'CHOII X BULAN BINTANG' BAKAL JELAJAH 3 NEGERI BERMULA 21 MAC DI STADIUM BUKIT JALIL!
BAJU Melayu jenama Bulan Bintang sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi waima sejak berada di pasaran tempatan pada 2016, ia semakin dikenali ramai apatah lagi menjadikan selebriti popular tempatan seperti antaranya Sharnazz Ahmad dan Beto Kusyair sebagai duta produk.
Malah pada tahun ini, Bulan Bintang melantik enam orang duta selebriti sekali gus iaitu Shukri Yahya, Remy Ishak, Nadhir Nasar, Mierul Aiman juga Hanna Delisha dan Daiya Trisha.
Jadi seperti yang Kak Fas sebut tadi, Bulan Bintang tidak perlu lagi diperkenalkan cuma persoalannya kenapa satu jenama yang sudah terkenal berkolaborasi pula dengan jenama lain iaitu Jersi Choii?
Gabungan dua jenama besar ini, mengeluarkan baju Jersi dan baju melayu,'Choii X Bulan Bintang' untuk edisi raya 2024 dengan menawarkan ‘Jualan 4 item combo’ pada harga RM289 iaitu baju Melayu, Jersi Choi, Baju T dan Pin.
“Kami mempunyai ‘target market’ yang sama dan dengan kolaborasi ini kami mahu berkongsi untuk melengkapkan dan meluaskan kita punya segmen pasaran,” ujar pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azim yang lebih mesra disapa Meri pada majlis Pelancaran 'Jersi Choii X Baju Melayu Bulan Bintang' dan siri 'Jelajah Festival Raya Choii X Bulan Bintang 2024' anjuran Specta Event Sdn Bhd. yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada semalam, 14 Mac 2024.
Turut bersamanya, Pengarah Urusan Choii, Fariz Asri yang turut mengakui kolaborasi antara kedua jenama popular ini boleh mengembangkan lagi pasaran dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Kak Fas percaya kerjasama ini juga barangkali disebabkan pengalaman Meri yang terlebih dahulu pernah menjual baju T pada zaman persekolahannya, sekali gus menggambarkan beliau penggemar jersi.
Apa pun yang pasti, gabungan Choii X Bulan Bintang untuk edisi Raya 2024 ini menyatukan jenama tempatan dan bukan saling menjatuhkan.
“Kita kena sokong produk lokal dan bukan kutuk mengutuk malah kita harus berbangga dan bukan membandingkan jenama jenama tersedia,” luah Fariz sambil memperkenalkan pelawak, Achey sebagai duta Choii.
Sambung Meri, “Dalam konteks kolaborasi ini kami sama-sama mula berniaga secara kecil-kecilan sehingga tahap ini jadi nasihat saya juga kepada semua, jangan setekat nak buat kecil, kita sentiasa kena berimpian besar biar sampai ke bulan bintang’.
Sempena kerjasama antara Choii dan bulan Bintang dan dalam usaha mendedahkannya kepada umum, satu siri jelajah Festival Raya 2025 akan dijalankan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan.
Jelajah pertama dan kedua telah dikenal pasti berlangsung pada tarikh dan lokasi seperti di bawah ini:
- 21hb March hingga 24hb March 2024 di Perkarangan Parking A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.
- 28hb March hingga 31hb March 2024 di Raia Hotel & Convention Center Alor Setar Kedah.
Sehubungan itu, para pengunjung boleh mendapatkan set kombo baju ini hanya di lokasi jelajah Raya ini sahaja di mana pihak penganjur Specta Event mensasarkan mampu menarik kira-kira 5,000 pengunjung pada setiap hari berlungsungnya festival.
Festival Raya Choii X Bulan Bintang ini juga akan menampilkan barisan selebriti dan influencer popular di Malaysia antara nya Ella, Shaheizy Sam, Syatillah Melvin, Faris Asri, Erma Fartimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembung, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi.
KELLY Azman menghiburkan majlis bersama penyanyi Reyhana Yunus di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur.
Sepanjang berlangsunnya festival ini ia bakal dimeriahkan dengan kehadiran penghibur dan wartawan hiburan, Kelly Azman sebagai pengacara.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layarinya di media sosial Choii dan Bulan Bintang mahu pun @spectaeventofficial berhubung dengan tempahan booth oleh mana-mana vendor yang berminat.
#BulanBintang #JersiChoi #JelajahFestivalRayaChoii2024 #StadiumBukitJalil #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan