AHLI VIKIDS JOM KE ALAMANDA PUTRAJAYA, SAMBIL BERMAIN BOLEH MENANG HADIAH!
PEJAM celik, pejam cilik, musim cuti persekolahan sudah hampir ke penghujungnya.
Bagi yang sempat bercuti ke luar negara atau pun dalam negeri sekali pun tentu rasa seronok kan?
Namun jika ada anak-anak yang masih belum sempat bercuti mahu pun dibawa oleh keluarga bersantai-santai kerana sebuk bertugas atau tiada cuti, disyorkan membawa mereka ke pusat beli-belah Alamanda Putrajaya dan berhibur di Karnival ViKids yang kembali selama 17 hari bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024 ini.
Kak Fas yakin Karnival Vikids ini dinanti-nantikan ramai waima Kak Fas sendiri tahun lalu tidak kurang menjadi ‘kanak-kanak’ kembali dengan turut sertai bermain pelbagai mainan yang disediakan di Ruang ‘Centre Court’.
Atmosfera karnival tersebut dihiasi dengan khemah rona terang iaitu putih dah merah sekali gus menarik tumpuan kepada pelbagai permainan karnival, aked dan juga aktiviti kraf serta seni bina tang menyeronokkan.
Kemeriahan lebih berganda dengan persembahan karnival pada hujung minggu.
Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malahan ahli VIKids berpeluang untuk merebut ganjaran melalui “Shoppers Rewards Programme”.
ORANG dewasa pun boleh bermain..
Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.
Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang percuma.
Pendek kata, kereta kuda putar, permainan karnival yang menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka menawarkan pengalaman yang menarik buat si cilik.
Bagi kanak-kanak yang bukan ahli VIKids usah khuatir kerana mereka juga boleh menyertai karnival dan berdaftar sebagai ahli dengan pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.
Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.
Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka bentuk belon yang akan dibuat oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ yang menarik, dan pertunjukan ahli silap mata yang memukau.
“Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga,” ujar Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Menurutnya, kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ia adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan.
Sementara itu, Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Kemaman terlebih dahulu menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024 lalu turut menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan dengan kerjasama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.
Sepanjang tempoh kempen yang berlangsung selama 5 hari, “Sports Lobby” yang dimeriahkan dengan suasana karnival yang girang dan berwarna-warni, menjadi sebuah taman haiwan peliharaan di mana para keluarga berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik.
Ahli VIKids berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas.
Bagi pengalaman yang lebih menarik, pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus set seni atau alat tulis bagi menawarkan pengalaman cuti sekolah yang lebih kreatif.
Pada 22 Februari, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berlangsung, dan pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun).
Peserta yang mempamerkan bakat seni mereka telah berpeluang memenangi hamper eksklusif.
Untuk info lanjut, layari:
Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
#AlamandaPutrajaya #KarnivalVIKids #Hadiah #CutiSekolah #Pertandingan #fyp
- Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Tiada ulasan:
Catat Ulasan