Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WATSONS LANCAR KEMPEN 'ENTER THE DRAGON' PUPUK SEMANGAT MUHIBAH!


KEMPEN
#HappyBeautifulYear2024  bertemakan ‘Enter The Dragon’ yang tentu sekali mengingatkan Kak Fas pada filem judul sama lakonan pelakon Bruce Lee, menjadi pilihan Watsons Malaysia meraikan kedatangan Tahun Naga pada 10 Februari 2024 ini.


Ia bertujuan untuk memupuk semangat muhibah, penekanan terhadap kesatuan keluarga, serta kepentingan penjagaan kesihatan dan kecantikan.


Juga bertuuan untuk berkongsi kemeriahan dengan semua orang, termasuklah pelanggan setia dan ahli Watsons dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina eksklusif bersama Watsons, dengan tawaran menarik di cawangan dan di dalam talian termasuklah keistimewaan sebagai ahli!


“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia, Watsons ingin berkongsi tema perayaan tahun ini bersama orang ramai – iaitu untuk memupuk rasa muhibah dan kemeriahan perayaan dan kegembiraan bersama mereka yang tersayang. Harapan saya di tahun baru Tahun Naga ini dapat memberikan anda kesihatan, kekuatan dan kejayaan. Kami berharap orang ramai dapat menikmati kempen #HappyBeautifulYear 2024 Watsons dan menikmati penjimatan ketika berbelanja dengan kami,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International pada majlis pelancaran kempen ‘Enter The Dragon’ - #happybeautifulyear2024 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini,


Sehubungan kempen itu juga, Watsons memperkenalkan sebuah filem ‘Enter The Dragon’ 2024 yang menjanjikan pengembaraan  menghiburkan dan menarik bagi keluarga Naga



Konsep filem tahun ini berbeza di mana penonton akan mengikuti naratif pengembaraan yang tidak tertakluk kepada garis masa yang tetap. 


Kisahnya bermula apabila keluarga Naga menerokai pelbagai cara untuk berkongsi rahsia kesihatan dan kecantikan dengan Long Mama



Pembikinan filem ini amat istimewa di mana Watsons Malaysia mengetengahkan pelakon terkenal, seperti artis antarabangsa Mimi Choo, dan Duta Watsons Phei Yong, bersama dengan rakan  selebriti Watsons seperti Han Xiiao Aii, Amber Chia, Perry Kuan, Joey Kong, Mark O’Dea, Alvin Wong, Chelsia Ng, dan ramai lagi. 



Filem ‘Enter the Dragon’ sempena kempen #HappyBeautifulYear 2024 Watsons kini boleh ditonton secara rasmi di semua media sosial rasmi Watsons, Facebook, YouTube dan Instagram.



“Bersempena Tahun Baru ini juga, Watsons sentiasa di hadapan dalam memberi sumbangan kepada komuniti setempat. Kami telah melawat lebih 14 rumah jagaan orang tua dan anak-anak yatim di seluruh Malaysia dan menyalurkan sumbangan dan bantuan seperti produk kegunaan harian, makanan tambahan, alat penjagaan diri, dan makanan bernilai hampir RM 100,000. Kami berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hari mereka ketika musim perayaan ini, ” tambah Caryn.


Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pelanggan, Watsons Malaysia, Danny Ho memberitahu, tahun ini Ahli Watsons akan menikmati lebih banyak ganjaran dengan hadiah utama bernilai RM3,888,888, termasuklah kereta elektrik Tesla, peranti Apple dan baucar Watsons.



“Sebagai permulaan kepada kempen #HappyBeautifulYear 2024, Watsons menawarkan jualan menarik dengan diskaun sehingga 50% untuk barangan keperluan kesihatan dan kecantikan, hamper Tahun Baru Cina, penjimatan kesihatan dan kecantikan lebih daripada RM200 dan tambahan potongan RM18 dengan perbelanjaan minimum di cawangan atau dalam talian. 


Untuk menyertai peraduan ini, ahli Watsons perlu membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM80 di cawangan atau dalam talian dengan menggunakan kad Visa daripada sekarang sehingga 29 Februari 2024


Untuk maklumat lanjut, boleh lawati https://www.watsons.com.my/member-monthlyspecial atau klik DI SINI.



“Selain tawaran hadiah, ahli Watsons juga akan menikmati hadiah dengan setiap pembelian seperti sampul angpow, bag guna semula edisi terhad, dan ahli Watsons Elite juga akan berpeluang menerima Yee Sang Plate secara percuma dengan perbelanjaan minimum. Tidak lupa juga Jualan Istimewa dalam talian pada 18 Januari dan 28 Januari 2024 dengan diskaun sehingga 80% dan pelbagai tawaran menarik yang lain,” tambah Danny.


Perayaan Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa berkongsi pelekat digital bersama-sama rakan dan keluarga. 


Pelanggan Watsons kini boleh memuat turun set pelekat #HappyBeautifulYear di Instagram, WhatsApp dan Telegram. 


Selain itu, anda juga boleh cuba juga AR Filter Watsons bermula 22 Januari 2024 bersama mereka yang tersayang.


Untuk maklumat lanjut lawati cawangan Watsons berhampiran anda atau layari www.watsons.com.my dan. semak e-katalog Watsons untuk tawaran dan promosi baru dan eksklusif.



#WatsonsMalaysia #TahunBaruCina #EnterTheDragon #HappyBeautifulYear #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan