Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BUFET RAMADAN SACC SEDIAKAN 138 MENU 'SELERA ORANG KITA'


SESIAPA yang pernah berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pasti rindukan masakan Nasi Kebuli waima itu satu-satunya hidangan yang sering menjadi penantian mereka yang pernah menikmati sajian Bufet Ramadan di situ.


Demikian diakui Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd, Azlina Amran ketika ditemui pada majlis Prebiu Bufet Ramadan SACC pada Selasa, 20 Februari 2024 lalu yang dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, merangkap Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah SACC Convec Sdn. Bhd, Datuk Mahmud Abbas.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang merangkap Ahli Lembaga Pengarah SACC Convec Sdn. Bhd, Chua Wei Kiat dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS merangkap Ahli Lembaga Pengarah SACC Convec Sdn. Bhd, Suhaimi Kasdon.



Gimik pelancarannya agak menarik apabila seekor kambing diarak masuk ke dalam dewan menuju  ke bahagian belakang pentas di mana kemudiannya dipaparkan 'kambing' berkenaan disiang dan dibakar untuk dipersembahkan ke tetamu kehormat di pentas. Itulah Kambing Kebuli!




“Sesiapa yang nak makan Nasi berlaukkan Kambing Kebuli hanya boleh menikmati hidangan itu ketika Bufet Ramadan di SACC malah kali ini buat pertama kalinya pula kami perkenalkan Nasi Ambeng SACC,” ujar Azlina.


Menyasasarkan dapat menarik  jualan lebih kurang 15,000 baucer berbanding 13,000 tahun lalu, Azlina yakin dengan tersedianya lebih kurang 138 jenis lauk pauk  bertemakan ‘Selera Orang Kita’ sepanjang Bufet Ramadan SACC bermula dari 14 Mac sehingga 7 April ini, ia mampu memenuhi selera semua kaum.


“Mengambil inspirasi daripada percampuran budaya dan masyarakat majmuk di Malaysia, SACC memilih 'Selera Orang Kita' dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini,” tambah beliau.


Mengembalikan tradisi Bufet Ramadan SACC bagi kali ke-14, tidak syak lagi pengunjung sekitar Shah Alam mahu pun yang tinggal di luar daerah akan kembali merindui lauk pauk yang disediakan apatah lagi dengan tersedianya Nasi Ambeng  yang menjadi kegemaran orang-orang Selangor.


Di bawah selenggara air tangan Chef Pemenang Anugerah SACC, Chef Rizal Nahar bersama-sama chef-chef hebat lainnya, Bufet Ramadan SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum selari dengan tema ‘Selera Orang Kita’.


Antara 14 buah gerai yang pasti menjadi tumpuan selain Kambing Kebuli dan Nasi Ambeng tentu sekali hidangan seperti Mee Kari Nonya, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Masala Kentang, Ikan Stim Cantonese, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong dan banyak lagi.



Menariknya setiap gerai diberikan nama bersesuaian dengan hidangan yang disediakan seperti Gerai Semanis Buah; Gerai Seksyen 14; Gerai Hong Kong; Gerai Chef Power; Gerai Sup Periuk Meletop mau pun Gerai Penyejuk Hati dan macam-macam lagi yang judulnya menepati sajian yang dibekalkan.


Selain itu ada Gerai Macha (Rojak Pasembor), Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan dan banyak lagi sehingga tak tahu mana satu nak pilih.


Paling menarik Kak Fas suka melihat Mangkuk Tingkatnya u alls…


“Kelainan pada tahun ini, SACC turut menyediakan sajian mangkuk tingkat untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menikmati hidangan bufet Ramadan di SACC dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159,” ujar Azlina


Pakej ‘Tiffin Takeaway’ boleh ditempah bermula dari 14 Mac hingga 17 April dengan pilihan enam jenis menu.


“Jika sekitar Shah Alam berdekatan penghantaran ada lah percuma tetapi jika jaraknya jauh caj tambahan dikenakan mengikut kejauhannya,” tambah Azlina.


Selain itu katanya, anak syarikatnya, SACC Food Chain Sdn. Bhd. turut menyediakan tempahan hamper raya dan aneka biskut raya yang boleh dibawa pulang sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitiri atau boleh dijadikan sebagai hadiah korporat.


Malah bagi pelanggan korporat SACC, turut ditawarkan  pakej korporat untuk mereka dengan harga bermula daripada RM110+ lengkap dengan Penggunaan Ruang Dewan Khas, Kemudahan Skrin LED, Pentas Mudah Alih, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati. 


‘Sebarang pertanyaan mengenai pakej korporat atau info lanjut boleh menghubungi pegawai jualan kami  yang sentiasa sedia untuk membantu,” tambah Azlina.



Jadi, jika sedang mencari-cari venue untuk berbuka puasa bersama keluarga di Shah Alam, Bufet Ramadan SACC tidak harus diketepikan. Sambil halwa telinga dilayan oleh muzik dan nyanyian daripada Kumpulan Matahari, selera pula dipenuhi dengan sajian enak belaka.



Malah jika mahukan harga lebih istemewa sebaiknya tempah awal melalui promosi khas yang sedang berlangsung di laman sesawang SACC https://www.saccramadan.com/ iaitu Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia (7 sehingga 12 tahun) manakala di bawah 7 tahun adalah PERCUMA


Info lanjut berhubung tempahan dan pembelian awal boleh  dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511 8858/ 013-2502858 atau  tinjau dalam Facebook Instagram Tiktok : SACCOfficialnew; @shahalamconventioncentre  dan  @shahalamconventioncentre. 



Nak lebih mudah klik DI SINI.


Kak Fas yakin anda tidak akan kecewa dengan begitu banyak pilihan tersedia, cuma larat atau tidak je nak cuba semua tetapi kan ada '25 Malam' berlangsungnya Bufet Ramadan SACC jadi bolehlah ulang dua tiga kali pun, apatah lagi jika tak sempat nak masak setelah penat balik dari kerja ya tak?


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!



#BufetRamadanSACC #NasiKebuli #NasiAmbeng #Makan #TiffinTakeAway #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan