JOM KE ''KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS' DI DATUM JELATEK!
BAHARU sahaja melancarkan program pelancongan, Malaysia Datum Cultural Centre sebagai pusat tumpuan pelancong melihat kebudayaan dan kesenian yang ada di Malaysia, Datum Jelatek melangkah setapak lagi dengan mengadakan acara ‘Karnival Meriahnya Raya bersama PKNS” mulai 5 Mac 2024 lalu sebingga 21 April depan.
Dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS (BPU) dengan kerjasama Datumcorp International Sdn.Bhd., (DCI) pelbagai aktiviti menarik diaturkan sepanjang karnival berlangsung.
Antaranya sesi ‘Meet & Greet’ bersama Duta Usahawan PKNS iaitu pelakon dan penerbit filem. Dato Rosyam Nor, pertunjukan fesyen dari pereka fesyen Usahawan BizClub PKNS, sesi jualan dengan harga yang berpatutan, ruangan foto keluarga serta aktiviti buskers pada setiap hujung minggu termasuk persembahan pentas.
"Karnival ini boleh menjadi acara tahunan bagi memeriahkan suasana bulan ramadan dan raya di Datum Jelatek dengan himpunan produk barangan keperluan raya dari Usahawan PKNS,” ujar Pegawai Pemantau Operasi DCI, Tengku Khairil Azwan pada majlis pelancaran 'Karnival Meriahnya Raya Bersama PKNS' bertempat di Pusat Membeli-belah Datum Jelatek pada hari ini, 11 Mac 2024.
Turut hadir bersama melancarkan karnival terbabit adalah Dutanya, Rosyam Nor dan Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof (gambar bawah, kiri).
Menurut Tengku Khairil, beliau pasti karnival seperti ini dapat membantu komuniti setempat dalam mendapatan barangan persiapan raya disamping promosi dan diskaun harga yang menarik.
“Karnival ini boleh menjadi acara tahunan bagi memeriahkan suasana bulan Ramadan dan raya di Datum Jelatek dengan himpunan produk barangan keperluan raya dari Usahawan PKNS,” tambah Tengku Khairil (gambar bawah, kanan) sambil mensasarkan mampu menarik perhatian kira-kira 5,000 pengunjung sepanjang karnival berlangsung.
Usahawan PKNS yang terlibat sebagai pempamer meliputi industri pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Songkok & Sampin, barangan hiasan raya, kuih dan kerepek raya.
Pusat Beli-belah Datum Jelatek (DJSC) merupakan lokasi karnival yang bakal menjadi tumpuan umum memandangkan fasiliti yang disediakan amat mudah seperti ruang parkir yang luas dengan bayaran hanya RM1.
Malah, pengunjung juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan terus stesen LRT Jelatek ke Datum Jelatek.
Sementara itu, Yuzawati memaklumkan selain promosi barangan, data maklumat pelanggan juga dapat dikumpulkan dari pengunjung yang hadir untuk strategi pemasaran yang lebih efektif.
“Karnival ini memberi peluang kepada usahawan ‘start-up” bagi mempromosikan produk mereka, disamping meluaskan hubungan perniagaan melalui pendekatan jaringan perniagaan (business networking) secara fizikal dan perniagan atas talian (Online),” akhiri Yuzawati.
Untuk rekod, DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI), adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, pada 10hb Disember 2022.
Datum Jelatek Shopping Centre dibuka kepada umum sejak 26hb November 2022.
Dalam pada itu, PKNS yang merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964, adalah agensi pembangunan negeri Selangor bagi kemajuan dan penyelesaian teknologi dalam pelbagai bidang meliputi hartanah, usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), taman industri, alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui, hospitaliti serta penjagaan kesihatan.
Sebagai sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk memangkin pertumbuhan sosioekonomi demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor, PKNS bukan sahaja berkhidmat untuk para pemegang taruh tetapi bagi semua lapisan masyarakat di Selangor, selaras dengan slogannya “Kemajuan Untuk Rakyat” yang menjadi amalan seluruh warga PKNS selama ini.
#DatumJelatek #PKNS #DCI #UsahawanPKNS #RosyamNor #StartUp #Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan