SAMSUNG GALAXY A35 5G KINI DILENGKAPI TEKNOLOGI KNOX VAULT!
JENAMA telefon pintar yang terkenal dan kerap mengeluarkan model baharu, SAMSUNG, tidak ketinggalan memberi peluang kepada pengguna setianya dengan pelbagai pilihan.
Dalam siri Galaxynya sudah tentu ramai maklum ada lima pilihan daripada harga premium kepada pertengahan atau mampu dibeli seperti Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24, S24+, Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5 mahu pun Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G.
Tak perlulah Kak Fas sebut pesaing mana satu ya tetapi jenama itu tidak kurang popular dan hebatnya.
Anda boleh recap kembali ‘story’ yang Kak Fas tulis mengenai Galaxy A53 5G di link INI apabila menerimanya daripada Samsung pada bulan April, dua tahun lalu.
Kebetulan pada bulan yang sama, tahun ini pula Kak Fas ditawarkan untuk membuat rebiu terhadap sebuah lagi telefon keluaran Samsung iaitu Galaxy A53 5G.
Mula-mula menerimanya, terdetik di hati “eh pertama kali pandang, macam sama dengan Galaxy A53 5 G cuma angkanya terbalik iaitu A35 5G pula’.
Kotaknya seakan sama cuma modelnya berlainan. Kali ini Kak Fas terima rona ‘Awesome Ice Blue’ yang dihantar terus oleh penghantar Samsung ke kediaman tepat pada masa dijanjikan dengan selamatnya. Terima kasih kepada 'abang' pengirim selalu tepat waktu penghantarannya.
Sebaik menerimanya, Kak Fas terus mengirim wats app terima kasih tanda produk diterima dengan baik kepada Livan yang menguruskannya daripada syarikat perhubungan Priority Communications.
Seperti Galaxy A53 5G, dalam kotak yang dibuka tiada charger kecuali telefon bimbit, sim kad injektor, kabel dan kertas info mengenai produk. Warnanya, Awesome Iced Blue memang sejuk mata memandang...sesuai dengan namanya 'awesome..' bermaksud 'hebat atau menarik'. Apa pun ada dua pilihan warna lain iatu Awesome Lilac dan Awesome Navy.
Dari segi luarannya, berbanding Galaxy A53 5 G, ukuran badan peranti Galaxy A35 5G, sedikit besar iaitu 6.6 inci, melebihi 0.1 daripada A53 dengan skrin sama, Supermoled.
Kelainannya peranti terbaharu ini diperbuat dari kaca pada bahagian belakang berbanding plastik pada A53, namun tetap kelihatan minimilas dan ‘sleek’ sesuai di pakai wanita yang mahukan kesederhanaan.
Paling menarik yang belum pernah Kak Fas alami sebelum ini terletak pada kandungan teknologi Knox Vault yang biasanya diletakkan dalam telefon pintar ‘flagship’ Samsung sahaja.
Teknologi ini dilaporkan mampu menyimpan data-data sulit pemiliknya seperti kata laluan, cop jari dan apa sahaja yang telah didaftarkan ke dalam telefon secara berasingan daripada didedah atau pun dicuri tanpa sengaja.
Sudah tentu teknologi Knox Vault ini satu ciri keselamatan yang dinanti-nantikan oleh pengguna telefon kelas pertengahan seperti Galaxy A35 5G yang berharga RM1,699 ini.
Butiran lanjut mengenai manfaat Knox Vault ini akan Kak Fas rebiu dalam tulisan selanjutnya selepas ini ya…
Apa pun secara keseluruhannya, tidak banyak bezanya daripada Galaxy A53 5 G kecuali dari segi saiz, lensa kameranya dan spesifikasi dalamannya.
Jika dibandingkan Galaxy A55 5G yang dilancarkan sekali gus pada harga lebih mahal iaitu RM1,999 sudah tentu ia lebih baik namun Kak Fas tidak dapat memberikan butiran lanjut waima tiada peranti itu ditangan untuk membandingkannya.
Yang pasti setekat ini Kak Fas puas hati dengan peranti Galaxy A35 5G yang harganya lebih daripada Galaxy A53 5G yang dilancarkan dua tahun lalu pada harga RM 1,849.
Nantikan rebiu Kak Fas pada siri Galaxy terbaharu A35 5 G pada 19 April 2024 nanti ya.. so ‘stay tune’…
#SamsungMalaysia #GalaxyA355G #TelefonPintar #KnoxVault #Teknologi #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan