Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMANDA PUTRAJAYA RAI KANAK-KANAK PERTUBUHAN WARISAN SUCI MENJELANG RAYA!


WALAUPUN
sedang menjalani pembaharuan besar-besaran, Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Warisan Suci, Kajang, baru-baru ini.

Kumpulan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah yang comel-comel belaka dibawa pihak pengurusan Alamanda membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya.


Sebaik sahaja tiba, mereka yang diiringi bersama Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin



“Ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami menyebarkan keceriaan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi,” ujar Junaidy pada majlis meraikan mereka membeli-belah serta sumbangan duit raya di Alamanda, Putrajaya pada 26 Mac 2024 lalu.


Turut hadir Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan serta kakitangan pengurusannya.


Majlis yang berlangsung meriah diserikan dengan persembahan muzik dan nyanyian  daripada kumpulan Akademi Seni Putra Selangor yang cukup menarik dan hebat.




“Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik,” kata Francis Tan.


Menurutnya, walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. 



“Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Pertubuhan Warisan Suci,”  tambah Francis Tan.


Menghargai penghargaan itu, Siti Khadijah berkata, “Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut  bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.”


Untuk rekod, Pertubuhan Warisan Suci ialah rumah kebajikan yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim.



Sebaik selesai upacara sumbangan duit raya, kesemua kanak-kanak dan tetamu yang hadir dibawa berbuka puasa di ‘Secret Recepi’. 


Terserlah kegembiraan serta kesyukuran pada wajah masing-masig apabila dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan. 



Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda:


Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku keempat tahun 2024. 


Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan. 

Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. 



Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'



Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar. 

Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.  


#AlamandaPutrajaya #PertubuhanWarisanSuci #AkademiSeniPutraSelangor #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan