Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERBUKA DI HOTEL TENERA BANGI, GERENTI PUAS, ADA DURIAN!!




INI
kali kedua Kak Fas ‘berbuka awal’ seperti kata Pengerusi Felda. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam ucapannya apabila Hotel Tenera di Bangi menganjurkan prebiu Ramadan bertemakan ‘‘Lip-Lap Lip-Lap’ bermula jam 12.30 tengah hari pada semalam, 8 Februari 2024.


Memang tepat sekali tema ‘Lip Lap Lip Lap’ digunakan apabila artis Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta dijadikan sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini yang akan bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 depan. 


Dan jika tahun lalu bersama penyanyi Alyah, ditampilkan pasangan adik beradik iaitu Osama Yamani dan Zaki Yamani, tahun ini ayah mereka, Raja Pop, Dato Jamal Abdillah pula diundang sebagai penyanyi jemputan. 



Boleh baca artikel berkaitan tahun lalu DI SINI.


Apa pun apabila mendapat undangan sekali lagi daripada rakan seperjuangan, Deel Anjer untuk ke Prebiu Ramadan Hotel Tenera, tentu sekali Kak Fas tidak mahu melepaskannya waima seperti tahun lalu, sajiannya sedap, tempatnya selesa malah harga yang ditawarkan kepada pengunjung pun amat berpatutan buat seisi keluarga.



Tahun ini Kak Fas perhatikan, kunjungan tetamu lebih ramai di mana selain pihak media, bloggers mahu pun pempengaruh digital, ada juga tetamu-tetamu istimewa undangan daripada Hotel Tenera sendiri, khususnya golongan usahawan/korporat yang menjalankan perniagaan di sekitar Bangi.



Antaranya Kak Fas terserempak dengan anak sedara sendiri iaitu Ali Karimi Rahman dan isterinya, pelakon yang memegang watak Brahim dalam filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ dan prekuelnya yang terbaharu, ‘Pendekar Awang- Darah Indera Gajah’. Ali Karimi adalah Timbalan Pengurus Besar Hospital Islam Az-Zahrah merangkap Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pemasarannya.


Lebih menarik apabila tahun ini diadakan sajian DURIAN ‘Unlimited’ di ruang luar dewan tetapi hanya disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja pada harga RM158 (Jumaat-Ahad) manakala pada Isnin hingga Khamis ia berharga RM138.


Pun begitu, seperti kebiasaannya, Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal  atau 'early bird' pada harga RM98 sahaja daripada harga asal  RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad)



Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024 dengan bilangan baucar adalah amat terhad. Jadi jika tidak mahu lepas peluang keemasan itu boleh berhubung atau watsapp di talian 019-3854 796 atau layari layari www.tenerahotel.com.my.


Lebih menarik siapa yang hadir pada 8 Februari semalam memperoleh lebih diskaun yang ditawarkan hanya satu hari sahaja iaitu pada harga RM68 daripada harga 'tempahan awal' RM98...mahu tak panjang 'queue'nya.



Kak Fas yakin mereka yang pernah menikmati sajian Ramadan di Hotel Tenera merasa amat berbaloi berbuka puasa di situ apa tah lagi disediakan lebih 40 gerai dengan lebih kurang 200 menu hidangan pelbagai jenis lauk pauk seperti masakan panas, bakar,  sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.


Bukan itu sahaja, terdapat hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended dan Ais Krim Sang Kaya.



Hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan meliputi masakan  Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.



Pendek kata, pinau juga lah mata nak memilih mana satu yang boleh memenuhi selera dan citarasa tekak. 


Nak merasa semua pasti tak mampu…sebab mana boleh nak masuk semua 200 hidangan ke dalam perut yang kecil ni kan melainkan memang seseorang itu kuat selera makannya. Itu pun belum pasti..anda rasa?


Bahkan jika nak campurkan sedikit sedikit dalam satu pinggan pun memakan masa dan memang MUSTAHIL nak rasa semua jadi yang tinggal di Bangi lebih untung kerana bolehlah setiap hari berbuka dengan hidangan berlainan jika tidak sempat nak masak di rumah selepas pulang dari kerja ya tak.



Iyalah dengan pelbagai jenis hidangan yang tersedia, tak perlu berkunjung ke hotel atau restoren lain untuk berbuka. Di Hotel Tenera pun semua dah ada… pilih je apa nak makan tiap tiap hari tak gitu hihi?


Lebih menarik sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.



Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah  hasil air tangan Cef Eksekutif Hotel Tenera, yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said dan tidak hairanlah apabila keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung  sehingga Hotel Tenera berjaya menerima anugerah berprestij  ‘Best Ramadan Buffet’ sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.


Menurut Pengurus Besar Hotel TeneraFadzly Hamzah,  bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.


“Kami turut memudahkan pengunjung apabila sepanjang bulan Ramadan Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur,” ujar Fadzly (gambar bawah, dua dari kananpada ucapan aluannya pada majlis Pelancaran Prebiu Ramadan 2024 yang disempurnakan perasmiannya oleh Shabery Chik (dua dari kiri).



Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh bahkan membawa  wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan. 


Untuk makluman, Hotel Tenera, yang sepenuhnya milik Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB berkonsepkan ‘mesra Muslim’ dengan 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah. 



Jadi jika anda mahu menjadi sebahagian daripada tetamu dan berbuka puasa di Hotel Tenera serta mahukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-3592796


Jangan teragak-agak tempah awal untuk dapatkan ‘harga terawal’ iaitu RM98 sahaja daripada harga asalnya. 


Kak Fas yakin anda akan pulang dengan senyuman puas di bibir kerana belanja yang dibayar amat berbaloi. perut kenyang hati pun senang gitu! Pas ni tak sabar nak cuba menginap pula di Hotel Tenera pada bulan Ramadan hihi..




#HotelTenera #BufetRamadan #LipLapLipLap #RozitaCheWan #Felda #Bangi #fyp


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan