Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEMASYHURAN BATIK MALAYSIA PERLU TERSERLAH DI ASIA TENGGARA!


BERTEMAKAN
‘Ini Batik Malaysia’, satu pertunjukan fesyen. ‘Batik Icon Malaysia 2024’ telah dianjurkan agensi Permodelan Harry International Talents dengan kerjasama Cholan Book Of World Records bertempat di Center Court, Evolve Concept Mall, Ara Damansara, baru-baru ini.


Dirasmikan oleh Timbalan Presiden Majlis Kebudayaan Dan Warisan Nusantara, Dato' Seri Dr. Sri Sukunthan, ia diadakan sempena Hari Batik Malaysia Ketiga bertujuan memperkasakan industri kraf batik di negara ini.


“Majlis Kebudayaan Dan Warisan Nusantara menzahirkan rasa bangga terhadap pertunjukan fesyen ini sempena sambutan Hari Batik Malaysia ketiga sejak diisytiharkan sambutannya setiap 3 Disember  setiap tahun,” ujar Dr Sri Sukunthan dalam ucapan perasmiannya.


Untuk rekod, pada 1 DISEMBER 2021, Perdana Menteri Malaysia ketika itu,  Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, telah mengisytiharkan 3 Disember setiap tahun dimasyhurkan sebagai Hari Batik Malaysia di mana seluruh rakyat Malaysia digalakkan memakai pakaian batik Malaysia.


Pemilihan tarikh tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas segala sokongan dan usaha yang telah disumbangkan oleh isteri kepada mantan Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Allahyarhamah Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmood.


Allahyarhamah telah memulakan sebuah Gerakan 'Malaysia Batik-Crafted For The World' untuk membawa batik tempatan ke persada antarabangsa pada 3 Disember 2003.


“Pengisytiharan Hari Batik Malaysia memperlihatkan semangat jati diri rakyat Malaysia yang menghargai kraf warisan tempatan,” tambah Dr Sri Sukunthan sambil memaklumkan pemakaian batik Malaysia oleh Pegawai Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan semenjak tahun 1985.



Sehubungan itu, bagi meneruskan sokongan kepada industri Batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat Malaysia. Kerajaan bersetuju agar semua Pegawai Awam diwajibkan memakai pakaian Batik Malaysia pada setiap Hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain.


Menurut Dr. Sri Sukunthan, batik secara umumnya dikenali sebagai seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus, malah seni batik berbeza-beza mengikut negara dan budaya di sesuatu kawasan di Malaysia.


“Seni batik ini dihasilkan dengan menggunakan teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. Teknik penghasilan batik pada dasarnya telah diketahui selama lebih dari seribu tahun dan telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di Nusantara sekali gus merangkumi Negara-Negara Asia Tenggara,” jelas Sukunthan.



Melengkapkan hujahnya, beliau memberitahu, Batik Malaysia dikenali sebagai satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal dan digemari oleh segenap lapisan masyarakat.


Menyelusuri sejarah Batik Malaysia yang penuh keunikannya tersendiri, Sukunthan berkata, motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar seperti flora dan fauna.


“Motif ini terhasil daripada kepekaan dan pemerhatian masyarakat tradisional terhadap alam di sekeliling waima kebanyakan daripada penggiat seni batik ini mempercayai bahawa apa-apa sahaja yang menarik mengandungi falsafah tersendiri, justeru itu boleh djadikan sebagai corak batik,” ujarnya.


Di samping itu, batik juga  menjadi lambang penghargaan manusia kepada alam serta menjadi usaha untuk menerapkan unsur Alam Dalam Kehidupan.


Dalam pada itu, Sri Sukunthan menghargai usaha Pengasas Harry International Talents, Dr. Barnikumar Harry menganjurkan pertunjukan fesyen ‘Batik Icon Malaysia 2024’  yang sekali gus membawa minda model-modelnya ke arah semangat menyanjungi budaya dan warisan negara ini.



“Secara tidak langsung Pengarah Fesyen Permodelan Ini menceriakan Konsep Malaysia MADANI yang merupakan sintesis gaya manusia. Justeru ini memupuk aspirasi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Negara Bangsa Progresif,” Dr. Sri Sukunthan berpendapat sekali gus mengucapkan tahniah kepada peserta-perserta persembahan yang menerima sijil penyertaan mereka daripada Cholan World Book of Records dan penerima Anugerah Ambassador daripadanya.


Beliau seterusnya mengucapkan penghargaan kepada Dr. Barnikumar atas kesudiannya menjemput beliau sebagai tetamu undangan khas ke majlis 'BATIK ICON MALAYSIA 2024' yang dianggap penuh bermakna.


Selaras dengan aspirasi Kerajaan, Sri Sukunthan menegaskan, persembahan Fesyen Batik seperti ini dapat membantu limpahan ekonomi kepada usahawan dan komuniti Kraf Batik disebalik menonjolkan Industri Kraf Malaysia.


“Sinonim ini meningkatkan lagi kesedaran dan penggunaan Batik Malaysia dalam kalangan rakyat sekaligus dapat memelihara Seni Warisan Negara,” akhirinya.



#BatikMalaysia #BatikIconMalaysia2024 #HariBatikMalaysia #WarisanBudaya #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan