Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTAN PERUNTUK RM28J BANTU PELAJAR SEKOLAH, IPTA!


MENYEDARI adanya
sebilangan masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan buat anak -anak memulakan pembelajaran di sekolah, Kerajaan dan agensi-agensinya melalui Yayasan WIlayah Persekutan (YWP)  komited menghulurkan bantuan bernilai sebanyak RM2.8j pada program ‘Back To School’.


“Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi menampung keseluruhan program ini sehingga habis sesi persekolahan adalah sebanyak RM 2.8juta, namun kutipan terkini adalah sebanyak RM1.5juta dari sumbangan wakalah Tabung Haji,” ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa pada teks ucapannya yang dibaca oleh Setiausaha Politiknya, Nor Azrina Surip @ Nurin Abdullah.


Beliau berkata demikian pada perasmian majlis Penyerahan Bantuan ‘Back-To-School’ peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Penyerahan Cek Biasiswa Pengajian Tinggi yang diadakan di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa baru-baru ini.


Anjuran YWP bersama rakan strategik antaranya Tabung Haji dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. (MAIWP), majlis menyaksikan bantuan ditumpukan kepada  dua kategori iaitu “Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah” & Penyerahan Cek “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi”.



Melalui program “Back To School”, 3,000 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Kuala Lumpur akan dibantu dengan peruntukan sebanyak RM300,000 yang telah dikumpul. 


“Ia adalah melalui sumbangan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak Tabung Haji melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP,” tambah Dr. Zaliha.


Menurutnya,  melalui Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah pula, seramai 2,000 orang pelajar daripada 101 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, akan mendapat bantuan makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin selama setahun dan dipantau pelaksanaannya oleh pihak sekolah.



“Pada Program Skim Biasiswa Pengajian Tinggi IPTA, YWP turut membantu 30 orang pelajar IPTA pada tahun 2024 ini dengan nilai terkumpul sebanyak RM182,941,”  sambung Dr. Zaliha sambil memberitahu, pelajar-pelajar terbabit datang dari keluarga yang susah namun mempunyai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan telah melepasi beberapa ujian bahasa Inggeris, Matematik serta psikometrik yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai di Yayasan Wilayah Persekutuan. 


Skim Biasiswa Pengajian Tinggi IPTA ini meliputi yuran pengajian, kos sara hidup, penginapan dan tusiyen


"Yayasan Wilayah Persekutuan percaya hanya dengan pendidikan, akan mampu mengubah nasib seseorang. Justeru, tajaan penuh ini diyakini mampu menjadi motivasi dan perangsang kepada pelajar-pelajar ini untuk terus berjaya dan akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan masyarakat dan negara di masa hadapan,” akhiri Dr. Zaliha.



Sementara itu, terdahulu, majlis dimulakan dengan Program Kasih Ramadan YWP-BSN melibatkan 35 orang peserta mengikuti Literasi Kewangan BSN, “Ringgit Dijaga Komuniti Sejahtera”, bertujuan membekalkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menguruskan kewangan para peserta dengan lebih baik dan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.



Pada programitu, ucapan perasmian dibuat oleh Hajah Rohani Hussin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP manakala penyampaian sumbangan turut disempurnakan oleh Ts Zahir Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategi & IT, Datin Dr. Ida Harlina (gambar atas, 2 dari kanan).


Dalam tempoh 3 jam, program turut memberikan motivasi kepada 20 pelajar asnaf pilihan melalui penyerahan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP). 



BSN SSP merupakan produk simpanan BSN yang mana pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik. 


Seterusnya, majlis disusuli dengan iftar bagi menghargai rakan-rakan strategik lain seperti surau/ masjid/persatuan penduduk serta NGO yang terlibat.


Dalam pada itu, YWP sentiasa mengalu-alukan sumbangan dari individu atau syarikat korporat agar dapat bersama-sama menoktahkan kemiskinan bandar dan meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan. 


Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP di CIMB Bank, No akaun: 8001103675 atas nama "YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN" serta catatkan kod "SUMBANGAN TABUNG YWP".



#YWP #TabungHaji #BSN #SSP #BackToSchool #SkimBiasiswaPengajianTinggi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan