RTM PERKENAL 'KEMBARA KIMCHI' ERAT HUBUNGAN MALAYSIA, KOREA
APABILA sebut Korea, sudah tentu ramai yang dah mengenali negara yang memperkenalkan muzik KPop itu dengan ‘Oppa Oppa’ yang berwajah kacak sehingga menjadi idola anak-anak muda kini.
Siapa tidak kenal Blackpink mahu pun BTS atau pun penyanyi Rain sekali pun atau teruja menonton filem-filem dan drama Korea seperti ‘WInter Sonata’, “Full House’ atau pun filem ‘Train To Busan’.
Disebalik itu, apakah rakyat di Korea juga mengenali Malaysia dengan begitu dekat selepas ada di antara penyanyi dari negara itu ‘bertandang’ melalui hiburan apabila artis seperti Han Byul mahu pun pasangan Korea yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Hoon Doo (Lee Seung Hoon dan Doo Jin Soo) dalam program realiti ‘Big Stage’ menjadi popular di sini.
Apa pun barangkali peluang terbaik bagi memperkenalkan destinasi menarik, budaya setempat dan aktiviti unik rakyat Malaysia kepada pelancong luar khususnya rakyat Korea Selatan dapat diteruskan apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan travelog terbaharunya, “Kembara Kimchi” yang akan mula bersiaran mulai esok, 17 Februari ini, setiap Sabtu, pukul 5.00 petang di Okey.
Memperkenalkan Zalif sebagai hos bergandingan dengan Junny, rakyat Korea, mereka memulakan pengambaraan pertama ke Sekinchan, Selangor dengan merasa masakan popular di situ iaitu Nasi Ambeng, bahkan Junny berkongsi masakan yang sama dinegaranya iaitu Bimbimbap.
Dalam pada Zalif cuba memahami bahasa Korea dari Junny, mereka mencabar diri dengan mencuci dan mencari mentarang apabila Junny teruja melihat panorama bendang dan Rumah Burung Hantu.
.
Zalif dan Junny meneruskan pengembaraannya ke Kuala Kangsar, Perak dan terlebih dahulu mencuba makanan popular Kuih Kandas sebelum berkongsi panorama indah persekitaran bandar Kuala Kangsar.
Sambil itu mereka mencuba permainan rakyat seperti Baling Botol / Porok, termasuk menyaksikn aktiviti masyarakat setempat iaitu pembuatan Labu Sayong.
Kemudiannya Zalif dan Junny ke Pulau Pinang mencuba makanan popular Nasi Kandar dan pesembur, menikmati panorama persekitaran bandar Pulau Pinang dengan mengunjungi bangunan unik / lama, Rumah P. Ramlee, Masjid Kapitam Keling dan mural.
Turut diperkenalkan kebudayaan Persembahan Boria dan menaiki beca Pulau Pinang.
Lokasi seterusnya ke Perlis, di mana Zalif dan Junny teruja dengan keindahan alam semulajadinya, terutama sekitar penginapan mereka yang berada disebuah bendang dipinggir bandar Kangar.
Mengagumkan apabila Junny turut berkongsi pengetahuannya tentang Perlis.
Di situ, mereka mencuba makanan popular iaitu Nasi Kandar Melayu, Roti Canai Sarang Burung dan Keli Masak Pedas.
Dan tidak ketinggalan mempelajari permainan Rakyat iaitu Sepak Raga Tuju dan mengunjungi Ladang Mangga Harum Manis juga menangkap keli dalam sawah.
Pengembaraan mereka seterusnya ke negeri Kedah, menikmati makanan Laksa Kedah, sambil mata terpesona dengan panorama persekitaran Tanjung Dawai, Jeti Tanjung Dawai dan Pantai Tanjung Ru.
Turut dicuba permainan rakyat baling kerang juga melakukan aktiviti masyarakat seperti Pembuatan Ikan Masin dan keropok.
Kunjungan ke Kelantan diteruskan dengan merasai makanan Nasi Kerabu serta berkunjung persekitaran bandar Kota Baharu dan sekitar kampung.
Mereka turut berpeluang menyaksikan kebudayaan Wayang Kulit dan Alat Muzik Tradisional Kelantan serta mempelajari dialek Kelantan malah sempat mencuba aktiviti Pembuatan Batik.
Zalif dan Junny meneruskan pengembaraannya ke negeri Terengganu menikmati makanan popular Singgang Budu; Panorama Persekitaran Bandar Kuala Terengganu dan Sekitar Sungai Terengganu; Kebudayaan Proses Tenunan Songket dan mempelajari dialek Terengganu; juga mencuba aktiviti menghasilkan Butik Songket Terengganu serta menaiki Pengangkutan Air Bot Penambang.
Ikuti juga perkongsian mereka singgah beberapa lokasi berbeza di Pahang, Johor dan Kuala Lumpur yang sememangnya mahu diperkenalkan kepada Junny.
RTM turut memberikan peluang kepada anda yang tidak berkesempatan menyaksikan menerusi saluran TV untuk mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan