GUARDIAN LANCAR KEMPEN 'RAYA UNTUK SEMUA', SUMBANG RM10K RAI KANAK-KANAK TERPILIH!
SETIAP tahun, peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, GUARDIAN tidak pernah lupa meraikan sambutan perayaan setiap kaum di negara ini.
Kali ini seperti kebiasaannya, Guardian melancarkan kempen ‘Raya Untuk Semua’ dengan melancarkan sebuah video muzik Raya di Youtube.
Video tahun ini, yang merupakan sekuel video terdahulu, sekali lagi mengetengahkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan semasa musim perayaan utama seperti Hari Raya.
Menjayakan kembali watak mereka dalam video tersebut, pelakon utama terdiri daripada Sham Visa dan Amy Mastura masing-masing sebagai bapa dan ibu; dan empat anak perempuan yang dilakonkan oleh Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi.
Ia memaparkan bagaimana Guardian menyokong perjalanan sesebuah keluarga menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk dan nenek hingga ke peringkat cucu dan cicit.
Lagu rancak dengan irama joget itu juga akan disiarkan di Era FM bermula 1 hingga 12 April.
“Seperti tajuk kempen Raya kami, Guardian meraikan Raya dengan keterangkuman, sebagai jenama yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat - yang muda mahupun tua, merentasi generasi yang berbeza. Produk dan perkhidmatan kami yang disusun khas, direka untuk memastikan agar semua orang dapat menghayati semangat perayaan dengan sihat dan penampilan hebat bergaya,” ujar Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Untuk Semua’ di TRX Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Priscilla, Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghargai hubungan dengan orang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina, atau keadaan.
Guardian katanya, sentiasa berada di sisi anda pada musim-musim sambutan perayaan, memastikan anda memiliki semua keperluan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah.
“Guardian Ialah jenama yang memupuk kebersamaan keluarga, memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelanggan kami melalui tawaran rangkaian produk yang pelbagai pada nilai hebat,” tegas Priscilla.
Sambungnya, oleh kerana kita digalakkan untuk introspeksi diri, memperbaiki diri dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini, rakan-rakan media, pempengaruh dan tetamu yang hadir pada majlis dijemput untuk mengambil bahagian bersama Guardian dalam memilih produk sesuai untuk disumbangkan kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, yang terdiri daripada 50 perempuan dan 50 lelaki, dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.
Selain itu, ‘Pulut Kuning Zarina’ pula telah diagihkan sebagai hadiah kepada semua tetamu yang hadir dan mengambil bahagian dalam sumbangan hadiah kepada kanak-kanak terbabit.
Untuk rekod, Zarina Zainuddin, seorang ibu dan usahawan, diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Hari Wanita Sedunia Guardian.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Zarina mengimbangi aktiviti keusahawanannya dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak autism dengan penuh keanggunan.
“Kami sangat teruja untuk menyambut Raya bersama anda dan keluarga, malah dengan semua orang. Sentiasa ingat, Guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, keperluan, umur atau jantina anda, Guardian ialah jenama yang pasti memenuhi semua keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan seisi keluarga. Kami sentiasa disini untuk anda,” akhiri Priscilla pada majlis yang diacarakan oleh deejay radio ERA, Munna Bella (gambar atas, kiri).
Sempena meraikan kempen ‘Raya Untuk Semua’, pelbagai tawaran hebat telah disusun dengan penjimatan sehingga 50% termasuk diskaun 60% untuk semua Warna Rambut dan semua Topeng Kecantikan dan Pelembap Bibir bagi pembelian item kedua.
Selain itu, tawaran Hadiah Dengan Pembelian yang menarik boleh didapati di stor-stor Guardian sepanjang tempoh promosi yang bermula pada 21 Mac 2024, seperti:
- Uncang Puffy Beauty Percuma dengan pembelian RM180 dan ke atas dalam satu resit untuk mana-mana produk kecantikan termasuk Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit Sensitif, Kosmetik, Aksesori Kecantikan dan Wangian.
- Kotak Makanan Tahan Karat Quby dengan Beg Thermal Percuma dengan pembelian RM120 dan ke atas dalam satu resit untuk produk Penjagaan Rambut, Penjagaan Mandian, Penjagaan Mulut, Deodoran, Pencukur, Penjagaan Wanita dan Kelengkapan Mandian Bayi.
- Troli Boleh Lipat Percuma dengan pembelian RM188 dan ke atas dalam satu resit untuk semua produk Penjagaan Kesihatan, GMS dan Makanan dan Konfeksi.
- Sampul Duit Raya Guardian Percuma (8pcs) dengan pembelian RM68 dan ke atas dalam satu resit sementara stok masih ada.
- Kupon RM5 Percuma dengan setiap pembelian melebihi RM68 dalam satu resit.
Untuk maklumat lanjut layari:
Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY
#guardianMYApp
#guardianMy
#GuardianMalaysia #RayaUntukSemua #ShamVisa #AmyMastura #Produk #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan