Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JOM' SERTAI PERTANDINGAN REKAAN BARANG KEMAS, PELUANG MENANG KURSUS DI LONDON!


ORANG
ramai khususnya golongan pereka muda barangan kemas dijemput menyertai peraduan rekaan emas berkonsepkan identiti Malaysia sekali gus merebut peluang mengikuti kursus jangka pendek dalam seni rekaan emas di London.

“Kami akan menganjurkan jelajah ke seluruh Malaysia bermula di Kuala Lumpur tidak lama bagi bagi mencari pereka yang ingin mencuba kemahiran mereka dalam rekabentuk emas yang melambangkan identiti Malaysia supaya menjadi produk kebanggaan negara kepada pelancong,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Setiausaha Koperasi Norras Berhad (KNB), Datin Dr. Raskidah Ali ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Norras Berhad (KNB) bersama Trisya & Co; Ihsan Ifintech Sdn Bhd dan Enbee Holdings Sdn Bhd yang berlangsung di Hotel Grand Barakah Ampang, baru-baru ini.



Turut hadir memeriahkan majlis, Pengerusi KNB, Prof Dato Dr. Norbik Bashah Idris.


Menurut Dr. Raskidah, pertandingan yang dinamakan ‘Jewels of Malaysia’ atau ‘JOM’ akan dikendalikan oleh Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas (PERSEKA) di mana beliau sebagai Presidennya yakin ia mampu membuka peluang kepada muda mudi yang mempunyai bakat dalam rekaan barang kemas  dapat dicungkil.



“Pencarian Juara Pereka Seni Barang Kemas terbahagi kepada tiga kategori utama meliputi mencari Pereka Barang Kemas Terbaik, Pereka Kreatif Terbaik dan Pereka Muda Terbaik serta beberapa kategori sampingan lainnya,” ujar Dr. Raskidah.


Sambungnya kira-kira 30 penyertaan akan dipilih untuk disenarai pendekkan ke peringkat akhir oleh juri professional.


“Pertandingan akhir akan diadakan pada pertengahan bulan Disember,” tambah Dr. Raskidah sambil memaklumkan Trisya & Co merupakan sebuah kedai emas dimiliki dan diuruskan oleh Ihsan Ifintech Sdn Bhd yang ditubuhkan secara rasmi pada 2020. 


“Kedai Emas Trisya & Co juga dikendalikan sepenuhnya oleh KNB, “ tambah Dr. Raskidah yang juga merupakan pengasas bersama anaknya, Nayli Batrishya Norbik Basha.



Koleksi barang kemas Trisya & Co setekat ini menghimpunkan emas berbentuk loket pesona seperti wau bulan, kuih lapis, gong, bahulu mahu pun Raja Buah tempatan iaitu durian.


Ia boleh disuaipadan dengan gelang tangan gelung yang dinamakan ‘Links of  Malaysian’ atau 'LOM' sekali gus melambangkan keunikan budaya dan bangsa negara.


Tidak syak lagi pemegang Ijazah Kedoktoran Eksekutif dalam Pentadbiran Perniagaan yang juga merupakan pengasas Ihsan Ifintech Sdn Bhd dan pemilik, Trisya & Co. ini mempunyai visi dan misi yang boleh dibanggakan waima usahanya bukan sahaja dapat membangunkan ekonomi negara bahkan memperkenalkan JOM kepada mata dunia.


Apatah lagi dengan peranan pentingnya dalam KNB, amat diyakini usaha murninya itu mendapat sambutan hangat dan sokongan  Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan Seni & Budaya.



Untuk rekod, KOPERASI NORRAS BERHAD (KNB) merupakan koperasi yang menyediakan pembiayaan wang (penggadaian) kepada pelanggan secara patuh syariah. Ia merupakan antara Koperasi di Malaysia yang mengunakan konsep Tawaruq dalam pembiayaan Ar-Rahnu.


Antara misinya, KNB bertekad membantu pelanggannya untuk mendapatkan pembiayaan yang tinggi sehingga 80% daripada nilai emas semasa (marhum`).


ia juga menawarkan perkhidmatan penyimpanan emas dan pajak gadai Islam Ar Rahnu d bawah satu bumbung.


Sementara itu, majlis Hari Raya yang berlangsung turut menyaksikan beberaoa tetamu yang hadir berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah berupa kepingan emas termasuk tiga pemenang yang menggayakan pakaian terbaik berkonsepkan songket serta peserta terbaik untuk 'Jewellery Outfit of the Day' yang dimenangi usahawan popular iaitu anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Liana Rosli atau lebih terkenal dengan sapaan Kak KM.



#JOM #KNB #TrisyaCo #PencarianPerekaSeniBarangKemas #Emas #PERSEKA #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan