Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMI SUASANA ROMANTIS DI KAFE 'CINTA DALAM KOPI' DI BANGI!



NAMA kafe hipster ini, “Cinta Dalam Kopi’  agak unik dan selari dengan konsep ‘cinta’ yang diterapkan pada hiasan dalamannya.


Khabarnya nama diberi seorang artis tempatan (yang dirahsiakan) apabila pemiliknya, SACC Food Chain Bhd sedang mencari-cari ilham apakah nama sesuai untuk kafe pertama diselenggarakan anak syarikat kepada SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB), sebuah anak syarikat milikan penuh PKNS ini.


“Mana tahu sekiranya syarikat mempunyai hasrat untuk mencari seorang artis sebagai duta kafe mungkin boleh dipertimbangkan artis yang menghilhamkan nama ‘Cinta Dalam Kopi ini,” jawab Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Nor Azlina Amran (Gambar atas, kanan) pada persoalan Kak Fas ketika ditemui pada majlis pelancaran Kafe ‘Cinta Dalam Kopi’ terletak di Kompleks Evo, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.



Pelancaran memotong riben disempurnakan bersama Ahli Lembaga Pengarah SFCSB, Suhaimi Kasdon (gambar atas, tengah) yang turut menyatakan keterujaan beliau mengenai kafe ini yang menawarkan variasi menu pada harga mampu.


Menurut Nor Azlina seterusnya, dengan pembukaan kafe pertama ini, pihaknya merancang kira-kira 8 lagi kafe seumpama dapat dibuka  sepanjang tempoh 2030 di kawasan Lembah Klang sebelum memanjangkannya ke bandar-bandar utama di beberpa negeri lain.


Dengan kos sebanyak RM500,000 bagi membuka sebuah kafe, pihaknya yakin dapat mengoperasikan sebuah lagi kafe menjelang akhir tahun ini apabila kawasan sesuai telah dikenal pasti.



Memasuki ruang kafe ‘Cinta Dalam Kopi’ Kak Fas dapat rasakan aura ‘cinta’ yang diterapkan apabila  dekorasi dalamannya dikuasai rona merah jambu yang menjadi kegemaran kaum wanita.


Memang terang lagi bersuluh malah tidak dinafikan, salah satu cara untuk meluahkan perasaan cinta pada yang tersayang semestinya perlu dilengkapi dengan suasana yang romantik dan mendamaikan.


Sehubungan itu,  Kafe 'Cinta Dalam Kopi' merupakan  pilihan yang tepat buat pasangan yang menginginkan layanan istimewa dilengkapi dengan pilihan menu makanan dari kopi cukup memukau, bingsu penyejuk hati hingga ke nasi ayam buttermilk memikat selera.



Persekitarannya yang mampu memuatkan kira-kira 40 pelanggan sekali gus memang nyaman dan sejuk mata memandang apatah lagi dengan menu pelbagai pilihan sukar pula nak membuat pilihan.


Jadi boleh dikatakan sekali cuba memang tidak cukup, perlu berkali-kali datang untuk merasai setiap satu menunya yang menarik.


Memandangkan majlis berlangsung sebelah pagi kira-kira jam 11 pagi, Kak Fas yang belum bersarapan memilih menu ‘Big Breakfast’ (pada harga RM19,90) sebagai sarapan walau pun ada menu yang lebih berat yang disyorkan Chef Fairus Shaiffe seperti Nasi Ambeng (RM17.90), Lamb Chop, (RM20.90) Spaghetti Carbonara (RM17.90) dan banyak lagi.



Big Breakfast’ pilihan Kak Fas pun cukup mengenyangkan apabila ia mengandungi masakan telur pilihan (scramble, omelette atau sunny side-up) dihidangkan dengan roti bakar, beef bacon, kentang panggang, sosej ayam dan kacang panggang (baked beans).


Air pula Kak Fas pilih ‘Coffee Cendol Frappe’ (RM15) sebab nak rasa bagaimana agaknya rasa kopi bercampur cendol? Lepas minum…..boleh tahan juga sedapnya walaupun pada hirupan pertama terasa agak janggal juga tetapi selepas itu tekak dah boleh menerimanya...


Menariknya setiap segmen menu diletakkan berjudulkan ‘aura cinta’ seperti ‘Semangat Cintaku”, ‘Penyejuk Hati’, ‘Kopi Cinta Sejati’, ‘Penyejuk Kalbu’, ‘Cinta Antara Benua’, dan ‘Cinta Selamanya’.


Daripada menunya dapat dilihat harga paling tinggi pun adalah RM49.90 bagi ‘Platter CDK’ untuk dua pax, mengandungi ayam panggang, lamb chop panggang dengan spageti aglio olio dihidangkan bersama coleslaw, kentang panggang dan sos lada hitam.



Manakala paling rendah adalah nasi lemak biasa pada harga RM6.90 sama seperti harga kentang goreng serta air mineral RM5.00


Pendek kata, seperti Suhaimi memaklumkan pada ucapan ringkasya, “Pelbagai menu menarik menanti anda yang terdiri daripada menu tempatan, menu Asia dan menu Barat. Kalau rambang mata, anda boleh mencuba Mee Kari Nyonya, Nasi Lemak Ayam Crispy mahupun Big Breakfast CDK. Kuantiti hidangan anda tersandar kekenyangan sambil tersenyum juga pasti membuatkan kegembiraan”.


Lebih menarik, bersempena dengan hari pelancaran Kafe 'Cinta Dalam Kopi', pihak kafe berbesar hati untuk memberikan pelbagai promosi menarik seperti berikut:


* 300 biji kek cawan CDK secara percuma

* RM1 sahaja bagi pembelian kopi yang kedua

* Percuma kek poiong bagi pembelian minimum RM40

* Percuma belon berbentuk hati

* Baucar bernilai RM20 secara percuma

* Promosi Happy Hour’,  dua bekas Bingsu

  bermula 5 Februari hingga 29 Februari. RM22 sahaja



Kafe 'Cinta Dalam Kopi' yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam turut menyediakan ruang untuk mereka yang gemar bergambar atau instagrammable spot berlatarbelakangkan bunga mawar rona merah jambu dan putih.


Jadi tunggu apa lagi? 



Jangan lepaskan peluang, kunjungi Kafe 'Cinta Dalam Kopi' untuk merasai sendiri pengalaman kopi yang memikat dalam suasana yang romantis dan penuh kasih sayang waima dalam setiap tegukan bakal menjadi sebuah kenangan terindah bersama mereka yang tersayang.


Baik untuk yang muda mahu pun yang dewasa, kembalikan rasa kasih sayang bersama tersayang dalam kafe 'Cinta Dalam Kopi' !



#KafeCintaDalamKopi #BandarBaruBangi #KompleksEVO #KafeHipster #cinta #fyp


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan