Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! SERTAI 'LG RUN' PERTAMA DI PUTRAJAYA 4 OGOS !


Siaran media:

PUTRAJAYABersedia untuk menuju ke arah kehidupan yang baik! 


LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG Malaysia) teruja untuk memperkenalkan LG Run yang pertama yang dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Anjung Floria, Putrajaya


Dengan matlamat untuk menggalakkan gaya hidup Life’s Good, LG Malaysia menjemput orang ramai yang berminat untuk mengambil bahagian dalam acara ini untuk meningkatkan kesejahteraan diri dan memupuk amalan sihat dan positif bersama ahli keluarga dan rakan terdekat. 


LG Run menggariskan komitmen LG Malaysia dalam usaha mereka untuk mencipta pengalaman bermakna yang mendatangkan manfaat kepada kesihatan orang ramai dari segi fizikal, mental dan emosi, sejajar dengan intipati Life’s Good


Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia, menekankan bahawa LG Run bertujuan untuk menyambut kecergasan dan kesejahteraan yang dijalin dengan kegembiraan hasil nikmat keseronokan hidup yang sederhana.


“Dalam usaha kami untuk memperkenalkan konsep ‘Good Life’ kepada semua, matlamat kami adalah untuk menggabungkan kehidupan murni dengan kesejahteraan sejagat melalui penyertaan dalam LG Run,” kata Justin.


“Dalam LG Run ini, para peserta akan dapat menikmati lintasan khusus sambil bergaul dengan khalayak yang turut gemar akan sukan berlari, di mana semuanya bersatu menuju ke arah kecergasan dan kebahagiaan dalam mengatasi cabaran yang positif bersama anak-anak mereka. Ini, bagi kami, melambangkan konsep Life’s Good, prinsip panduan utama dalam segala usaha kami di LG.”


Menampilkan laluan 5km dan 10km di sekitar Alam Floria dengan pilihan kategori yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, LG Run menjanjikan pengalaman yang mempesonakan untuk semua. 



Sepanjang laluan larian yang merentas kehijaun alam, para peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan latar belakang yang memukau. 


Pengaktifan muzik yang rancak akan menemani setiap langkah dengan irama yang pasti akan meningkatkan semangat para peserta untuk terus ke garisan penamat.


Selain itu, kawasan karnival akan mempamerkan rangkaian produk dan permainan tradisional Korea untuk menambahkan lagi keseronokan acara dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Justin menyatakan bahawa kategori kanak-kanak bertujuan untuk menyemai kemahiran daya tahan dan keazaman bagi mereka yang masih kecil. 


Dengan penyertaan dalam LG Run, kanak-kanak akan dapat mempelajari nilai-nilai yang diperlukan untuk mengatasi sebarang cabaran dan ia juga mampu memupuk ketabahan minda yang dapat mendatangkan manfaat sepanjang hidup mereka.


“Dengan menyertai LG Run, kami yakin bahawa usaha bersama ini bukan sahaja akan mencabar para peserta secara fizikal, ia juga dapat meningkatkan semangat mereka untuk membina masa depan yang lebih cerah. Sertai kami untuk menuju ke arah Life’s Good, langkah demi langkah,” kata Justin.


Pelancaran LG Run selama 72 jam telah bermula dengan tawaran harga pengenalan eksklusif bermula daripada RM39 untuk setiap peserta yang berminat. Para peserta boleh merujuk jadual di bawah untuk harga tiket:


Peserta yang berminat digalakkan untuk mendapatkan tiket mereka mulai hari ini hingga 14 Julai 2024 melalui laman web rasmi LG Run di https://lglifesgoodrun.com/


Untuk pertanyaan lanjut tentang LG Run, sila layari https://lglifesgoodrun.com/ atau ikuti halaman Facebook rasmi LG Malaysia di https://www.facebook.com/LGMalaysia.



#LGRun #Putrajaya #LGElectronics #LifesGood #Sukan #AnjungFloria #fyp #run

Tiada ulasan:

Catat Ulasan