FASHA TERHARU, ALFARO SUMBANG 1,500 PASANG BAJU RAI ANAK-ANAK YATIM, IBU TUNGGAL!
SEJAK pelakon kesayangan ramai, Fasha Sandha dilantik tahun lalu sebagai ‘Duta' jenama yang terkenal dengan koleksi abaya dari Dubai, ALFARO terus berkembang maju dan dikenali ramai dalam tempoh yang singkat.
Tahun ini, jenama itu mensasarkan jualan sehingga RM7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya selepas mengumumkan pembukaan cawangan baru ALFARO yang ke-10 di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Keberangkalian keuntungan yang diperoleh sejak ditubuhkan pada tahun 2007 itu merupakan balasan rezeki yang diperoleh apabila ALFARO tidak pernah melupakan tanggungjawabnya beramal kepada golongan yang memerlukan.
Seperti tahun-tahun lalu, sempena dengan bulan Ramadan ini juga, ALFARO menyumbang kira-kira 1,500 pasang pakaian kepada 1,500 anak-anak yatim termasuk ibu tunggal.
“Untuk hari ini di Kuala Lumpur kami menyumbang 1,000 pasang baju Raya bernilai RM150,000 sementara 500 lagi akan diagihkan kepada golongan seumpama yang berada di Ipoh, Perak,” ujar Pengasas ALFARO, Farooq Ahmed ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan kepada 1,000 anak-anak yatim serta ibu tunggal di gedung ALFARO. Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada petang semalam.
Turut hadir dutanya, Fasha Sandha dan Pengarah Pemasaran ALFARO, Muhammad Irfan.
Menurut Farooq, setiap tahun pihaknya membuat sumbangan buat anak-anak yatim dari seluruh Lembah Klang bagi menggembirakan mereka yang pastinya rasa sayu tanpa keluarga di sisi pada bulan yang mulia ini.
Pada majlis berkenaan kelihatan anak-anak yatim dan ibu tunggal memenuhi setiap ruang dan tingkat gedung utama AlFARO dan menerima sumbangan masing-masing daripada ALFARO dan Fasha Sandha.
“InsyaAllah, tahun hadapan saya merancang untuk menambah bilangan kepada 7,000 orang meliputi negeri-negeri di mana adanya cawangan ALFARO,” harapan Farooq sambil memaklumkan ALFARO yakin dengan pembukaan cawangan baharunya yang ke-10 di Bandar Baru Bangi baru-baru ini ia secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara dekat dengan pelanggan di pelbagai lokasi.
Berkongsi lanjut, Muhammad Irfan turut yakin langkah memperluaskan gedung ALFARO merupakan strategi syarikat dalam mengembangkan perniagaan yang dibina dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan dengan menyediakan barangan harga mampu milik.
“Kami faham dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, dan pelanggan berjimat cermat, ALFARO akan tetap melangkah ke hadapan demi membantu memberikan produk terbaik dan berkualiti pada harga mampu milik,” tambah Irfan.
DARI kiri: Irfan, Fasha dan Farooq Ahmed.
Jelasnya lagi, dengan usahasama Kerajaan yang mengambil langkah proaktif menyelesaikan kemerosotan ekonomi, ALFARO tetap komited memberi sumbangan positif kepada pasaran Malaysia dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara.
Sementara itu, Fasha Sandha melahirka rasa syukurnya melihat perkembangan jenama yang beliau pikul sebagai dutanya selama dua tahun sejak tahun lalu.
Menyifatkan pembukaan cawangan baharu petanda ALFARO terus maju menaikkan jualan kata Fasha,”ia menunjukkan ALFARO berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta saya akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi jualan".
Melihat kepada usaha ALFARO mengagihkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal, Fasha mengimbau kenangan lalu ketika kanak-kanak di mana beliau juga adalah seorang anak yatim dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.
“Saya pernah tinggal di rumah anak yatim semasa umur 5 tahun. Dan antara memori yang saya ingat... saya pernah jatuh dalam longkang ketika mama sedang sebuk menguruskan anak-anak yatim yang lain,” kenang Fasha sambil memaklumkan hidupnya juga yang pernah bergelar ibu tunggal selama tiga tahun mendapat kekuatan daripada semangat ibunya yang membesarkannya sendirian.
Dalam nada sebak sambil gugurnya air matanya, Fasha meluahkan rasa syukurnya pengalaman lalu mengajarnya erti kehidupan untuk terus bangkit sehingga mencapai kejayaan.
“Nasihat saya ibu tunggal harus ada kerjaya walau pun seorang suri rumah kerana perempuan yang berkerjaya takkan ditindas, saya mengambil pendekatan apa yag dilalui ibu saya sebagai semangat untuk kerja keras,” luah Fasha.
Ditanya pula mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.
“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bagi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.
“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses bersama,” ujarnya.
Dalam pada itu, bagi persiapan Raya, Fasha memberitahu, dia sudah pun membuat persiapan baju raya AL FARO bagi dirinya dan keluarga.
“AL FARO selalu tampil dengan rekaan baju berkualiti dan mengikut trend. Tambah pula ia sangat nyaman dipakai.
“Apa lagi… saya pun ambil peluang ini untuk buat persiapan awal Raya tahun depan dengan menyediakan baju-baju Raya buat keluarga. Selesai satu tugasan saya. Maklumlah, penggambaran pun tanpa henti, jadi saya risau terlepas pandang untuk persiapan baju Raya,” tuturnya.
Untuk rekod, AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award.
Ia adalah kejayaan kedua AL FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di:
Corporate Office & Alfaro Mall :
* NO 171 Jalan Tunaku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.
* Berjaya Times Square
Alfaro Outlets
• No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Tel 03-22027762
• NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia
• Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
• Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.
• No 9 & 9A, Jalan Plumbum S7/S, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.
• Lot 2-17, 01, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor.
• 11, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.
#Alfaro #FashaSandha #AnakAnakYatim #IbuTunggal #SumbanganBajuRaya #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan