Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BOUGAS BEAUTY PERKENAL NABILA RAZALI DUTA TERBAHARU JENAMA!


JENAMA tempatan yang terkenal dengan produk-produk penjagaan kulit dan kecantikan, Bougas Beauty, memperkenalkan penyanyi dan pelakon Nabila Razali sebagai duta terbaharunya.


Sejak memulakan perniagaan pada tahun 2017, Bougas Beauty telah melantik Elfira Loy sebagai duta pertamanya diikuti Amira Othman, Wany Hasrita, Tasha Manshahar dan Hanis Zalikha.


“Pelantikan Nabila Razali amat bersesuaian kerana pesona ceria, unik dan berseri Nabila melambangkan wajah baharu barisan produk asas penjagaan kulit Bougas dengan pelbagai rona ceria yang baru dilancarkan,” ujar Pengasas dan pengarah Syarikat Bougas Beauty, Nur Erni Amanina Binti Mohd Amin pada majlis ‘Bougas Raya Premiere: Product Launch and Ambassador Unveiling’ yang berlangsung di Glamhall Damansara, baru-baru ini.


Selain Nabila Razali turut hadir pengasas bersama Bougas Beauty, iaitu suami Erni, Muhammad Faisal Bin Salehhuddin serta beberapa lagi jemputan selebriti tempatan antaranya Bella Astillah, Sheryl Shazwanie dan Izreen Azminda serta pempengaruh sosial media.


Terkenal dengan enam produk asas penjagaan kulit (facial cleanser, face scrub, advanced serum, rejuvenating toner, hydrating sunscreen dan  all-day moisturizer, Bougas Beauty meneruskan momentum perniagaannya dengan mengembangkan lagi jaringan produk Bougas iaitu penambahan produk terbaharuu - facial cleanser dengan formula yang berbeza.


“Pembaharuan wajah produk asas Bougas mampu untuk memberi imej segar terhadap jenama Bougas selain dapat menarik minat pelanggan baharu dan mengekalkan perhatian pelanggan yang sedia ada,” jelas Erni.


Tambahnya lagi, pihaknya amat menitikberat kehendak pelanggan yang mahukan produk bersesaian dengan trend semasa.


“Semoga dengan pengambilan Nabila Razali sebagai duta jenama dapat membawa sinar baharu untuk Bougas Beauty terus melangkah maju,” akhiri Erni penuh harapan.



#BougasBeauty #NabilaRazali #Produk #Kecantikan #Duta #ErniMohdAmin #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan