Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM KE 'UNITY PARADE KL' PADA 24 FEB, KONGSI SEMANGAT PERPADUAN!


DI KOTA
kosmopolitan seperti Kuala Lumpur yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa, sudah tentu ‘perpaduan’ memainkan peranan utama dalam menyatukan rakyatnya sebagai ‘anak Malaysia’.


Sehubungan itu amat tepat sekali penganjuran yang dinamakan ‘Unity Parade Kuala Lumpur 2024’ (UPKL) yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu dengan nama asalnya, KL Prosperity Walk disusuli World Dragon & Lion Dance Extravaganza meneruskan acaranya tahun ini.


 ‘Unity Parade Kuala Lumpur 2024' bakal berlangsung selama dua hari bermula 24 Februari hingga 25 Februari 2024 dengan lebih 10 pengisian program disamping aktiviti kemasyarakatan.


Tahun ini, idea untuk menganjurkan acara yang lebih gemilang membabitkan kerjasama strategik antara Kementerian Perpaduan Negara, KL Prosperity Walk dan World Dragon & Lion Dance Extravaganza, dimantapkan lagi dengan sokongan KL Society, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkongsi semangat yang sama untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui program kebudayaan dan kemasyarakatan. 


Dengan penglibatan peserta daripada dua puluh dua (22) kaum dan etnik di dalam Malaysia, acara mensasarkan lebih 20,000 peserta dan pengunjung berhimpun dengan sasaran lebih 6,000 penglibatan peserta termasuk persembahan kebudayaan yang akan berarak bersama di sepanjang 5km bermula dari lokasi pertama  Dataran Merdeka sehingga lima lokasi berikutnya sebelum  berakhir di Lalaport, Bukit Bintang. 


Sime Darby Motors telah dipilih sebagai rakan rasmi kereta dan motosikal bagi acara ini. 


“Sebenarnya program ini dijadualkan berlangsung pada bulan Mei tetapi diawalkan sebagai sambutan meraikan Kuala Lumpur menerima Yang DiPertuan Agung baharu dan kerana itu jugalah kita mengadakannya secara besar-besaran kali ini,” ujar Norrizan Abd Majid, selaku Pengarah projek kepada Unity Parade pada sidang media ‘Unity Parade Kuala Lumpur 2024’ yang diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.




Turut hadir bersamanya, Presiden KL Society, Pradeeban Letsumanasingam; Pengarah Acara, Amin Jay dan Jack Lim selaku Pengurus Pemasaran Unity Parade.


Dipecahkan kepada tiga (3) acara utama berasingan meliputi Unity Parade (Perarakan), Unity Parade Village (Kampung Perpaduan) dan UPKL Photo Competition (Pertandingan Fotografi Unity).


Berkongsi lanjut, kata Norrizan, UPKL mampu memberikan impak yang besar, terutama di dalam aspek memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan belia, kerana terdapat beberapa aktiviti yang bakal diadakan termasuk mempelajari sejarah, memahami maksud Rukun Negara, sebagai contoh. 




Beliau seterusnya menegaskan bahawa penyertaan aktif pelbagai kaum dan etnik Malaysia sudah pasti akan membawa kepada masyarakat yang lebih bersemangat dan harmoni khususnya pada acara perarakan yang akan berlangsung pada petang, 24 Februari, bermula di Dataran Merdeka.


“Berdaftarlah sekarang dan anda akan diberi gegelang bagi membolehkan anda mengikuti perarakan di mana mana lima ‘pit stop’ sepanjang perjalanan menuju ke Lalaport,” seru Norrizan sambil memberitahu pendaftaran adalah percuma dan mereka boleh hadir dalam apa apa kostum unik yang diinginkan atau pun sekadar pakaian biasa pun tiada masalah.


Beberapa ‘pit stop’ yang telah dikenal pasti selepas ‘flag off’ pukul 5 petang di Dataran Merdeka adalah Pasar Seni, GMBB Hall, Jalan Alor, Lot 10 (rehat untuk Solat) dan Berjaya Times Square sebelum berakhir di Lalaport Bukit. Bintang dijangka jam 8 malam.



Pendek kata, sepanjang acara berlansung selama dua (2) hari, akan terdapat pengisian acara-acara menarik lain yang bakal diadakan bagi memeriahkan lagi acara perpaduan ini, antaranya Unity Parade KL Photo Competition, dan Unity Parade Village (Lalaport, penaja lokasi utama) di mana terdapat banyak aktiviti seni dan budaya, pameran sejarah, termasuk pertunjukan muzik dan konsert muzik bagi penutup berakhirnya perarakan Unity Parade pada malam 24 Februari dan 25 Februari. 


Sementara itu, Pradeeban Letsumanasingam dalam ucapan ringkasnya  melihat program UPKL sebagai misi untuk pemeliharaan budaya, pendidikan dan penglibatan masyarakat dalam memupuk semangat perpaduan dan kepelbagaian.



“Acara  seperti ini dapat di angkat sebagai acara tahunan dalam konteks mempromosikan Pelancongan Kuala Lumpur,” ujar Pradeeban.


Pada yang berminat untuk sertai UPKL 2024 boleh mendapatkan maklumat sepenuhnya melalui laman sesawang rasmi Unity Parade dengan klik pada pautan unityparade.my.


“Kami juga mengalu-alukan sebarang penajaan atau sumbangan daripada mana-mana peniaga atau korporat mahu pun dermawan yang mahu sertai UPKL sebagai rakan strategik bagi mewarnai lagi kehebatan acara yang memasuki tahun ketiga ini secara besar-besaran,” akhiri Norrizan.



#UnityParade2024 #KLSociety #UPKLPhotoCompetition #DataranMerdeka #Budaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan