Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NEO & HARSONBEE DARI SABAH PERTARUHAN BAHARU L.Y.


NAMA
Penerbit muzik dan Komposer terkenal L.Y sudah tentu tidak asing lagi dalam dunia  hiburan apa tah lagi, deretan lagu yang dicipta bersama isteri, Baiduri sebagai penulis liriknya  menjadi siulan dan kekal malar segar dalam kalangan pencinta muzik tanah air.


Malah pemilik bernama sebenar Rozman Shafie ini bukan sahaja dikenali sebagai pEncipta lagu malah kini aktif  mengendalikan syarikat rakamannya L.Y. Music Factory dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian.


Terbaharu, L.Y tampil memperkenalkan dua penyanyi baharu, seorang penyanyi cilik berusia 14 tahun yang dikenali sebagai NEO dan seorang lagi pemuda berasal dari Sabah, bernama HarsonBee.


Kedua-dua penyanyi baharunya, Neo dan HarsonBee ini diperkenalkan serentak dalam majlis Perhimpunan Media bersama tiga lagi penyanyi muda dari Universal Music Malaysia, Razzuan, Achik Asrain dan Nadia Rosli, baru-baru ini.



Turut hadir  Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia; Ivan Koh, Pengarah Kanan, Komersial & Strategi Digital; Hermond Cheng (Pengarah Kanan, Pengurusan A&R & Artis); Brandon Chan, Pengarah Perniagaan Baharu; Nicholas LingPengarah Kewangan & Pengarah Operasi dan Jusac Irwan Suntiono (Penerbit Eksekutif Kilang Muzik L.Y.).


DARI kiri: Brandon, Ivon, Kim, HarsonBee, NEO, L.Y, Nicholas, Hermond dan Jusac.


Jika Mamat Exist menyampaikan lagu popularnya ‘Untukmu Ibu’ pada usia 12 tahun, kini L.Y  memilih lagu ‘Oh Ibu’ dinyanyikan NEO pada usia sama.


Bezanya, ‘Oh Ibu’ ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella digubah khas untuk NEO atau nama sebenarnya, Mohamad Sharul Neo Morsidy, 14, berdasarkan pengalaman sebenar kisah hidup dirinya.


"Penulis mengambil masa untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian,” cerita NEO sambil berharap agar lagu sulongnya ini mampu  menarik minat masyarakat dan mendapat tempat di hati pendengar menghayati maksudnya.


Menurutnya, susunan muzik dan rakaman muzik dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan manakala rakaman vokal  sebanyak tiga kali dilakukan di L.Y. Music Factory, Shah Alam, untuk mendapatkan yang terbaik.


“Lagu ini berkonsepkan rap dan berkisarkan mengenai pergorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tanpa batas. Dan melodinya pula disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui persembahan vokal rap yang beremosi,” sambung NEO

 

Jelasnya, selepas  lagu dan iirik disiap lengkap susunan muzik digubah ‘arranger’ dari Indonesia,  ia bagaimana pun tidak memenuhi kehendak L.Y sehingga dua kali diubahnya supaya sesuai dengan NEO serta bentuk muzik kontemporari mengikut pasaran masa kini.


“Walaupun lagu ini genre rap tetapi ia mempunyai melodi yang memerlukan penghayatan dan mempunyai nada rendah dan tinggi selain mencipta gaya nyanyian yang boleh membezakan karektor NEO dengan penyanyi lain,” ulas NEO.


Berkongsi mengenai video muzik (MV) dan konsep yang diketengahkan, NEO memberitahu, selari dengan judul lagu,  MV memaparkan kedua ibu bapanya. 


"MV ini sengaja diperlihatkan begitu kerana lagu ini sebenarnya untuk mereka. Konsep yang dipaparkan pula adalah kekeluargaan dan emosi. Lirik lagu ini penuh dengan perasaan, samada dari hati saya dan juga dari hati ibu saya.


"MV ini dirakam di luar dan juga dalam studio. Proses penggambaran selama tiga hari. Kru yang terbabit semuanya baik dan saya sempat disapa oleh pengikut media sosial saya sewaktu penggambaran MV ini,” kenang NEO.



Sementara itu, seperti NEO, penyanyi yang juga berasal Sabah, HarsonBee yang turut diperkenalkan L.Y mungkin masih asing juga dalam industri muzik tempatan namun penyanyi ini dicungkil menerusi projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia.


Bakatnya sebagai penyanyi dan komposer muda ini terbukti diterima apabila melalui satu pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube, HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya ciptaan sepenuhnya berjudul 'Cerita Cinta Kita'.


Lebih bertuah apabila mendapat perhatian L.Y untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya,  di mana kini HarsonBee muncul dengan single berjudul 'Pemilik Hatiku' yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan L.Y. sebagai penerbit.


Bangga mendapat single pertama daripada komposer terkenal seperti L.Y dalam langkah awal memperkenalkan dirinya dalam dunia seni, HarsonBee berkata, ‘Lagu ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi dalam hubungan mereka.’


Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu-satunya yang berada di dalam hatinya.


“Pada mulanya saya hanya bermain-main dalam pembikinan lagu ini, tetapi akhirnya menjadi satu lagu yang saya boleh katakan 'bulih pigi jauh ni' (boleh pergi jauh). Dari situ, saya mendapat pendapat daripada pensyarah muzik saya, Chonnel George dan beliau menghantar lagu Pemilik Hatiku ini sebagai ujibakat kepada L.Y.," katanya dalam loghat Sabah.


Bercerita lagi, HarsonBee memaklumkan  proses menghasilkan lagu Pemilik Hatiku bermula dengan mencari melodi. 


"Mencari melodi ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep 'bubblegum pop'. Ia adalah satu cabang daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen 'catchy', 'cute' dan juga ‘upbeat’,” jelas beliau.


Selepas proses itu, dia meneruskan dengan menulis lirik lagu dalam masa sehari.



Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman diterbitkan semula oleh L.Y


"Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh L.Y selaku penerbit. Lagu ini dirakam sepenuhnya  di L.Y. Music Factory, manakala mixing dan mastering di Indonesia.


Untuk Video muzik (MV) lagu ini pula beliau memberitahu, konsepnya fokus kepada memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baru sekali gus menterjemahkan liriknya dalam bentuk visual. 


‘Konsep MV yang dipilih adalah 'story telling' dan ringkas saja. MV ini dibuat secara 'straight forward', ada yang memaparkan HarsonBee sebagai penyanyi dan juga sebahagiannya adalah drama yang berkisarkan lirik atau maksud lagunya,” akhiri HarsonBee sambil berharap lagu sulongnya itu dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja di zaman sekarang.



#LYBaiduri #NEO #HarsonBee #LaguBaharu  #Penyanyi #Sabah #Indonesia #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan