Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

X100, X100 PRO: SIRI PERDANA TERBAHARU DARI VIVO MALAYSIA!


VIVO Malaysia
antara jenama yang sering melancarkan model terbaharu waima membuka tirai 2024, vivo mendahului pesaingnya dengan melancarkan siri telefon pintar perdananya - vivo X100 Pro dan X100.


Kedua-dua model ini memberikan pengalaman yang ditingkatkan dengan kekuatan dimensi 9300 dan cip imej yang boleh diubahsuai dan didapati pada harga serendah RM3,499 bagi vivo X100  dan RM4,599 untuk vivo X100 Pro.


Siri X100 yang baru ini membawakan peningkatan yang ketara kepada vivo ZEISS Co-engineered Imaging System bersama pengalaman Soc Perdana (System on Chip). 



"Pelanggan kami memilih siri X kerana keseimbangan dan keupayaan prestasi imej yang mantap, membolehkan mereka bergantung kepada satu peranti sepanjang hari. 


“Dengan siri vivo X100, kami membina kepercayaan ini dengan meningkatkan lagi pengalaman pengguna dalam meningkatkan prestasi kamera, cip dwi prestasi perdana dan bateri yang lebih kuat,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif vivo, Mike Xu pada majlis pelancaran kedua-dua peranti terbaharu vivo itu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Damansara baru-baru ini.



Sehubungan itu juga, Mike Xu berharap rakyat Malaysia akan menikmati pengalaman fotografi yang hebat melalui kerjasama dengan ZEISS,


Apa ciri-ciri menarik peranti ini?



Meningkatkan Legasi Siri X Dengan Prestasi Kamera Yang Diperbaharui:


Memperkenalkan inovasi baru hasil kerjasama dengan ZEISS, melengkapkan pengguna dengan perisian untuk mendapatkan hasil gambar yang luar biasa pada setiap masa dan situasi. 


vivo X100 Pro dilengkapi dengan Kamera Utama ZEISS 1-inci 50MP, Kamera Telefoto Terapung ZEISS APO 50MP, dan Kamera Super Wide-Angle 50MP.


Kamera Telefoto Terapung ZEISS APO yang kuat dilengkapi dengan Vario-Apo-Sonnar baru dari ZEISS untuk mendapatkan hasil gambar dari dekat dan jauh yang cemerlang. 


Ia juga mempamerkan Reka Bentuk Elemen Terapung, yang menetapkan piawaian baru dengan bukaan f/2.5 yang belum pernah ada pada siri telefon pintar dari vivo sebelum ini untuk memastikan kualiti imej tinggi dalam pelbagai senario, bahkan dari 6 kali  hingga 10 kali zoom. 



Reka Bentuk Elemen Terapung membolehkan pengambilan gambar dekat yang stabil pada X100 Pro:


X100 Pro bakal dikenali sebagai telefon pintar yang mempunyai sistem imej mudah alih pertama di dunia yang memperoleh pensijilan APO.


X100 Pro menggunakan penyelarasan optik dengan ketepatan untuk menjamin tahap ketajaman dan kualiti yang konsisten di seluruh rakaman kamera utamanya. 


Kamera utama ini juga dilengkapi dengan penstabilan imej tahap SLR untuk pengalaman yang lebih baik.


Manakala untuk vivo X100, ia dilengkapi dengan Kamera Utama VCS True Color 50MP, Kamera Telefoto ZEISS 64MP, dan Kamera Super Wide-Angle 50MP. Seterusnya, kedua-dua X100 dan X100 Pro membawakan kepatuhan tersertifikasi kepada ZEISS T* Coating, teknologi lapisan anti-pantulan. Inovasi ini meningkatkan daya hantar cahaya, dengan itu ai memastikan reproduksi warna yang tepat, dan mengurangkan pantulan cahaya.


Siri X100 juga telah dioptimumkan untuk keupayaan terkemuka dalam fotografi matahari terbenam dan matahari terbit, disokong oleh perkakasan telefoto dan vivo Origin Imaging Engine yang ditingkatkan. vivo Origin Imaging Engine meningkatkan fotografi matahari terbenam dan matahari terbit dengan mengenal pasti senario matahari merah yang unik dan menangkap adegan dengan tepat.



Daya prestasi terunggul dengan penyimpanan tanpa batas:


X100 dan X100 Pro dilengkapi dengan cip dwi prestasi Flagship yang menampilkan cip imej yang disesuaikan oleh vivo dan Dimensiti 9300. Sementara X100 pula dikuasakan oleh cip inovatif vivo V2. Manakala, X100 Pro, mempamerkan keupayaan cip terkini vivo V3.


Secara khusus, Dimensiti 9300 menonjol dengan CPU octa-core flagship, menjanjikan peningkatan prestasi yang signifikan berbanding siri yang sebelum. Selain itu, X100 dan X100 Pro dilengkapi dengan Game Frame Interpolation dan Game Super Resolution untuk permainan yang lancar dan pengalaman visual yang unggul.


Siri X100 berjaya menyeimbangkan bateri berkapasiti besar dengan cas pantas melalui tiga teknologi utama industri: teknologi Pembinaan Semula Grafit Elektrod Negatif, Teknik Pemampatan Sejuk Elektrod, dan Proses Ukiran Laser Mikrometer Array yang mampu mencapai peningkatan kepadatan tenaga keseluruhan sebanyak 8.3% berbanding generasi sebelumnya. X100 dilengkapi dengan bateri 5,000mAh (TYP) dan menyokong sehingga 120W Dual-Cell FlashCharge manakala X100 Pro dilengkapi dengan bateri 5,400mAh (TYP). Telefon pintar ini juga menyokong kedua-dua cas pantas tanpa wayar dan 100W Dual-Cell FlashCharge.



Selain itu, siri X100 dilengkapi dengan Paparan Perlindungan Mata LTPO dan Dua Enjin untuk peningkatan video, untuk meningkatkan pengalaman visual pengguna. Sistem Pengurusan Kadar Bingkai V eksklusif vivo membantu menyesuaikan kadar penyegaran secara dinamik berdasarkan kelajuan geseran jari dan merender kadar bingkai setiap lapisan, memastikan pengalaman yang lancar sambil mengurangkan penggunaan tenaga.


Siri X100 dilengkapi dengan Funtouch OS 14 terkini, yang meningkatkan pengalaman pengguna dengan penyampaian prestasi yang lebih lancar, penyesuaian yang lebih besar, dan peningkatan keselamatan. Sistem pengoperasian baru ini memperkenalkan beberapa ciri seperti Penyimpanan RAM, yang mengoptimumkan proses latar belakang, Tetingkap Mini untuk kerja serentak yang mudah, dan Gambaran Kabur Gerakan untuk peralihan visual yang lebih lancar. 



Reka Bentuk Premium Dengan Ketahanan Yang Berpanjangan:


Estetika reka bentuk yang bergaya dan ringan, siri terkini X100 masih mengekalkan dengan cincin di sekitar modul kamera yang menampilkan reka bentuk halo yang menonjolkan elemen-elemen kunci dari reka bentuk Halo matahari dan reka bentuk halo bulan. Cincin tersebut diperbuat daripada keluli tahan karat jenis aerospace menambah sentuhan mewah minimalis dan tekstur sinaran matahari yang menyerupai jam mekanikal mewah.


Bahan yang digunakan memastikan ketahanan kerana ia tahan luntur, tahan suhu tinggi, dan tahan karat. Warna yang tersedia bagi X100 ialah warna Startrail Blue dan tema Asteroid Black, manakala X100 Pro menawan dengan hanya satu warna iaitu Startrail Blue.



Ketersediaan Dan Promosi:


Pra-pesanan eksklusif untuk kedua-dua model ini telah bermula pada 4 Januari 2024 lalu untuk pembelian dalam talian, Manakakla pada 6 Januari 2024 pula untuk pra-pesanan di kedai konsep vivo, akan disertakan dengan freebies yang mengujakan.


Apabila pelanggan memilih X100 semasa tempoh pra-pesanan ini, mereka akan menerima vivo care perlindungan skrin 180 hari bernilai RM300, beserta vivo TWS air secara percuma. 


Sementara itu, mereka yang memilih X100 Pro tidak hanya akan mendapatkan perlindungan skrin vivo 180 hari tetapi juga bundel hebat yang terdiri daripada vivo TWS 2e dan jam pintar vivo selection.


Pelanggan yang berminat boleh dengan mudah membuat tempahan peranti mereka di https://linktr.ee/vivox100series. Rakyat Malaysia kini mempunyai peluang untuk mengalami inovasi terkini, kuasa, dan gaya dengan siri vivo X100.



#vivoMalaysia #X100 #X100Pro #Gadget #TelefonPintar #Tech #Innovasi #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan