KUJDT LANCAR JELAJAH 5 KOTA, PERKENAL 'KHALISAH' PRODUK SESUAI IHRAM!
JIKA sebut ‘JDT’ sudah tentu sekali terlintas bayangan pasukan kelab bola sepak dari negeri Johor Darul Ta’zim kan?
Tetapi jika Kak Fas sebut KUJDT…agak-agak tahu tak apa di sebalik lima abjad ini?
Kak Fas percaya penduduk Johor khususnya yang tinggal di Johor Bahru sudah maklum mengenainya waima KUJDT bermaksud Kembara Umrah Jaulah Dakwah Tarbiah yang diperkenalkan oleh agensi pelancongan atas nama Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd., yang beribu pejabat di negeri di hujung Selatan Semenanjung itu.
Namun bagi Kak Fas baharu pertama kali berkesempatan menemui pengasasnya, sepasang suami isteri, Haji Mohd Khairuddin bin Hj Salim dan Hajah Mossiah Mahadi pada majlis pelancaran produk di bawah kategori ‘Muslim Tour’ mereka iaitu Jelajah 5 Kota Saudi sekali gus memperkenalkan produk penjagaan peribadi ihram, “Khalisah" yang dirasmikan pula oleh ibunda Mohd Khairuddin, Hajah Kasnah Maarof.
Produk Khalisah sempena nama anak bongsu mereka tidak mengandungi sebarang bau dan tiada alkohol.
"Ia hanya mengandungi bahan-bahan berasaskan sunnah seperti, susu, kambing, Madu, & Habatussauda dan mesra wudhu," ujar Hajah Mossiah.
Pertama kali bertemu dengan Hj Mohd Khairuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan dan Hajah Mossiah selaku Pengarah/Ketua Pengurusan & Pegawai Jualan KUJDT, sudah dapat dilihat kesungguhan mereka membina syarikat sejak 2015 daripada pengalaman pahit manis yang dilalui sebelum.
Kisahnya bermula apabila mereka berdua pulang dari menunaikan umrah dengan mengikuti agensi lain.
Di sebalik perjalanan itu, terdapat beberapa cerita dan pengalaman yang kurang menyeronokan menjadikan kedua-dua pengasas ini berhasrat untuk membuka agensi pelancongan sendiri travel sambil menyediakan umrah yang lebih tersusun yang dikenali sebagai Kembara Umrah JDT (KUJDT).
“Bezanya KUJDT dengan travel agensi lain ialah KUJDT menyediakan jaminan kumpulan kecil berbanding agensi lain bahkan lebih daripada itu kami menjanjikan penginapan hotel di Menara Jam dan tiada unsur tukar-tukar hotel. Selain itu, kami membimbing urah jemaah sebanyak tig kali bersama Mutawif atau Musyrif,” ujar Mohd Khairudin ketika ditemui pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengurus Negara Asia Tenggara, Saudi Tourism Authority, Shazlin Ahmad bertempat di Menara Shaftsbury Putrajaya.
Berkongsi lanjut mengenai Jelajah 5 Kota Saudi meliputi Al Ula; Taif; Mekah; Madinah dan Jeddah, Hajah Mossiah memberitahu, pakej yang berharga lebih kurang RM11,990 untuk 9 hari 7 malam menempatkan jemaah di hotel Menara Jam untuk bilek berdua.
“Sambil melancong, kita dapat melaksanakan umrah dengan selesa,” tambah Hajah Mossiah.
Mendengar sahaja cerita dari Hajah Mossiah dan Hj Mohd sudah dapat membayangkan setiap pakej yang diaturkan KUJDT selari dengan taglinenya, ’Menjadikan Setiap Memori Penuh Erti’.
Terasa rindu untuk kembali menjejakkan kaki ke Tanah Suci waima belum sempat menjelajah ke Al Ula mahu pun tempat-tempat pelancongan yang menarik sekitar 5 Kota Saudi berkenaan yang termasuk dalam itnerari.
Tidak hairan KUJDT menambat hati lebih 10,000 pelanggan yang melahirkan rasa puas hati mereka menempah perkhidkatan pakej umrah dari ekonomi sehingga pakej premium yang disediakan malah tidak mustahil misi syarikat untuk menjadi ‘Top 10’ pilihan pelanggan terhadap perkhidmatan umrah, Haji & Pelancongan tercapai.
Majlis pada petang pelancaran turut membawa media menyaksikan pejabat terbaharu dan yang pertama KUJDT di Putrajaya.
“Walau pun ibu pejabat kami berada di Johor tetapi dengan adanya cawangan di Putrajaya ia memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan KUJDT tanpa perlu memandu jauh ke Johor Bahru memandangkan adanya permintaan tinggi dari sini,” sambung Mohd Khairuddin.
Tambahnya, dengan pelancaran pakej terbaharu Jelajah 5 Kota, pihaknya yakin mampu mensasarkan 2,500 jemaah termasuk umrah biasa.
“Yang penting kami mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan. sebab itulah kami terhadkan jumlah jemaah pada kumpulan kecil seperti 25 orang sahaja untuk satu-satu rombongan,” jelas Hajah Mossiah dengan misi menyediakan pakej Umrah, Haji & Pelancongan Muslim Premium yang telus, berjaminan, bermodul dan teratur serta memenuhi kriteria dan keperluan pelanggan.
Akhiri Hajah Mossiah, ‘KUJDT lebih mengutamakan kepuasan pelanggan daripada keuntungan. Biarlah untung sikit janji jemaah puas hati dan kami bahagia apabila mampu memberikan senyuman pada bibir setiap jemaah dan pulang dengan kenangan terindah.
Dan sebagai tawaran awal, jemaah yang mendaftar sebelum 10 Mac ini berpeluang mendapat 'cash back' sebanyak 200 Rial manakala yang berdaftar selepas tarikh itu boleh mendapat 100 rial kembali.
Info lanjut boleh layari laman rasmi KUJDT DI SINI,
#Jelajah5KotaSaudi #PakejUmrahHajiPelancongan #KUJDT #Mekah #Madinah #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan