Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NASI LEMAK KOPI O GABUNG ERRA BERSAMA PENGACARA BAHARU, CABARAN CARI KESERASIAN!


GANDINGAN
pengacara baharu dan lama......begitulah yang dapat disaksikan sekembalinya rancangan bual bicara selepas hampir 6 tahun ditamatkan pada 2018, iaitu ‘Nasi Lemak Kopi O’.


Pelakon yang masih jelita, Erra Fazira, 50. merupakan artis veteran yang dipilih bergandingan dengan yang berpengalaman seperti Heliza Helmi, 38, Fizo Omar, 38 dan Fakhrul Radhi, 37 tahun.


Manakala pengacara berbakat baharu terdiri daripada Nur Affizza Azmi, 36, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 23, Norsyamira Izzati Mohd Nazir, 27, serta dua orang lelaki, Ahmad Barr Zainal Abidin, 29 dan Irfan Ali.


Kesemua 10 pengacara ini akan membincangkan pelbagai topik menarik, merangkumi gaya hidup, kesihatan, kecantikan, fesyen, makanan, dan lain-lain.


Lebih istimewa, NLKO musim baharu akan menampilkan usahawan-usahawan tempatan yang dapat berkongsi tips kejayaan dan memberi inspirasi kepada penonton. 


NLKO juga bakal memaparkan kapsul Motivasi Secangkir Kopi yang dikendalikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, seorang mentor, jurulatih perniagaan dan pakar pemasaran di Malaysia untuk berkongsi pengalaman hidup dan motivasi dalam dunia perniagaan.



“NLKO musim terbaharu tampil dengan barisan hos yang mempunyai dinamik tersendiri dan juga segmen-segmen baharu yang bersesuaian dengan peredaran masa kini.


“Di setiap episod, NLKO akan menampilkan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia dan juga mereka yang berjaya di peringkat global untuk berkongsi kisah perjalanan dalam mengusahakan perniagaan dimana ia boleh dijadikan inspirasi penonton,” ujar Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman pada sidang media NLKO yang berlangsung di Restoren De Wan 1958 by Chef Wan, Bangsar Shopping Centre baru-baru ini.


Menurut Khairunnisa selanjutnya, konsep yang diketengahkan 

sesuai dengan fokus untuk melahirkan masyarakat yang berjaya dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu hidup dan keluarga.


“Harapan kami di NLKO dan TV9 agar program in akan memberi manfaat dan menceriakan pagi hari penonton-penonton di samping belajar dari kisah kejayaan usahawan-usahawan berjaya di Malaysia untuk dijadikan titik tolak dalam memulakan perniagaan sendiri untuk menjadi lebih sukses,” katanya.


Dalam pada itu rata-rata artis pengacara khususnya yang belum pernah mengendalikan sebuah siaran bual bicara melainkan menjadi penyampai berita menyatakan rasa teruja mereka diberi peluang mengendalikan NLKO.



“Bagi Erra mengendalikan sebuah program bual bicara bukanlah semudah yang disangka, memang banyak cabarannya apatah lagi hendak sesuaikan dengan gandingan bakat-bakat baharu yang sebelum ini Erra belum pernah bekerjasama,” ujar Erra.


Pun begitu, katanya setiap daripada mereka mempunyai tarikan tersendiri malah gandingan anak-anak muda ada kelebihannya. 



"Kita sama-sama mempelajari antara satu sama lain supaya ada keserasian dan saling membantu walau pun dalam masa yang singkat," tambah Erra.



Dan seperti ErraHeliza Helmi yang tampil lebih bergaya dari kebiasaannya yang sering memakai jubah gelap tetapi kali ini dalam fesyen lebih moden rona merah tidak ketinggalan melahirkan rasa puasnya dapat menggabungkan antara yang baharu dan lama.


”Kami saling bantu membantu dan tidak ada yang mahu melebihi rakan pengacara sedia ada bahkan NLKO mengeratkan hubungan kami bagaikan sebuah keluarga,” jelas Heliza.



Jadi, tetapkan janji temu anda bersama dengan 10 hos NLKO terbabit pada setiap Rabu hingga Jumaat pukul 10.30 pagi di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.


Siaran ulangan NLKO akan disiarkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7.50 hingga 8.30 malam. 

Produksi NLKO diketuai oleh Wan Sabariah Shikh Ali, Pengurus Besar, Majalah, Gaya Hidup dan Bual Bicara, Rangkaian Televisyen Media Prima, Norhakimi Mohd Naim sebagai penerbit penyelaras dan Jamira Mohd Ramli sebagai penerbit.  


ERRA antara artis lama dikenali yang masih mesra dan 'down to earth' sehingga ada rakan-rakan yang memanggil Kak Fas dulu sebagai Erra Fariza....haha.

#NasiLemakKopiO #BualBicara #TV9 #ErraFazira #Tonton #DrAzizanOthman #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan