Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FIESTA RAYA @ THE CURVE TIUP SEMANGAT RAMADAN, 12- 9 APRIL!


DALAM
13 hari lagi, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut bulan Ramadan dan seperti biasa sudah tentu masing-masing sebuk dengan persiapan berbuka puasa sekali gus menyambut Hari Raya pada awal April nanti.


Sehubungan itu, rata-rata kedengaran adanya pelbagai promosi pada bulan Ramadan bagi orang ramai bersedia lebih awal menyambut Syawal apatah lagi jika berdepan cuaca panas di bulan Ramadan.


Antara yang tidak melupakan dunia dan akhirat, barangkali berkunjung ke Fiesta Raya @The Curve yang akan berlangsung sepanjang 29 hari  bermulanya 1 Ramadan pada 12 Mac hingga 9hb April 2024  ini boleh menjadi pilihan untuk mencari keperluan Ramadan dan Raya.


Betapa tidaknya, Fiesta Raya @ the Curve anjuran bersama ANS Diversified Sdn Bhd, Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. bakal menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan Hari Raya dan juadah makanan selain halwa telinga disejukkan dengan acara 'The Curve Berselawat sambil mengutip pahala melalui Iftar Amal bersama rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih.


“Disamping itu, pengunjung berpeluang menyertai cabuan bertuah apabila mereka berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya,” ujar Jurucakap ANS Diversified Sdn Bhd, Ahmad Faizal Zulkipli pada sidang media Fiesta Raya @ the Curve yang berlangsung di Hotel Royal Chulan The Curve, Mutiara Damansarabaru-baru ini.



Turut hadir Pengerusi IRAMA, Ayob Majid; Ketua Komuniti Outreach TheNoor, Mohd Farhan Aizwan; Pengurus Pusat The Curve, Elaine Liew; Pengarah Urusan NiyatEnson Empire, Dr Fitri Haris dan Rakan Penaja seperti Pengasas Khira Official, Farah Fakhira serta wakil Starvillion, Wan Nurul Jannah.


DARI kiri: Pak Ayob, Mohd Farhan, Ahmad Faizal, Elaine, Dr. Fitri, Farah dan Wan Nurul.


Berkongsi lanjut, Ahmad Faizal memaklumkan pengunjung yang bertuah juga berpeluang membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang.


Menurutnya, sepanjang fiesta berlangsung, bertemalan ”Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan’, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama barisan pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK dan Farah Khira.


Terdapat 35 gerai barangan kelengkapan Hari Raya dan 15 gerai makanan ditawarkan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa sepanjang tempoh festival berlangsung selama 29 hari. 


“Kami masih membuka peluag kepada mana-mana usahawan yang ingin menyewa tapak niaga  berharga RM6,000,” jelas Ahmad Faizal.



Pihak penganjur turut  memberitahu,  mereka berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ the Curve sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.



Dengan sokongan daripada the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasan Mutiara Damansara.


Mensasarkan lebih 500,000 pengunjung ke Fiesta Raya @ the Curve tahun ini. penganjur penuh yakin Fiesta yang berlangsung akan mendapat sambutan hangat.



Sementara itu, Dr Fitri memberitahu, syarikatnya juga tidak melupakan peperangan yang melanda di Gaza dan akan menyumbang sebahagian daripada hasil jualan kepada rakyat Palestin.


“Baju yang saya pakai ini petanda saya masih menyokong penuh dan prihatin terhadap rakyat Palestin dan kemungkinan baju melambangkan Palestin ini akan turut dijual,” akhiri Dr. Fitri. 


Untuk maklumat lanjut mengenai fiesta boleh layari facebook, tik tok dan instagram @fiesta raya @ the curve.



#FiestaRaya@TheCurve #RamadanRaya #Palestin #PertandinganSelfie&Menang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan