KEMPEN 'GOLDEN TICKET' ANJURAN SURIA KLCC TERUS SEMARAKKAN SEMANGAT BERBELANJA!
APABILA disebut kempen ‘Golden Ticket’ rasanya ramai kaki ‘shopping’ dah tahu dan terbayangkan 100 kotak-kotak misteri yang tersusun cantik di ruang legar tengah pusat membeli-belah terkenal, Suria KLCC mahu pun dua lagi gedung popular di bawah pentadbirannya - Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Terengganu.
Lebih-lebih lagi di dalamnya terdapat satu tiket emas berbentuk baucer bernilai RM5,000.
Dah tentu semua membayangkannya dengan hasrat dan bisikan di dalam hati....‘kalaulah aku menang, aku nak beli….’ gitu.
Tapi jika bukan rezeki nak mendapatkan tiket emas anda masih boleh tersenyum dan pulang dengan tiket rona 'Purple" bernilai RM50 malah buat pertama kalinya tahun ini ada pula tiket perak (Silver) yang memberi peluang kepada pemiliknya memenangi produk eksklusif dari jenama ternama.
Untuk recap kempen ‘Golden Ticket’ di Suria KLCC , sIla baca kembali LINK INI.
KEMPEN 'Golden Ticket' di Suria KLCC masih berlangsung sehingga 26 Mei ini.
Seiring dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya tidak ketinggalan menganjurkan kempen sama yang berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun ini.
Bezanya di sini pengunjung cuma perlu berbelanja sebanyak RM500 ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih untuk membawa pulang tiket emas berupa baucer bernilai RM1,000.
Ia terkandung dalam salah satu daripada 50 kotak misteri yang terdapat di ruang legar aras G malah ada juga tiket kuning atau ‘Yellow Ticket’, juga dalam bentuk baucer bernilai RM50.
Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen berakhir.
Di Alamanda Putrajaya, Kak Fas dah dua kali mencuba nasib apabila mendapat jemputan sebagai media daripada Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria KLCC Sdn Bhd, Sherina Khairi (gambar bawah), yang sentiasa ceria dan manis orangnya.
Seramai 26 wartawan/blogger/penyiar daripada pelbagai agensi akhbar dan sosial media hadir dan rezekinya terhenti awal pada giliran empunya bernombor 8 daripada portal Oh Bulan!.
Jadi yang 18 media lagi termasuk Kak Fas yang tidak sempat membuka kotak misteri hanya boleh tersenyum dengan baucer bernilai RM50 sahaja… tetap rezeki ya tak?
Apa pun terima kasih kepada Suria KLCC dan Alamanda atas jemputan untuk bersama menyemarakkan kempen ‘Golden Ticket’ semoga tahun hadapan rezeki tidak salah alamat lagi buat Kak Fas yang dah tiga kali mencuba nasib…hihi…
Dalam pada itu, katakan lah anda bercadang nak bercuti ke Kemaman, Terengganu sebelum berakhirnya bulan Mei ini, apa kata singgah seketika ke pusat Membeli-belah Mesra Mall.
SALAH seorang pemenang 'Golden Ticket' di Mesra Mall, Kemaman.
Ini kerana di situ anda masih berpeluang mencari tiket emas berbentuk baucer bernilai RM1,000 daripada 55 buah kotak misteri yang disediakan untuk pengunjung yang berbelanja sebanyak RM300 dan ke atas melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih di situ.
Jika gagal memperoleh ‘Golden Ticket’ disediakan juga ‘Blue Ticket’ atau tiket biru bernilai RM30.
Yang pasti, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong tau!
Kempen di Mesra Mall berlangsung dari 10 Mei sehingga 30 Mei ini.
GAMBAR-gambar pemenang turut dipamerkan..
Untuk info lanjut, layari:
- Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
- Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Tiada ulasan:
Catat Ulasan