NADEERA TAMPIL MENERUSI 'UDARA', LAGU RUNUT BUNYI 'FRAMED'
Siaran media:
PERJALANAN seni pemilik bernama penuh Farah Nadeera binti Zaini atau lebih dikenali dengan nama singkatnya Nadeera bermula ketika menjadi juara program realiti popular, Big Stage musim ke-5.
Dari situ, bintang Nadeera mula bersinar.
Setelah muncul dengan beberapa single dan terbaharu menerusi single ‘Balik Raya’ bersama Wani Kayrie dan Indah Ruhaila di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, kini Nadeera tampil kembali menerusi lagu terbaharunya berjudul ‘UDARA’ hasil ciptaan komposer yang semakin meningkat naik, Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K juga diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.
“Saya sangat teruja apabila dipilih oleh pihak Rocketfuel Entertainment sebagai pembawa suara runut bunyi bagi drama bersiri berjudul ‘FRAMED’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi bermula 3 Mei 2024. Tambahan pula, lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri”, ujar Nadeera.
“Jalan cerita bagi single ‘UDARA’ mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terlibat dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri ‘FRAMED’.
“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu UDARA ini dengan sebaiknya, dan semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia khususnya,” tambah Nadeera.
Lagu ‘UDARA’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula 22 April 2024.
#NadeeraZaini #Udara #Muzik #Single #Framed #RocketfuelEntertainment #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan