Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PRUBSN BAWA MESEJ KELESTARIAN MELALUI INISIATIF CSR DI 14 NEGERI!


BERKONGSI semangat Ramadan melalui amalan memberi sumbangan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (“CSR”), pengendali Takaful Keluarga No.1 di Malaysia selama 10 tahun berturut-turut, Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) tidak ketinggalan menjalankan kempen menyantuni komuniti.


Terbaharu, 721 orang sukarelawan dalam kalangan ejen dan warga kerja PruBSN di seluruh negara telah menggembleng tenaga dalam  beberapa program secara serentak di semua 14 buah negeri seluruh Malaysia.


Sukarelawan PruBSN dengan kerjasama Yayasan MyPrihatin (“YMP”), telah memasak dan mengagihkan sebanyak 12,000 bungkus bubur lambuk ke pelbagai lokasi termasuk masjid, madrasah dan institusi pengajian tinggi.


Selain itu, para sukarelawan turut bersama membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, Kuala Lumpur bagi menyediakan persekitaran yang selesa dan memudahkan orang awam untuk berziarah khususnya pada Aidilfitir yang akan datang.


Kami telah  mengumpulkan lebih 4,000 jam sukarelawan melalui semua inisiatif ini. Di PruBSN, kami bukan sahaja menyediakan jaminan kewangan kepada rakyat Malaysia tetapi para petugas dan ejen kami turut mempunyai aspirasi untuk menjadi juara kelestarian dalam menghulurkan bantuan dan memupuk perubahan positif dalam kalangan komuniti dan alam sekitar,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail pada majlis IFTAR PruBSN bersama media yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.



Menurutnya, inisiatif-inisiatif CSR ini adalah sebahagian daripada perangkaan ESG atau agenda kelestarian PruBSN sebagai pengendali takaful.


“Komitmen kami terhadap kelestarian berkait rapat dengan prinsip-prinsip Islam sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“UNSDG”). Ini adalah seiring pendekatan strategik kami untuk mengintegrasikan nilai ekonomi, alam sekitar dan sosial di samping  mendokong standard etika ke arah masa depan yang lebih inklusif, saksama dan mampan,” tambah Wan Saifulrizal.


Jelasnya lagi, PruBSN telah menaja perlindungan takaful untuk lebih 148,000 keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik sejak tahun 2018 melalui inisiatif Microtakaful Jariyah. 


Ia satu aktiviti untuk mengumpulkan dana sempena kempen menderma di bulan Ramadan, One Donation, One Family (“ODOF”).



Kempen ODOF yang telah memasuki tahun ke-5 ini, mensasarkan untuk menyediakan perlindungan takaful percuma selama 1 tahun sebanyak RM10,000 bagi membantu golongan berpendapatan rendah melalui program PruBSN Microtakaful Jariyah


PruBSN dijangka akan membuat kutipan sebanyak lebih RM60,000 untuk musim perayaan kali ini dengan sumbangan kolektif daripada para petugas, ejen, pelanggan dan orang ramai.


Dalam pada itu, PruBSN turut menghasilkan sebuah penceritaan yang penuh emosi melalui video Raya bertajuk “Kisah Raya Papa, sebuah penceritaan dramatiK mengenai warisan yang meninggalkan nilai-nilai sedekah jariyah dan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anak perempuannya.



Kisah ini dibintangi oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Arash Mohamad, Aishah Azman, Mas Anizan dan ramai lagi pelakon yang berbakat. Penceritaan ini mengekspresikan makna di sebalik “Ta’awun  seperti yang diterapkan dalam prinsip takaful melibatkan sifat ihsan dan nilai pertolongan bersama.


Bersempena dengan kempen menyambut perayaan Aidilfitri dengan lebih mesra alam, PruBSN turut berkolaborasi bersama Pencetus Ummah (PU) Amin untuk menyampaikan mesej-mesej utama mengenai kepentingan kelestarian daripada perspektif Islam kepada orang ramai.



Selain itu, tahun ini PruBSN juga  mengedarkan “duit raya” dengan sampul duit edisi eksklusif yang dihasilkan menggunakan kertas yang diperakui Forest Stewardship Council (“FSC”)


Pensijilan ini adalah bukti kepada komitmen PruBSN terhadap penjagaan alam sekitar yang merangkumi perhutangan lestari.


Pada tahun lepas, PruBSN telah memperkenalkan Dana Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang dikenali sebagai Takafulink Dana ESG Global


Takafulink Dana ESG Global menjangkakan untuk memperkukuhkan pertumbuhan mampan yang disasarkan untuk menepati UNSDG serta menyediakan kaedah baru bagi pelaburan yang bertanggungjawab untuk para pelabur yang menyokong Gerakan ESG dengan menghasilkan impak global yang positif.



#PruBSN #Taawun #TakafulinkDanaESGGlobal #OneDonationOneFamily #FSC #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan