hadapan, menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman membeli-belah tanpa masalah, mudah dan lebih bernilai,” jelas Caryn.
Menariknya, sempena dengan pembukaan kedai baharu ini, dari 4 – 10 Januari, ahli-ahli kelab Watsons boleh menikmati diskaun tambahan 5% dengan perbelanjaan minimum, hadiah harian dengan pembelian, cabutan bertuah, alat kosmetik dan pemeriksaan kesihatan percuma dan banyak lagi. Tertakluk pada terma dan syarat.
Jadi tunggu apa lagi, lawati kedai Watsons di Exchange TRX yang terletak di aras C.04.0 (Concourse) atau dapatkan info lebih lanjut di Watsons.com.my mahupun maklumat harian selanjutnya daripada akaun Facebook dan Instagram Watsons Malaysia.
#WatsonsMalaysia #TRX #TheExchange106 #LookGoodDoGoodFeelGood #Produk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan