'HASRAT' AMIR JAHARI JUARAI AJL28 TERCAPAI, AISHA RETNO DISERANG KELETIHAN, HAMPIR PENGSAN!
TEKA-Teki lagu manakah yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu ke-38 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sudah pun terjawab malam tadi apabila haknya menjadi milik Amir Jahari dengan lagu ciptaan dan liriknya sendiri, ‘Hasrat’.
Sebaik namanya diumumkan sorakan bergema di Arena Axiata Bukit Jalil sekali gus menyaksikan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 itu sujud syukur diiringi tangisan waima kemenangan itu merupakan hadiah pertama kalinya yang terbesar buat dirinya.
Apa tah lagi lagu itu yang disampaikan pada korus berbunyi ‘’Teriaklah..... berhentilah berharap, teruskan hidupmu,” dalam alunan sayu dan merdu mampu menyusuk jiwa penonton dan tentu sekali barisan juri waima ia tanda solidariti Amir kepada mereka yang mati syahid di bumi Palestin.
Lagu tersebut yang juga merupakan runut bunyi filem ‘Imaginur’ turut menampilkan kehadiran pelakon utamanya Beto Kusyairy dan Diana Danielle mengiringi persembahan Amir di pentas.
Dalam nada merendah diri, penyanyi berasal Kuching ini akui ‘ "Tanpa filem Imaginur, ‘Hasrat’ tiada apa-apa," katanya.
Amir menewaskan 11 lagu lain dari komposer dan penyanyi hebat sepertinya iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini mahu pun Aisha Retno yang turut mempertaruhkan karya ciptaan sendiri.
Tempat kedua dimenangi lagu Sutera nyanyian Aisha Retno, diciipta bersama MFMF, melayakkan mereka membawa pulang hadiah RM50,000 dan trofi malah Aisha turut membawa pulang RM12,000 berserta trofi apabila dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik.
Betapa tidaknya, persembahan Aisha berkonsepkan Puteri Jawa memukau penonton apabila pada akhir persembahan beliau diterbangkan setinggi 30 kaki menggunakan kabel.
Tidak sia sia beliau ‘melayang’ tinggi di angkasa Arena Axiata malah penyertaan kali pertamanya di pentas AJL38 itu sekali gus membawa tuah sehingga memperoleh tempat kedua walaupun pada ketika berada di majlis sidang media beliau berdepan serangan panik sehingga kedua belah kakinya 'cramp'.
Ketika itu, rakan media yang hadir bersama Kak Fas, iaitu Siti Dimiati yang berkebolehan mengurut sempat menghulurkan bantuan dengan mengurut kaki Aisha sambil memberi air penawar untuk meredakan dirinya.
Seperti lapor Aisha serangan itu kemungkinan terjadi selepas keletihan membuat persiapan menghadapi malam kemuncak.
Apa pun, Aisha berjaya menewaskan penyanyi yang tidak kurang diramalkan beroleh kemenangan iaitu idolanya, Aina Abdul di tempat ketiga.
Kelebihannya, Aina membawa tiga trofi sekali gus apabila turut memenangi kategori Vokal Terbaik (RM12,000 & Trofi) serta Pilihan Alha Alfa (RM12,000 dan trofi) selain hadiah tempat ketiga RM30,000 serta trofi.
KAK Fas perhatikan baju unik Aina Abdul ni siap dilingkari 'ular' lagi... huhu.
Finalis-finalas lain terdiiri dari Ernie Zakri (lagu Astana); Hael Husaini (Bintang); Ziana Zain/Hasif Upin (Waktu); Shiha Zikir (Kalam); Naqui (Santai); Khai Bahar/Nabila Razali (Selagi Ku Ada); Wany Hasrita/AfieqShazwan (Kucuma); Marsha Milan (Darah) serta Kumpulan Masdo (Inilah Jalannya).
Mengetengahkan tema ‘MUZIKAVERSE’, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE, ia menggandingkan dua ikon pengacara, Sherry Alhadad dan Alif Satar manakala acara Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam.
Selain persembahan 12 lagu yang bertanding, penonton dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Shila Amzah, Sissy Imann, Vanessa Renauld dan Girl Band menerusi lagu Sky Full of Stars (Coldplay), Hilang Naluri (Dewa) dan Jangan Khianati Aku (Azlan).
Dan sebelum keputusan diumumkan, pentas AJL38 menyaksikan persembahan penutup oleh Dayang Nurfaizah, Datuk Zainal Abidin dan Ella.
#AJL38 #JuaraLagu #AmirJahari #Hasrat #AinaAbdul #AishaRetno #MuzikaVerse
Tiada ulasan:
Catat Ulasan